8 • i'm okay

23.5K 1.2K 20
                                    

Deringan dari telefonnya membuatkan Ivan yang baru sahaja keluar dari bilik air menoleh ke arah meja. Dia melangkah ke arah meja tersebut sambil menggosok rambutnya yang masih basah selepas mandi. Telefonnya yang bergetar itu diambil dan nama pemanggil dibaca sekilas. Panggilan daripada Rayyan dijawab biasa.

"Where the fuck are you Ivan Firash Kyree?!"

Terjongket kening Ivan saat mendengar nama penuhnya keluar dari bibir Rayyan itu. "Rumah. Kenapa?"

"Bukan sepatutnya kau ada dengan Arisha ke sekarang? Oh my God, Ivan. I can't believe you are careless."

Ivan yang mendengar suara kalut Rayyan itu mengerutkan keningnya. Lebih-lebih bila dia mendengar nama Arisha keluar dari jejaka itu. What's wrong with her? "Aku dah hantar dia dekat apartment dia. What is actually going on?"

Rayyan menghelakan nafas penat. "Ivan, Arisha nampak pembunuh. Pembunuhan tu pula berlaku depan mata dia sendiri. She's.."

"What?" Riak wajah Ivan jelas berubah tegang. "Dia dekat mana sekarang? And did he hurts her?" Cause trust me, I would kill every single person that hurts her. Ivan mengenggam tangannya, membentuk penumbuk. Kepalanya sekarang hanya dapat memikirkan Arisha yang besar kemungkinan dalam ketakutan sekarang. Shit!

"Dia dekat apartment dia sekarang. Naufal dan Liyana as well."

Tanpa membalas apa-apa, Ivan terus menamatkan panggilan. Dia segera melangkah wardrobenya, menarik keluar sebarang pakaian yang dicapai oleh tangannya. Setelah itu, kunci kereta dan telefonnya dicapai laju sebelum dia melangkah keluar untuk ke apartment Arisha kembali.

Buat pertama kali dalam hidupnya, dia melanggar semua lampu isyarat merah semata-mata untuk sampai pada Arisha dengan lebih cepat. Keretanya diparkirkan betul-betul di hadapan foyer apartment Keyvista. Segera, dia menutup enjin keretanya dan berlari masuk ke dalam apartment tersebut.

Did you know her house number, Ivan?

That's a basic information.

Sampai sahaja di tingkat rumah Arisha, Ivan terus melangkah ke arah rumah gadis itu yang pintu terbuka sedikit. Terus, tanpa salam, dia menerjah masuk, membuatkan Naufal dan Liyana yang sedang duduk di ruang tamu menoleh ke arahnya. Masing-masing memandangnya dengan riak hairan.

"Arisha mana?" soal Ivan bila dia tidak melihat kelibat Arisha pun di situ.

"Dalam bilik. Dia.."

Tanpa menunggu Liyana menghabiskan ayatnya, Ivan terus melangkah masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh Liyana tadi. Matanya terus tertumpu pada Arisha yang duduk sambil menghadap balkoni biliknya. Ivan menghelakan nafas lega bila melihat gadis itu dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Dia melangkah perlahan ke arah Arisha.

"Princess."

Suara Ivan itu membuatkan Arisha tersentak. Dia memandang Ivan yang berdiri di sebelahnya. "Ivan."

Ivan meneliti wajah dan badan gadis itu, mengesan sebarang kesan lebam atau luka. "Are you okay?" soalnya sambil dia membawa matanya kembali pada mata hazel gadis itu.

"I'm fine." Arisha menganggukkan kepalanya. "Abang Arfan ke yang call awak?"

"Rayyan."

"Oh.." Arisha menundukkan kepalanya. "Sorry. They are being a little bit too dramatic. Padahal saya okay je," Arisha cuba mengawal getaran pada suaranya. Tangannya yang masih menggeletar digenggam dan cuba disembunyikan daripada Ivan.

Ivan menghelakan nafasnya sebelum dia melutut di hadapan gadis itu. "I know you're not okay. Kau tak perlu nak tipu aku."

Arisha senyum tipis. "Saya okay Ivan. Awak tak perlu risau. Abang, kakak saya semua.. diaorang tak perlu pun nak risau pasal saya. Saya tak nak menyusahkan sesiapa. I hate it. I'm not in trouble. If I am, I can handle it myself."

"Tell everyone that and I still believe you're not okay." Ivan memandang tepat pada wajah gadis itu. "Princess, it's very okay for you to admit that you're not okay. Takde sesiapa akan marah kau. Takde sesiapa yang akan judge kau."

