"Oh my God sweetheart, are you okay?" Siku Arisha dipegangnya sambil matanya meneliti badan Arisha. "You lose weight, don't you?" Nalysia kembali membawa matanya untuk memandang Arisha. "And you don't get enough sleep? You look unhealthy, sweetheart." Riak wajah Nalysia jelas menunjukkan bahawa dia risau dengan keadaan Arisha yang tampak susut badannya.
"I'm okay, don't worry." Arisha memaksa sebuah senyuman untuk wanita di hadapannya itu. Sebulan yang lalu ketika dia mendapat jemputan daripada Nalysia untuk menghadiri majlis perlancaran koleksi terbaru Athenia, dia sangat looking forward to it. Tetapi selepas apa yang berlaku antaranya dan Ivan beberapa hari yang lalu, dia tidak pasti apakah dia mampu menikmati majlis ini sepenuhnya ataupun tidak. Lagi teruk apabila dia mengingati saat Ivan mengatakan "your date is me" kerana sekarang, dia hadir bersendirian tanpa Ivan ada dengannya.
"Arisha." Suara Nalysia kembali menariknya dari lamunannya. Dia kembali mengukir senyuman kecil untuk Nalysia. "You dengar tak I tanya apa tadi?" Nalysia mengecilkan matanya memandang Arisha membuatkan Arisha terkebil-kebil memandangnya.
"Apa dia?" Keningnya dijongketkan sambil pipinya berona merah kerana wanita di hadapannya menangkapnya hanyut dalam lamunan. Forget about him, Arisha. You promised that to yourself and him.
"Sweetheart, I tanya about your date. Where is he? Kenapa dia tak datang sekali dengan you?"
Senyuman di bibir Arisha serta-merta mati bila mendengar soalan Nalysia tentang datenya itu. Tangannya mengenggam kain ballgown yang dipakai olehnya itu, cuba mengumpul kekuatan dan mencari jawapan yang sesuai kepada soalan Nalysia itu.
"Nalysia."
Satu suara yang kedengaran elegan menyapa Nalysia, membuatkan Arisha dan Nalysia serentak memandang ke arah sumber suara itu, di mana berdirinya seorang gadis yang memakai gaun panjang berwarna coklat - kontra dengan kulitnya yang putih mulus. Rambut beralun golden blonde gadis itu dilepaskan dengan bahagian depan diselitkan kemas di belakang telinganya.
"Mrs. Kyree?" Bulat dan bersinar mata Nalysia saat melihat kehadiran gadis di hadapannya itu. Dia mengenali gadis itu kerana gadis tersebut selalu menempah gaun-gaun daripadanya setiap kali ada koleksi baharu. Dan untuk malam itu, dia menghantar sehelai gaun yang terbaharu untuk gadis itu.
"Please just call me Ilaria," Ilaria mengukir senyuman kecil untuk wanita di hadapannya itu. Kedua-dua tangannya memegang purse berwarna putih di hadapannya.
"Oh, if you insists, then welcome to Malaysia, Ilaria." Ramah Nalysia berborak dengan gadis di hadapannya. "You're not alone, right? I thought CEO of Kyree Groups is here too or am I wrong?" Nalysia menjongketkan keningnya sebelah. Rasa ingin tahunya kian memuncak.
"Oh, yes!" Ilaria menoleh ke belakangnya, di mana dia menggamit agar jejaka yang lengkap dengan two-piece suit yang berwarna hitam. "Ivan."
Nama itu cukup untuk membuatkan Arisha yang sedang berbual dengan salah seorang tetamu pada malam itu menghentikan perbualannya. Lidahnya tiba-tiba menjadi kelu bila nama itu menerpa pendengarannya. Kepalanya ditolehkan ke arah gerangan yang sedang melangkah ke arah mereka. Bibirnya terbuka kecil saat melihat jejaka itu tampil segak dan berkarisma dengan penampilannya pada malam itu.
Ivan menyentuh lembut dan sekejap belakang pinggang Ilaria sambil dia mengambil tempat untuk berdiri di hadapan Nalysia yang jelas tampak terkejut dengan kemunculannya itu. Wajahnya tampak kosong dan dingin. Walaupun dia tahu akan kehadiran Arisha, dia langsung tidak memberi satu pandangan pun kepada gadis itu.
"Let me introduce to you, the CEO of Kyree Groups, Ivan Firash Kyree." Suara Ilaria kembali menerpa telinganya membuatkan lidahnya menjadi kelu. Dia tidak tahu Ivan merupakan salah seorang ahli Kyree Groups, jauh sekali tentang jejaka itu yang merupakan CEO Kyree Groups. Because you never asked for his full name, Arisha.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...