"Hai."
Arisha tersentak apabila disapa oleh Ilaria yang menarik kerusi untuk duduk di sebelahnya dan diekori oleh tunang gadis itu. Senyuman kecil ditunjukkan untuk kedua-dua orang itu.
"Hai, Arisha." Tunang Ilaria menyapa mesra.
Arisha hanya senyum. "Hai," balasnya ringkas. "Ingatkan tak datang?"
"Well, tak datang kalau bukan sebab Ilaria paksa," ujarnya sambil mengambil tempat di sebelah Ilaria. Butang kot yang dipakai olehnya dibuka sebelum dia melabuhkan punggungnya.
Ilaria menjeling pada jejaka itu. "Hello, I tak paksa okay? I lagi tak suka you datang," balas Ilaria malas. Dia menoleh pada Arisha, tidak menghiraukan tunangnya itu. "Mana Ivan?" soalnya.
"Preparing for his speech," jawab Arisha biasa. Gelas di atas meja diambil dan dihirupnya jus yang dihidangkan. Sambil itu, matanya tertumpu ke atas pentas, menunggu suaminya membuat penampilan.
Tika itu juga, lampu di ruangan ball room itu dimalapkan dan hanya lampu di pentas yang terang benderang membuatkan semua pasang mata yang ada menoleh ke situ, di mana Ivan melangkah dengan penuh karisma ke atas pentas.
Arisha senyum kecil bila melihat kelibat suaminya. Ivan segak dengan memakai suit hitam lengkap dengan tali leher. Tangannya dihiasi dengan jam tangan. He looks so good.
Ivan berdiri di tengah-tengah pentas, di hadapan mikrofon yang disediakan. Matanya meliar ke seluruh sudut ballroom yang dipenuhi dengan para staf Kyree Groups dan juga semua stakeholders mereka serta kesemua ahli keluarga Kyree. Mata Ivan akhirnya terhenti pada sepasang mata hazel yang bersinar memandangnya.
Arisha ukir senyuman apabila matanya bertembung dengan suaminya. Good luck, tuturnya tanpa suara.
Ivan senyum tipis dan angguk. Setelah itu, dia kembali memandang ke hadapan sebelum mengambil nafas dan dihelanya perlahan.
"Good evening everyone." Suara Ivan bergema di setiap sudut ballroom tersebut. "And welcome to the annual dinner of Kyree Groups."
~
"Suami."
Ivan yang baru sahaja habis menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para wartawan tersentak apabila disapa oleh suara lembut itu. Dia segera berpaling ke belakang, di mana Arisha berdiri bersama senyuman lebar. Serta-merta, bibir Ivan mengukir senyuman. "Princess."
Arisha senyum dan melangkah untuk merapati suaminya. Dia kemudiannya berhenti betul-betul di hadapan Ivan dan kepalanya mendongak untuk memandang suaminya. "Suami saya okay ke ni?" soalnya sambil tangannya naik untuk mengusap lembut bingkai wajah Ivan. "You did great, Ivan," tuturnya kemudian. "I'm so proud of you," tambahnya.
Ivan senyum sebelum dia memandang Arisha atas dam bawah. Isterinya tampil anggun dengan memakai gaun putih yang berlengan panjang. Matanya jatuh pada bahagian leher gadis itu. The square neck style dress itu membuatkan collarbone gadis itu makin jelas, dihiasi lagi dengan pearl necklace. Rambut panjangnya disanggul dengan beberapa helai rambutnya dijatuhnya di sisi wajahnya. "Sei così bella."
Terjongket keningnya bila mendengar tiga perkataan itu. "Ivan, please translate it for me," tuturnya sambil mengembungkan pipinya, tidak suka apabila jejaka itu sering bertutur dalam bahasa yang dia tidak fahami walaupun pada hakikatnya bahasa Itali pada bibir Ivan sangat best pada pendengarannya.
Ivan meletakkan tangannya di atas bahu Arisha dan diusapnya perlahan sebelum dia mendekatkan wajahnya dengan sisi wajah Arisha. "Sei così bella. You are so beautiful, princess," bisiknya sebelum menjatuhkan kucupan pada bibir Arisha untuk seketika.
Butterflies in the stomach.
