Pintu di mana Ivan dan Arisha sedang menunggu kehadiran Megat Awatif dikuak dari luar membuatkan mereka serentak mengangkat muka untuk memandang Megat Awatif yang melangkah masuk sambil diiringi oleh seorang pegawai polis dengan tangannya yang bergari.
Arisha mengetap bibirnya bila melihat keadaan Megat Awatif yang jauh berbeza dari kali terakhir dia melihat lelaki itu. Jika sebelum ini Megat Awatif seperti awet muda, sekarang kerutan di wajah lelaki itu semakin jelas kelihatan. Malah badan Megat Awatif kelihatan lebih susut berbanding sebelum dia dipenjarakan.
"Arisha." Megat Awatif melabuhkan punggungnya di hadapan Ivan dan Arisha. Matanya tunak memandang anak bongsunya itu. Jujur, dia agak terkejut bila pegawai penjara memberitahunya bahawa anaknya ingin bertemu dengannya. Satu-satunya wajah yang muncul di fikirannya tika itu ialah Arisha kerana ianya mustahil Arfan dan Ayyara akan bertemu dengannya. Dan sangkaannya sangat betul.
"Pa." Getaran pada nadanya kedengaran. Dia mengenggam jari-jemarinya, berharap agar rasa sesak di dadanya hilang. Saat itu juga, Ivan meraih lembut tangannya di bawah meja itu dan digenggam jejaka itu erat. Ibu jarinya mengelus perlahan permukaan tangan Arisha, seolah-olah memberi kekuatan kepada gadis itu untuk berhadapan dengan Megat Awatif.
Arisha menoleh pada Ivan bila tangannya digenggam oleh jejaka itu. Ivan mengukir senyuman tipis untuk gadis itu. Anggukan kecil diberikan kepada Arisha sebagai sebuah reassurance. Dan perkara itu sedikit sebanyak menenangkan dirinya. Arisha menarik dan menghelakan nafas perlahan sebelum dia kembali memandang wajah Megat Awatif. Air liur pahit ditelannya. "Papa apa khabar?"
Megat Awatif tersenyum bila nendengar soalan itu daripada Arisha. "Baik. Ari?" Matanya tunak memandang wajah cantik anaknya itu.
"Ari nak kahwin."
Serta-merta, senyuman Megat Awatif mati begitu sahaja. Dia mengerling pada Ivan di sebelah Arisha. Jejaka itu memandang tajam padanya, seolah-olah berharap agar dengan satu pandangan, dia boleh membunuh Megat Awatif.
"Dengan siapa?" Megat Awatif bertanya.
"You don't need to know."
"Papa berhak untuk tahu, Arisha."
Arisha menyungging senyuman sinis. "Really? So that papa boleh upah orang dari sini untuk bunuh dia pula, hm? Just like what you did to Kak Airis and her parents? Ha?"
Wajah Megat Awatif jelas bertukar tegang. "You are being disrespectful to me Arisha."
"After all, do you think you deserved to be respected?" Arisha mengangkat sebelah keningnya. Genggaman tangan Ivan pada tangannya sedikit sebanyak memberikannya kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki yang bergelar ayah kepadanya itu.
"Arisha.. please don't do this to me. Ari tak baca ke semua surat yang papa hantar pada Ari? I clearly told you that you need to marry my friend's son. Only then I can get out of this hell!" Dada Megat Awatif turun dan naik dengan laju.
Arisha bagai tidak mempercayai apa yang keluar dari mulut Megat Awatif. Matanya kaku pada wajah merah Megat Awatif yang kelihatan marah. He really did think to sacrifice me to help himself?
"Watch your tone when you speak to my fiancé." Ivan akhirnya bersuara membuatkan Megat Awatif dan Arisha serentak memandangnya. Tangan Arisha dilepaskannya sebelum dia bangun dari kerusi. Tangannya kemudian diletakkan di atas permukaan meja dia dia leaning towards the table. Matanya tajam menikam tepat wajah Megat Awatif. "Listen Megat Awatif. Arisha is not a girl anymore. She's not a kid anymore. She's not your daughter anymore. You made it that way the second you treat her like one of your belongings - which explains why I'm taking her from you from this very moment because she deserved to be treated like a princess. Since you can't do it, I'm gonna do it."
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...