"Shit!"
Arisha menyepak tayar keretanya yang pancit ketika dia sedang hendak cepat untuk ke majlis hari jadi anak buahnya. Jam di tangannya ditilik. Masih ada satu jam sebelum majlis hari jadi Zayyan bermula. Arisha kembali masuk ke dalam keretanya untuk mengambil telefonnya yang terletak di dashboard. Jarinya mengetuk sisi telefonnya, berkira-kira untuk menelefon siapa. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk mendail Airis - kerana antara Arfan, Airis, Ayyara dan Rayyan - Airis ialah orang yang paling tenang dan rasional di antara mereka berempat.
Arisha bersandar pada badan keretanya sambil menunggu panggilan bersambung. Kepalanya didongakkan untuk melihat langit yang bertukar gelap - menandakan bakal hujan. Arisha mengetap bibirnya. Double shit. Pintu kereta dibukanya dan dia memboloskan badannya ke dalam kereta sebelum hujan turun.
"Hello."
Tika itu juga panggilan bersambung. "Kak Airis!" Arisha sudah mengucapkan syukur di dalam hati apabila mendengar suara Airis di hujung talian.
"Ha, Ari! Ari kat mana? Kenapa tak sampai lagi?"
"Kat galeri lagi." Keluhan kecil keluar dari mulut Arisha, memikirkan kenapa dia selalu terperangkap di dalam galeri ini ketika hujan lebat. "Kak, as much as I don't want to disturb the preparation for Zayyan's birthday, is it possible for you to fetch me?" Arisha mengembungkan pipinya, berharap agar Airis bersetuju walaupun peluang untuk Arfan membenarkan Airis memandu bersendirian sangat tipis.
"Kereta Ari mana?"
"Ada tapi tayar pancit. Plus, it's raining now." Arisha memandang keluar kereta, di mana deraian hujan sudah turun membasahi bumi. Bibir bawahnya diketap. Sudahlah dia perlu mengambil brownies yang ditempahnya untuk dibawa ke majlis hari jadi Zayyan selepas ini.
"Oh my God, Arisha." Airis mengeluh bila mendengar kata-kata adik iparnya itu. Arfan yang berdiri tidak jauh daripadanya menjongketkan keningnya, tanda bertanya kenapa. "Ari kat galeri lagi, tayar kereta dia pancit," beritahu Airis kepada suaminya itu.
"What?"
Arisha sudah mengetap bibir bila mendengar suara Arfan di hujung talian. Great, now everyone tahu aku terperangkap dalam hujan dengan tayar kereta pancit bagai. You're totally helpless, Arisha.
"Ari, are you still there?"
"Yes." Arisha menjawab lemah.
"Nanti akak dengan abang Arfan ambik. Just stay there, don't go anywhere," pesan Airis.
"Sure. Thanks." Arisha senyum tipis sebelum menamatkan panggilan. Telefon di tangannya kembali diletakkan di atas dashboard sambil tangannya diletekkan pada stereng keretanya. Kepalanya kemudian diletakkan di atas tangannya sambil matanya memandang keluar kereta, memerhatikan deraian hujan yang membasahi bumi. Dan tanpa dia sedar, dia tertidur akibat kesejukan dan keselesaan yang melanda.
~
Bunyi ketukan pada cermin kereta sedikit sebanyak menganggu lena Arisha di dalam kereta. Matanya digosok sambil dia mengangkat kepalanya dari tangannya di stereng keretanya tadi. Jam di tangannya dipandang sebelum matanya membesar bila mengetahui sudah 30 minit berlalu sejak dia melelapkan matanya. God damn it!
Segera, Arisha terus mengambil beg tangannya di atas tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Telefonnya di atas dashboard dimasukkan ke dalam beg tangannya dan kunci kereta dicabutnya setelah menutup enjin kereta. Pintu kereta kemudian dibukanya dan ditolak sebelum dia memboloskan badannya keluar. "Sorry Ari tertidur." Arisha memusingkan badannya untuk menghadap gerangan yang mengetuk cermin keretanya tadi setelah memastikan kereta dikunci.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...