"Oh my sweeties, what happened to you both?"
Arisha dan Ivan serentak menoleh pada seorang wanita yang kelihatan berumur di lewat 60-an yang berdiri di belakang kaunter di lobi motel yang mereka temui. Arisha segera merapatkan dirinya dengan Ivan.
"Awak yakin ke tempat ni manusia yang punya?" bisiknya sambil meliarkan matanya ke setiap sudut lobi tersebut. Mereka sejujurnya tiada pilihan lain kerana motel ini merupakan satu-satu yang mereka temui sepanjang berjalan di bawah salji tadi.
"Aku tak rasa hantu rajin keluar tengah-tengah salji macam ni," jawab Ivan selamba sebelum melangkah ke kaunter itu. Kesejukan yang dialaminya sekarang membuatkannya ingin cepat-cepat menyalin pakaian ke pakaian yang baru. "Do you somehow know if there's any towing service near this place?" Ivan bertanya terus.
"Oh handsome."
Arisha menyembunyikan senyumannya apabila melihat wanita itu tidak berkelip memandang Ivan. I wouldn't blame her, my husband look like he comes out straight from those fictional world. So damn fine walaupun keadaan Ivan sudah agak tidak teratur akibat pouring snow di luar.
"Erm, is there any?" Ivan kembali mengulang soalannya apabila wanita di hadapannya tidak menjawab.
"Oh!" Wanita itu lantas menggelengkan kepalanya. "I'm afraid none of nearby towing service is available right now. Even more, the road is closed. So, I'm very sorry, handsome."
Ivan mengeluh perlahan. Dia memandang Arisha yang berdiri di belakangnya. Wajah pucat dan bibir Arisha yang mulai membiru menambahkan lagi rasa risaunya. Dia kembali memandang pada wanita tua di belakang kaunter itu. "Then do you have any available room for us to stay tonight?" soalnya kemudian.
Terus lebar senyuman pada wajah yang mempunyai garis-garis tua itu. "Of course, darling." Cermin mata bulatnya diturunkan sedikit sambil dia memandang pada Arisha yang hanya diam sebelum dia membentuk senyuman kecilnya. "Is that your girlfriend?" soalnya.
Ivan menoleh kembali pada Arisha. "My wife," jawabnya kemudian.
"She's beautiful."
Senyuman kecil terbentuk di bibir Ivan apabila mendengar pujian itu. "She is."
Wanita itu tersenyum. Anggukan kecil diberikannya sebelum dia membuka buku rekod bilik di hadapannya. "May I have your identification card please? I need it for the record book."
Dompet di dalam poket seluarnya dikeluarkan dan identification card miliknya diserahkan kepada wanita itu. "Do you sell any kind of clothes here? We need to change to something warmer."
"Oh yes, we have," wanita itu mengangkat pen di tangannya dan ditunjukkannya ke arah sebuah pintu yang tidak jauh dari kaunter. "That is our gift shop. You can find anything you need there and bring it here later," ujarnya.
"Okay. Thanks," Ivan mengangguk kecil sebelum dia kembali melangkah ke arah Arisha yang sudah duduk di sebuah kerusi. "Kita kena duduk sini malam ni. Esok pagi aku try call Ezra, tengok kalau dia boleh datang ambik kita kat sini," beritahu Ivan. Tangannya menarik bahagian depan jaketnya yang dipakai oleh Arisha untuk lebih menutupi badan gadis itu.
"Oh.."
"Nenek tu cakap diaorang ada gift shop. Let's go, we need to find something to change to. I'm not letting you going to sleep in this wet outfits," katanya dengan nada tegasnya. Sungguh dia rasa bersalah bila melihat keadaan isterinya yang pucat itu. Jika dia tahu semua ini akan berlaku, jika dia tahu Hudson akan dilanda snow storm tiba-tiba begini, dia pasti tidak akan membenarkan Arisha mengikutnya ke sini.
Tangan Arisha yang sejuk digenggamnya erat walaupun tangannya sendiri dalam kesejukan. Mereka berdua sama melangkah ke arah pintu kecil di sudut lobi motel itu. Ditolaknya pintu kayu itu, menghasilkan bunyi loceng yang digantung di atas pintu mengisi ruangan kosong motel tersebut.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...