"Are you okay?"
Arisha yang sedang mengurut kakinya mengangkat kepalanya untuk memandang suaminya yang datang dari dapur dengan membawa segelas air. Diambilnya huluran gelas air itu daripada tangan Ivan.
Ivan melabuhkan punggungnya di hujung sofa dan kaki Arisha diletakkannya di atas pangkuannya. Tangannya kemudian mengurut lembut kaki isterinya itu. "Aku dah cakap Arisha, you should stay home. Kau dah sarat macam ni tapi kau masih lagi ulang alik butik galeri. Nevan really make use of my wife sampai macam ni sekali eh? Budak tu ada juga aku tarik balik galeri tu nanti."
Bebelan Ivan itu sedikit sebanyak membuatkan Arisha tergelak kecil membuatkan Ivan terus memandang tepat padanya.
"Princess, I'm not joking."
Arisha menarik sengih. Gelas di pegangannya diletakkan di atas meja. "Ivan, saya okay je. Kandungan saya pun takde masalah kan?"
"Don't tell me you're okay when you're not." Ivan mengerling pada wajah Arisha. Nafasnya dihelakan sebelum dia memposisikan badannya untuk menghadap Arisha sepenuhnya. "Look princess." Ivan memandang tepat pada wajah Arisha. "I'm not telling you this because you are pregnant. I'm not telling you this because I'm worried about our child. I mean I'm still worried about our child but on top all of that is that I'm worried about you. Aku tak nak kau sakit. Sekarang atau lepas kau bersalin nanti. Yes aku tahu kau suka buat kerja kau sekarang, kau suka pergi butik, kau suka pergi galeri. I do understand that tapi aku tak nak kau overdo it. I'm giving you the permission to work till now because I know you wouldn't like it if I asked you to stay home."
Arisha terdiam bila mendengar kata-kata Ivan yang panjang lebar itu. Sepanjang dia mengandung, suaminya tidak pernah membantah jika dia hendak pergi kerja dari pagi hingga ke malam. Dan bila Ivan menyuarakan kerisauannya seperti ini, rasa bersalah tiba-tiba muncul di dalam dirinya.
"Princess." Ivan mengeluh bila isterinya itu senyap. "I'm not mad at you."
Arisha angkat kepalanya untuk menemui anak mata Ivan. Senyuman tipis diukirnya dan kepalanya digelengkan. "No, I'm okay. Seriously." Tangan Ivan dipegangnya. "But I'm sorry. Saya tahu saya kerja banyak sangat. I really can't help it but trust me, I'm enjoying it."
"I know sayang." Ivan mengelus lembut tangan Arisha dengan ibu jarinya. "That's why aku tak halang kau buat kerja. But you still need to prioritize yourself over anything else. Please? Do at least that for me."
Arisha menganggukkan kepalanya. Kakinya yang di atas pangkuan Ivan diturunkan dan dia bergerak lebih rapat pada Ivan sehingga dia dapat memeluk leher suaminya itu. Kepalanya diletakkan di bahu Ivan. "Terima kasih sebab jaga saya Ivan," bisiknya.
Ivan memaut pinggang isterinya dengan elok. Dikucupnya sisi dahi Arisha. "Kau isteri aku Arisha. Of course aku akan jaga kau. Your brother knows 100 methods to kill someone and make 90 of it look like an accident. I wouldn't like to mess with him."
Arisha tergelak. Dia melepaskan pelukannya dan memandang Ivan. "So you're telling me awak jaga saya disebabkan abang saya ke?"
"No. I'm telling you that I would do everything in my power to protect you for the rest of my life. Either it's from my family, your family or anyone else."
Arisha senyum dan kembali memeluk suaminya. Diselesakan kepalanya di bahu Ivan. "I would do the exact same thing for you. Saya akan jaga awak dan keluarga kita."
Ivan senyum. Diusapnya lembut belakang badan Arisha dan dibiarkan sahaja Arisha memeluknya sebegitu tika deringan telefonnya kedengaran.
"It's your phone." Arisha meleraikan pelukannya.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...