Arisha terdiam. Sepanjang dia hidup, tiada sesiapa dalam hidupnya memberitahunya itu. Tidak pernah sekali 'i'm not okay' keluar dari bibirnya kerana semua orang selalu melihatnya sebagai seorang yang kuat, seorang yang keras hatinya. Dia dilatih daripada kecil untuk bersendirian, tanpa perhatian daripada ibu atau ayahnya. Di saat orang lain menangis ketika tercedera jatuh daripada basikal, dia pula bangkit dan masuk dalam bilik, membalut lukanya sendiri tanpa bunyi.

Bahkan tika ibunya meninggal, dia langsung tidak mengalirkan air mata. Kerana dia tidak pernah rapat atau mendapat pun kasih sayang daripada seorang ibu. Begitu juga dengan ayahnya yang hanya menumpukan perhatian kepada Arfan - kerana dia ialah anak lelaki dan anak sulung. Meanwhile Arisha ialah always that unwanted and unplanned child yang lahir ketika hubungan rumah tangga ibu bapanya hampir musnah.

"Arisha."

Arisha tersentak daripada lamunannya. Dia memandang Ivan yang masih melutut di hadapannya. Matanya memandang mata whiskey Ivan itu. Somehow, dia merasakan sebuah kepastian daripada tatapan jejaka itu. Sebuah kepastian yang menyatakan bahawa dia tidak berseorangan - tetapi ada seseorang yang memahaminya, yang dapat melihatnya dalamannya di saat dia meletakkan topeng untuk menutup dirinya yang sebenar supaya dia menjadi seperti apa yang orang lain nak. Gadis yang kuat. Gadis yang penuh dengan senyuman. Gadis yang penuh dengan aura positif. Gadis yang naif. Gadis yang sentiasa baik-baik sahaja. The fake me. I pretend so well that I'm fine that myself even believe i'm okay.

So would you let him enter your world? Would you ever let him to look into you, Arisha?

"No," Arisha menjawab sendiri. Dia memandang Ivan dengan nekad. "Saya okay Ivan. Awak boleh balik. Bagitau abang Naufal dengan Kak Liyana juga."

"Ari.."

"Please Ivan. Don't let me beg for you to leave me alone." Arisha ketap bibir. "I'm perfectly fine. Please get out. I need a rest." Kakinya terus dilunjurkan di atas katil sebelum dia membaringkan badannya. Comforter ditariknya hingga ke lehernya dan matanya dipejamkan erat.

Belakang badan Arisha yang ditutup dengan comforter dipandang sejenak sebelum dia menghelakan nafas perlahan. Kakinya melangkah untuk keluar dari bilik Arisha itu sebelum dia kembali menoleh kepada gadis itu. "If you need anything, call me. I'll be right outside," beritahunya sebelum dia menutup lampu bilik itu dan melangkah keluar.

Arisha kembali membuka matanya bila mendengar bunyi pintu biliknya ditutup rapat. Badannya yang baring mengiring tadi mula berbaring penuh. Matanya menatap siling biliknya. Dadanya turun naik dengan perlahan. Jarinya naik dan mengenggam lembut loket rantainya.

"Kau nak pergi mana? Kau tak boleh lari daripada aku."

Suara lelaki tadi kembali bergema di kepalanya. Makin kuat genggamannya pada loket rantainya. Dadanya mula laju turun dan naik. Nafasnya serta-merta menjadi kencang. Jarinya mula menggeletar teruk.

Arisha kembali bangun. Botol ubat di atas meja lampu di sisi katilnya dicapai. Dua biji pil kemudiannya ditelan dengan bantuan air. Badannya kemudian kembali dibaringkan dengan posisi mengiring menghadap sliding balkoni biliknya. Comforter ditariknya rapat ke dadanya. Think about something else Arisha.

This damn panic attack. Kenapa kau lemah sangat Arisha? Kenapa kau tak boleh nak kawal diri sendiri? You are so fucked up Arisha.

Arisha memejamkan matanya dengan rapat saat kepalanya menuturkan itu. Tanpa sedar, air matanya mengalir perlahan. Kakinya dibawa ke dadanya, membuatkannya berbaring dalam fetus position.

You are not weak Arisha. You don't come this far just to be so fragile like this. You are everything but weak.

Saat itu juga, rintik hujan mulai kedengaran. Mata Arisha memandang ke arah balkoni biliknya yang dipisahkan dengan sliding door. Tangannya mengenggam rantainya sambil matanya kembali dipejamkan. Bunyi hujan di luar sedikit sebanyak menenangkannya dan akhirnya, membuainya untuk tidur.

••••

Arisha sayang 🥺

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now