Arisha sungguh tidak dapat mengawal senyumannya daripada terbentuk di bibirnya bila mendengar bisikan suaminya itu.
Ivan senyum bila melihat pipi Arisha naik merah. Tangannya kemudian dijatuhkan dari bahu Arisha sebelum dia menghulurkan tangannya di hadapan Arisha. "One dance please princess?" Kepalanya ditundukkan, seolah ingin menunjukkan tanda hormat.
Arisha memandang huluran Ivan itu untuk seketika sebelum dia menyambut. "Gladly, Mr. Kyree."
Ivan mengangkat kepalanya. Senyuman kecil terukir di bibirnya. "Ah, you are officially Mrs. Kyree now," tuturnya sambil dia memimpin tangan Arisha ke dance floor yang mulai dipenuhi oleh tetamu-tetamu yang hadir apabila bunyi piano yang memainkan alunan muzik indah mulai mengisi ruang ballroom itu.
"Should I be scared of it?" soal Arisha sambil meletakkan tangan kirinya di bahu Ivan dan tangan Ivan memaut elok pinggangnya sebelum kaki mereka melangkah mengikut irama piano itu.
"No," Ivan memandang lurus pada wajah isterinya. "With me, you shouldn't be afraid of anything," sambungnya. Ibu jarinya mengelus lembut pinggang Arisha.
Arisha senyum kecil. "So, kita akan duduk dekat New York ke lepas ni?" soalnya biasa membuatkan wajah Ivan berubah riak. Arisha yang menyedari perubahan riak wajah suaminya mengusap lembut bahu Ivan. "Ivan, saya tanya sebab lambat laun kita kena buat keputusan juga. Dan saya tak nak awak sacrifice diri awak untuk bersama dengan saya."
"Right.." Ivan hela nafas. "I'm thinking of.."
"I can move to New York, Ivan." Arisha memotong kata-kata Ivan membuatkan jejaka itu terus mencari anak matanya. Arisha menghelakan perlahan nafasnya. "Saya dah fikir sebelum ni. I think I can move to New York. So awak tak perlu nak fikir macam mana nak uruskan Kyree Groups dari jauh."
"No," Ivan geleng. "I can move to Malaysia for good. I can handle.."
"Ivan, no." Giliran Arisha menggelengkan kepalanya. Dia memandang dalam wajah suaminya. "Awak dah banyak berkorban untuk saya. Dan kali ni, biar saya pula berkorban untuk awak. Saya takde masalah pun nak pindah New York for good. I love New York."
"I know but.." Ivan mengeluh. "Kau ada keluarga dekat Malaysia, Arisha. You have your brother, you have your sisters there. Anak-anak buah kau... You want to leave them all?" soal Ivan lembut.
"Dan awak suami saya." Arisha menjawab ringkas, membuatkan Ivan terdiam. Arisha ukir senyuman kecil di bibirnya. Tangannya mengusap lembut bahu Ivan. "Jangan risau. Saya dah bincang dengan abang Arfan. Dia okay saya pindah New York. Kak Yara pun. They gave me their permissions already. So please..." Matanya mencari anak mata Ivan. "Let me be here with you. Please?"
"Oh..." Ivan menarik Arisha ke dalam pelukannya. "What did I ever do to deserve you?" keluhnya.
Arisha hanya senyum dalam pelukan suaminya.
"Lovebirds."
Momen itu diganggu oleh Ilaria yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Arisha dan Ivan sama meleraikan pelukan dan masing-masing memandang Ilaria.
"I'm sorry for disturbing your beautiful moment. I really don't want to but.." Ilaria mengeluh. Dia memandang Arisha dan Ivan silih berganti sebelum matanya tertumpu sepenuhnya pada Ivan. "Your dad nak jumpa."
Riak wajah Ivan jelas berubah bila mendengar pemberitahuan sepupunya itu. Liurnya ditelan sebelum menjawab, "dekat mana?"
Ilaria mendongak, memandang ke tingkat atas ballroom tersebut. Serentak, Ivan dan Arisha memandang ke arah yang dipandang oleh Ilaria, di mana berdirinya seorang lelaki yang kelihatan berumur lewat 50-an.
Nash Kyree.
•••••
I want to have what Ivan and Arisha have huaaaaa
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...