10 • bodyguard

23.9K 1.1K 24
                                    

"Arisha, I need to talk to you about something."

Arisha memandang Arfan yang melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengannya. Arisha menelan liur pahit sebelum dia membetulkan duduknya untuk menghadap abangnya itu. "Apa dia?" soalnya biasa.

"About this whole situation."

"Oh.." Arisha menundukkan kepalanya. "Abang tak payah risau. Ari okay."

"No, you're not." Arfan menyuarakan itu dengan tegas. Dia memandang wajah adiknya dengan mata yang penuh risau dan kasih. "Abang dah bincang dengan Yara dan Rayyan. Ivan suggested something to both of them."

Mendengar saja nama Ivan itu keluar dari bibir Arfan, dia mengangkat wajahnya. Tolong bagitau apa yang akan keluar dari mulut Arfan bukan seperti yang dia fikirkan.

"Ivan akan jadi bodyguard Ari sampai pembunuh tu ditangkap. He's gonna follow you everywhere, tak kisahlah Ari buat apa or pergi mana sekali pun. He's gonna be there."

Membulat mata Arisha saat mendengar kata-kata Arfan itu. "What?!" Dia salah dengarkah?

"Since Ari tak nak move in dengan Yara or me, Ivan suggested for you to move out from your apartment. Dia dengan Rayyan akan cari tempat lain yang sesuai."

"Wait.." Arisha mengangkat tangan kanannya untuk menghentikan Arfan daripada terus bercakap. Kepalanya tiba-tiba menjadi pening dengan semua itu. Matanya dipejamkan kejap. "I don't understand. Kenapa Ari kena ikut semua cakap dia? And not to mention you just agree on everything he said? Is this a joke?"

"It is not." Arfan menghelakan nafasnya. Jika satu perkara yang dia tidak suka dalam hidupnya, ianya ialah bercakap dengan adik bongsunya itu. Kerana gadis itu sangat keras kepala dan langsung tidak kisah akan pendapat orang lain. "Abang setuju dengan apa yang dia cadangkan sebab tu yang terbaik sekarang ni. You saw a murderer, Arisha. And he knows you. As you said, there's a possibility yang dia akan datang cari Ari balik. And you want me to risk your life macam tu je without putting an effort to keep you safe? Nonsense."

Arisha mengetap bibir bawahnya dengan kuat. "Ari boleh jaga diri sendiri. Ari tak perlukan sesiapa untuk jaga Ari. I don't need a bodyguard. Not Ivan, not anyone else," balasnya dengan giginya yang dilagakan dengan satu sama lain.

Arfan memicit batang hidungnya. Sudahlah dia baru sampai dari Switzerland, ditambah lagi dengan perangai Arisha yang langsung tidak mahu beralah. Sungguh dia penat. "No, Arisha. You're gonna have Ivan as bodyguard and that's final. You're gonna move out as well. End of discussion."

Selesai menuturkan itu, Arfan terus bangun dan meninggalkan Arisha di situ. "Errr!!" Arisha meraup wajahnya. Rambut panjangnya digenggam sebelum dia bangun dari sofa di ruang tamu rumah Arfan dan Airis itu. Tangannya segera mencapai beg miliknya di atas meja dan melangkah untuk keluar dari situ.

Baru sahaja dia menolak pintu rumah itu, wajah yang paling dia benci hari itu muncul di hadapannya. Ivan memandang wajah Arisha. "Kau nak pergi mana?"

"It's not your business," jawab Arisha.

"It is my business. Don't make me ask for the third time, Arisha. Where are you going?" soal Ivan buat kedua kalinya. Matanya tajam menikam mata hazel Arisha membuatkan Arisha melarikan matanya.

"Balik," jawabnya sepatah.

"Aku hantar."

"Tak perlu."

"I don't give you a choice."

Arisha mengetap bibir. Jari-jemarinya digenggam kuat. Matanya menatap Ivan dengan berani. Kakinya menapak ke hadapan, merapatkan jarak antara mereka. "Saya tak perlukan awak. I can take care of myself very well."

Ivan jongket keningnya sebelah. "Betul kau tak perlukan aku?"

"Yes! You are the one yang nak jadi bodyguard saya. I didn't ask for you!" Arisha menjawab yakin.

