27 : moving out

22.1K 1.1K 20
                                    

"Arisha."

Arfan yang baru sahaja berjalan masuk ke dalam bilik yang diduduki olehnya itu dipandang bersama senyuman tipis. Arfan melabuhkan punggungnya di birai katil, di sebelah Arisha. Matanya meneliti lebam pada dahi Arisha. "Be honest Arisha, who did this to you?" soalnya dengan perasaan geram dan marah yang disimpannya daripada tadi sejak melihat keadaan adiknya itu tadi.

Arisha diam saat mendengar nada abangnya itu. Bibirnya diketap perlahan. "No one. Ari terjatuh sendiri." Itu betul. Dia cuma tidak memberitahu cerita yang sepenuhnya kerana dia tidak mahu memperbesarkan kes dengan Rafa tadi. Walaupun dia pasti, pensyarahnya itu tidak akan berputus asa untuk mendekatinya.

"Sebab I putuskan hubungan kita."

Kata-kata yang diucapkan oleh Rafa kepadanya di bilik kuliah tadi kembali bergema di fikirannya. Sejujurnya, dia sungguh tidak pasti mengapa Rafa mengatakan itu kepadanya. Jika kerana berapa sesi private tutor bersama dengan Rafa pada semester yang lepas, itu sangatlah tidak masuk akal. Tiba-tiba kepalanya kembali berdenyut akibat memikirkan lelaki itu.

"Ivan mana?" Arisha bertanya, mengalihkan topik perbualan mereka.

"Abang suruh dia balik. He's having a fever but he's getting better, don't worry." Arfan mencapai gelas air kosong di atas meja kecil bersebelahan dengan katil dan diserahkan kepada Arisha.

"Ivan demam?" Arisha bertanya dengan dahinya berkerut. Dia langsung tidak menyedari jejaka itu dalam demam. Bibirnya diketap. Patutla dia suruh Finn jaga hantar aku hari ni. Arisha menyentuh jarinya yang kosong tanpa cincin pemberian Ivan. God damn it, Arisha. "Beg Ari mana?" Laju kepalanya ditoleh kiri dan kanan untuk mencari begnya.

Terkebil-kebil Arfan memandang Arisha sebelum dia mencapai beg Arisha yang terletak di atas lantai di tepi katil itu. Diserahkannya kepada Arisha.

"Thanks." Arisha segera menyeluk ke dalam perut begnya, mencari cincin kayu yang ditanggalkannya siang tadi. Please, please. Hatinya berbisik, berharap agar cincin itu tidak hilang. Pencariannya berakhir saat jarinya tersentuh akan sebentuk cincin di sudut paling dalam begnya. Nafas lega dilepaskannya sebaik sahaja dia melihat cincin tersebut di dalam tangannya.

"Ivan bagi ke?" Arfan bertanya biasa saat dia melihat reaksi gadis itu dengan cincin tersebut.

Hanya anggukan diberinya untuk menjawab soalan abangnya itu. Sambil itu, dia kembali menyarungkan cincin tersebut pada jarinya.

"For what?"

"Ha?" Mata Arisha kembali memandang Arfan, tidak memahami soalan ringkas yang dikemukakan oleh abangnya itu.

Arfan mengangkat bahunya seketika. "I noticed that you guys are closer than ever now. I'm not trying to be a traditional brother or a busybody here but I hope you guys don't cross the line. Cincin ni untuk apa? Is it to claim you as his or what? I mean, what are you guys actually? And no, you can't tell me you don't know because you are wearing a ring that he gave now." Di saat dia menghantar Megat Awatif ke dalam penjara, dia tahu secara automatiknya, Ayyara dan Arisha akan berada dalam tanggungjawabnya. Dan walaupun dia sendiri sudah mempunyai isteri, dia tetap cuba untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada adik-adiknya. Di saat dia sibuk dengan kerjanya sebagai doktor, dia cuba untuk sentiasa ada jika mereka memerlukannya.

