44 : our event

40.5K 1.3K 35
                                    

"My princess."

Bahu Arisha terangkat sedikit apabila merasakan lingkaran tangan kekar Ivan pada pinggangnya yang tiba-tiba. Dia kemudiannya memandang Ivan dari pantulan cermin di hadapan mereka. Suaminya itu sudah lengkap dengan tuxedo hitam.

Ivan mencium lembut bahu Arisha yang terdedah akibat gaya gaun pengantin yang dipakai oleh gadis itu sebelum dia mencari anak mata Arisha pada pantulan cermin. Senyuman kecil diukirnya untuk gadis itu. "Look at yourself, princess," arah Ivan. Pelukan pada pinggang gadis itu dieratkan, seolah-olah tidak mahu ada sedikit jarak pun yang memisahkan mereka. "Look at how beautiful you are right now," sambungnya sambil matanya menjejak setiap inchi wajah dan badan Arisha. Fuck. "Tu sei molto bella (you are very beautiful)."

Arisha tidak pasti apa yang dituturkan oleh Ivan tetapi yang pasti, kata-kata jejaka itu hampir membuatkannya lemah lutut dan yes, more set of butterflies are released.

"Can I just keep you to myself?"

"Not now," jawab Arisha sebelum dia berusaha untuk melepaskan pelukan Ivan pada pinggangnya dan kemudian memusingkan badannya untuk menghadap Ivan. Dia kemudiannya mengambil peluang itu untuk meneliti wajah bersih suaminya, dari mata jejaka itu hinggalah ke bibir.

Matanya terhenti pada bibir Ivan dan jarinya naik mengelus lembut bibir suaminya itu. Selain daripada mata Ivan, bibir jejaka ini juga merupakan salah satu kesukaannya. Tanpa isyarat, dia menjengketkan kakinya dan bibir jejaka itu dikucup lembut. Tangannya diletakkan pada bahu Ivan. Seketika kemudian, dia kemudiannya menjarakkan bibir mereka sambil tangannya masih berpaut pada bahu suaminya itu. Dia kemudiannya mencari anak mata Ivan.

Dan tika itu lah, Ivan terus mengangkat badan Arisha dan didudukannya pada atas meja solek di hadapan mereka tadi. Tangannya terus naik dan memegang lembut sisi batang leher Arisha dan didongakkan wajah gadis itu sebelum bibirnya disatukan dengan bibir Arisha.

Tangan Arisha berpaut pada bahu Ivan sambil matanya dipejamkan bila Ivan melumat lembut bibirnya. Wangian maskulin Ivan jelas pada deria baunya membuatkannya ingin terus memeluk badan suaminya itu. Dan tangannya turun pada dada Ivan dan tuxedo yang dipakai oleh jejaka itu digenggamnya.

Dalam mereka tenggelam dalam ciuman hangat itu, bunyi ketukan pada pintu membuatkan masing-masing tersentak dan hanya begitu, mereka menjarakkan wajah masing-masing dengan nafas yang laju. Ivan mengelap bibirnya yang pasti sudah tercalit sekali dengan lipstick yang dipakai oleh Arisha sambil matanya masih pada wajah isterinya yang naik kemerahan.

Tisu di sisi badan Arisha ditarik untuk menyambung mengelap sisa lipstick pada bibirnya sebelum dia dengan biasa mengangkat badan Arisha dan kembali didirikan di atas lantai. "You might need to put on your lipstick again, the color is fading away," ujarnya sambil mengusap lembut sisi wajah Arisha.

Arisha memandangnya dan mengemam bibirnya. Matanya jatuh pada tuxedo Ivan yang sedikit berkedut akibat genggaman kuat tangannya tadi dan bowtie jejaka itu yang sedikit senget. Tangannya spontan naik untuk membetulkan dan mengemaskan kembali bowtie suaminya itu. "Sorry for ruining your look," beritahunya perlahan, mengundang senyuman kecil pada bibir Ivan.

Tangan Arisha diraih dan diturunkan setelah gadis itu membetulkan posisi bowtie di lehernya. "Fix your makeup. Aku tunggu kat luar," ujar Ivan. Bahu Arisha dielusnya lembut sebelum dia membuka langkah untuk keluar dari bilik itu.

"Arisha mana?" Ivan yang baru sahaja keluar dari bilik terus memandang pada Ayyara yang bertanya. Tidak sempat pun wanita itu hendak melangkah masuk ke dalam bilik tadi, Ivan laju sahaja menutup kembali pintu bilik tersebut dan berdiri menghalang Ayyara.

Ayyara mengerutkan keningnya. "What?"

"Isteri saya tengah bersiap. It would be so much appreciated if you leave us alone," ujar Ivan tenang. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now