2 • smile •

35.1K 1.4K 29
                                    

"She's so beautiful."

"I tak sangka I akan jumpa dia kat sini."

"Why did she looks so perfect?"

"You rasa dress dia tu siapa sponsor?"

Bisikan demi bisikan kedengaran sebaik sahaja Ivan melangkah masuk ke dalam ruangan ballroom itu. Tanpa menghiraukan bisikan-bisikan yang dia tidak pasti untuk siapa itu, kakinya melangkah ke arah meja di hadapan. Matanya jatuh pada kerusi kosong, di antara Rayyan dan Arisha. Nafasnya dihelakan sebelum dia membuka butang kot yang dipakai olehnya dan melabuhkan punggung di kerusi tersebut, mengundang semua mata di meja itu untuk memandangnya.

"Settle?" Rayyan menyoal sebaik sahaja Ivan duduk.

Ivan angguk. "You don't need to worry about him anymore," jawabnya senada. Dia menoleh pada Arisha yang duduk di sebelahnya.

Gadis itu tampil anggun memakai gaun atas paras lutut dipadankan dengan blazer yang dua-duanya berwarna soft pink. Rambut panjang gadis itu dibiarkan lepas. Wangian sweet berries gadis itu menusuk deria baunya. God, this girl and her damn soft and innocent girl appearance.

Arisha yang perasan akan panahan mata tajam Ivan menoleh pada jejaka itu. Senyuman kecil diukirnya untuk Ivan, sekadar untuk menutup rasa sesak di dadanya. Satu, kerana dia menjadi tumpuan anak-anak datuk dan datin yang hadir pada majlis itu. Kedua, kerana dia pasti segala jenis wartawan yang hadir juga turut memerhatikannya walaupun mereka dipanggil untuk membuat liputan tentang majlis perlantikan kakaknya. Dan ketiga, kerana jejaka di sebelahnya itu.

Mata Arisha kembali ke pentas di hadapan sana sebaik sahaja pengacara majlis menjemput Ayyara untuk naik ke pentas. Senyuman di bibir Arisha melebar bila melihat kakaknya itu tampil yakin berdiri menghadap semua orang di dalam ballroom itu. Di saat mata Ayyara jatuh padanya, Arisha mengukir senyuman manis dan lebar, seolah-olah memberitahu kakaknya itu 'I'm proud of you'.

Selepas apa yang dihadapi oleh Ayyara untuk sampai ke tahap ini, Arisha sangat kagum dengan wanita itu. Tangannya naik mengenggam loket yang tergantung di lehernya. Nafasnya dihelakan sebelum dia menoleh pada Airis dan Arfan yang duduk di sebelahnya. Senyuman kecil terukir di bibirnya bila melihat bagaimana pasangan itu tampak so in love with each other.

"Smile or people will make a chaos over your sad face."

Arisha tersentak bila suara dingin jejaka di sebelahnya itu menyapa telingannya. Dia menoleh pada Ivan yang langsung tidak memandangnya. "I am smiling."

"You actually don't." Ivan menoleh pada Arisha, membuatkan mata mereka bertembung dengan satu sama lain. Mata whiskey Ivan itu menatap tepat pada mata hazel miliknya.

Arisha mengetap bibir bawahnya sebelum dia mengalihkan pandangannya ke hadapan semula, tidak senang ditatap oleh Ivan sebegitu. Mata Ivan itu seolah-olah boleh membongkar semua kisah yang dia simpan selama ini dan dia tidak merelakan itu. Bukan kepada Ivan. Bukan kepada sesiapa pun.

~

"Ivan."

Ivan yang sedang duduk bersendirian di sebuah meja kecil yang agak jauh daripada tetamu lain menoleh pada Arfan yang melangkah ke arahnya.

"Do you mind if I sit here?" soal Arfan biasa sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan Ivan.

"You already did," jawab Ivan. Dia meneguk soda di dalam gelas kaca di hadapannya sebelum dia memandang wajah Arfan. "What is it, Arfan?" soalnya biasa kerana dia tahu Arfan tidak akan datang kepadanya jika tiada sesuatu yang penting untuk diberitahu.

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now