Arisha diam. Lidahnya kelu untuk menjawab soalan daripada Arfan. What are they? Dia tidak pasti ingin menggunakan perkataan apa untuk menggambarkan hubungan antaranya dengan Ivan. Are they in love? Dia tidak pasti kerana bukan sahaja dia, tetapi Ivan juga tidak pernah mengungkap perkataan cinta kepadanya. Are they flirting with each other? Probably. Are they friends? Did friends care for you the way they care for each other? Did friends hold you in their arms if you are experiencing a panic attack?

"Abang." Arisha mengangkat wajahnya untuk memandang Arfan. Bibirnya diketap sebelum menyoal soalan itu.

"Can I stay with you for a while?"

Melarikan diri daripada keadaan yang menyesakkannya sentiasa menjadi pilihannya daripada dahulu lagi. Cincin di jarinya dipandang. Di saat dia tidak pasti apakah perasaannya kepada Ivan, tetapi suatu perkara yang dia pasti - ianya ialah dia tidak mahu menjadi mangsa dalam satu hubungan yang tidak pasti. Tidak kiralah bagaimana Ivan membuatkannya merasa selamat berada dekat dengan jejaka itu, dia masih tidak bersedia untuk membuka hatinya untuk menerima jejaka itu sepenuhnya dalam hatinya.

~

"What?"

Ivan bagai tidak mempercayai apa yang keluar dari mulut Arisha. "You want to stay with Arfan?" soalnya dengan keningnya yang berkerut. Matanya lurus memandang pada wajah Arisha yang berdiri di hadapannya.

Arisha menundukkan pandangannya, tidak mahu bertentangan mata dengan Ivan. "My brother is right. We should not cross the line. Saya akan duduk dengan abang Arfan dan kak Airis for a while before moving back to my own house."

"Kau nak balik dekat Keyvista?"

Arisha geleng. "No. Saya takkan balik Keyvista.." Arisha mengetap bibirnya. Keputusan ini merupakan salah satu keputusan terpaling berat yang pernah dia buat dalam hidupnya. Bahkan dia sendiri dia tidak mempercayai bahawa dia akan membuat keputusan untuk kembali ke rumah itu, rumah yang menyimpan seribu satu memori buruk keluarganya. "Saya nak balik rumah family saya."

Dengusan kecil terlepas dari bibir Ivan. "Princess, can you please help me to get this thing straight? Kenapa kau tiba-tiba nak pindah keluar dari rumah kita?"

Arisha mengangkat kepalanya untuk memandang Ivan.  "It's not our house. It's your house. Saya duduk dekat rumah awak sebab tu keputusan awak dan abang saya. For what? To keep me away from the murderer but fortunately, the inspector that is in charge in that case called me this morning." Arisha melepaskan nafasnya. "Diaorang dah tangkap dah pembunuh tu. He was in attempt to fly out of the country when they caught him." Itu merupakan salah satu sebab dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah Ivan itu.

Ivan diam sejenak. Ya, dia turut mendapat panggilan daripada Nil bahawa pihak polis telah menjumpai Kamil ketika lelaki itu cuba untuk menaiki kapal terbang ke Filipina.

"So.." Arisha menarik Ivan kembali ke dalam perbualan mereka. "There's no reason for me to stay with you anymore," sambungnya kemudian. Wajahnya sedaya updaya dibuat untuk beriak biasa kerana dia tidak mahu nampak lemah saat ini. Get this over with, Arisha.

"What about your stalker?" Ivan akhirnya bersuara.

"Don't worry. Dia dah lama tak hantar apa-apa dekat saya. I guess I'm just being paranoid before."

"What about us then?"

Jari Arisha mengenggam material gaun yang dipakai olehnya itu saat mendengar soalan Ivan itu. Buat seketika, mata berona hazelnya memandang tepat pada mata whiskey Ivan. Dan tidak seperti selalu, dia tidak menemukan ketenangan di mata itu, melainkan rasa sesak di dadanya.

"Is there even 'us' in the first place?"

•••••

Ari is back in denial 😩

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now