"Because you need me more than you thought, princess." Bibir Ivan mengukir senyuman sinis sebelum dia juga sama menapak ke hadapan, semakin merapatkan jarak mereka sehingga hujung kasutnya betemu dengan kasut Arisha. Dia menunduk memandang Arisha yang separas bahunya itu. Wangian berries Arisha semakin kuat "Get in the car," bisiknya keras.

"Saya tak nak balik dengan awak."

"Did I give you a choice?"

Makin kuat Arisha mengetap bibirnya mendengar jawapan selamba daripada Ivan itu. "Have some respect on me. Sekarang ni, awak bodyguard saya dan saya majikan awak. Saya tak kisah awak kawan abang Rayyan ke, abang Arfan ke.. I don't care sebab sekarang I'm the one who has the upper hand. So you listens to me."

Ivan mengukir senyuman sinis. This little girl really think that she has the upper hand over me? "I see. So sekarang kau boleh terima aku sebagai bodyguard kau lah? Kalau ya, get in the car before I do something that both of us don't like."

Arisha tahu dia harus menurut kata-kata Ivan saat ayat terakhir itu keluar dari mulut jejaka itu. Namun entah kenapa, kakinya seperti digam tika itu. Jiwanya meronta untuk mencabar semua kata-kata jejaka itu. "Apa je yang awak boleh buat with my brother and my sist.. Argh!" Arisha menjerit kuat saat Ivan mengangkat badannya dan diletakkan di atas bahunya. Lengannya mengunci kaki Arisha di dadanya. Tangannya serentak naik mengenggam belakang baju yang dipakai oleh Ivan kerana risau dirinya terjatuh walaupun dia tahu Ivan tidak akan sesekali membiarkannya jatuh.

"Ivan!! Let me go!!" Arisha mulai memberontak. Tangannya memukul belakang badan Ivan sambil kakinya meronta dalam pelukan Ivan.

Sampai sahaja di kereta, Ivan membuka pintu belakang. Badannya ditundukkan sedikit sebelum dia meletakkan Arisha di dalam tempat duduk belakang. Dia kemudiannya meletakkan kedua-dua tangannya pada doorframe kereta itu sambil matanya tajam pada Arisha.

Arisha yang kesakitan akibat dilepaskan begitu sahaja oleh Ivan sebentar tadi juga menoleh padanya. Kerana rasa geram, dia menarik blazer yang dipakai oleh Ivan membuatkan jarak antara mereka semakin dekat. Wajah Arisha jelas kemerahan akibat rasa marah. Giginya dilagakan sebelum dia bersuara, "don't touch me like you own me without my permission. I hate it." Tegas dan keras nada dia menuturkan itu.

"Jadi ikut apa yang aku cakap lepas ni. I won't treat you the way I did if you listen to what I said," balas Ivan tenang namun terselit ketegasannya. Matanya menentang mata gadis yang penuh dengan rasa sakit hati. "Bear with me for a while, princess. But for now, listen to me. I promised I'll protect you by all means."

Buat pertama kalinya, suara Ivan kedengaran lembut pada pendengarannya. Dan serta-merta, dia merasakan ketenangan dan selamat juga. Dengan perlahan, dilepaskannya genggamannya pada blazer Ivan. "Sorry. Saya.. stress."

Ivan mengemaskan kembali blazernya sambil kembali berdiri. "Anything I can do to ease you?"

"What do you suggest?" Arisha bertanya. "Smoking is not the idea, by the way. Saya waras lagi," sambungnya, mengundang senyuman tipis daripada Ivan.

"Then kau nak buat apa?"

"Cat shelter?" Mata Arisha bulat bercahaya, teruja dengan idea yang dikeluarkannya itu, berharap Ivan bersetuju.

"Do I need to be nice to them?"

"Of course!" Arisha tergelak melihat riak wajah Ivan yang tidak senang itu. "Don't worry. I'm sure awak suka diaorang. Just like how you loved the kids hari tu."

"I doubt that. I don't like any of living being. They are tiring."

••••

Ye ye je kau ni Ivan 👀

Giving you guys another update sebab I risau I takde masa untuk update esok :))

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now