"Thanks for today."
Ivan yang baru sahaja menghentikan kereta di hadapan foyer Keyvista Apartment memandang Arisha yang sudah keluar dari kereta "Do you have my number?" tanya Ivan.
Arisha mengerutkan keningnya sebelum mengangguk. "Abang Arfan bagi."
"Good. Send me your schedule for tomorrow. Have a good night." Usai menuturkan itu, dia terus memecut keretanya keluar dari perkarangan bangunan Keyvista Apartment itu.
Arisha mengerutkan keningnya. Ivan lebih diam sejak mereka balik dari galeri sebentar tadi.
Dia memang diam pun, Arisha. Apa masalah kau ni?
Suara di kepalanya membidas membuatkan Arisha mengetap bibir. I know right. Kenapa aku nak kisah dia diam ke tak? He is... horrible. Arisha menggelengkan kepalanya bagi menghilangkan suara-suara yang tidak bermakna itu. Badannya dipusingkan untuk masuk ke dalam foyer apartment. Entah di mana salahnya, dia terlanggar seseorang. Matanya membulat.
"Sorry, sorry, I tak sengaja. Are you okay? I'm so sorry.." Arisha kalut meminta maaf.
"No, takpe. Saya yang salah sebab langgar awak."
Arisha mengangkat wajahnya untuk memandang pada gerangan yang dilanggar olehnya tadi. Seorang lelaki yang berkaca mata berdiri di hadapannya bersama senyuman lebar. Arisha mengukir senyuman kecil. "Saya minta maaf sangat-sangat. Saya betul-betul tak sengaja," pinta Arisha sekali lagi.
Lelaki di hadapannya itu senyum, menampakkan lekukkan di pipinya. "It's okay Arisha. Tak sakit mana pun."
Dahi Arisha berkerut bila mendengar namanya menyusur keluar daripada bibir lelaki itu. "Awak kenal saya?" Keningnya dinaikkan sebelah, mengundang tawa daripada jejaka itu.
"Of course. You are a public figure. Mestilah saya kenal awak," Senyuman melebar pada bibir jejaka itu. "Oh sorry. I'm Justin by the way. Nice to meet you," Tangannya dihulurkan kepada Arisha, sebagai tanda ingin berkenalan.
Arisha memandang huluran jejaka yang bernama Justin itu sebelum disambutnya perlahan. "Nice to meet you too, Justin." Senyuman tipis diukirnya. Tangannya kemudiannya ditarik setelah itu. "Macam mana awak boleh ada dekat sini? Saya tak pernah nampak pun awak sebelum ni?"
"Oh!" Justin menggaru sisi dahinya. "Actually, saya baru pindah sini hari ni. That's why awak tak pernah jumpa saya sebelum ni. Tapi, saya tak sangka pula awak tinggal dekat sini juga. I mean, saya follow awak everywhere on your social media. So yeah, I know a lot about you. Tapi awak tak pernah sebut atau sentuh pun pasal private life awak, dekat mana awak tinggal dan many other things. That's why I'm quite surprised tengok you dekat sini. It's my luck kan for living in the same apartment as you."
It's my bad luck. Arisha membidas di dalam hatinya. "I'm sorry Justin but I need to go now. Nice to meet you anyway. Saya harap awak suka tinggal dekat Keyvista."
"Oh, don't mention it. I love it already."
Bibir Arisha membentuk senyuman tipis. "Saya pergi dulu. Selamat malam." Usai menuturkan itu, Arisha terus bergerak meninggalkan Justin di hadapan foyer apartment tersebut. Nafasnya dihelakan sambil mempercepatkan langkahnya. Risau jika lelaki itu mengejarnya.
Arisha terus melangkah ke arah tangga, tidak mahu menggunakan lif yang kelihatan ada beberapa orang yang sudah mengisi perut lif itu. Nafasnya ditarik sambil dia menaiki satu-persatu anak tangga untuk ke tingkat rumahnya.
Tiba sahaja di rumahnya, Arisha meletakkan kunci rumahnya di atas meja yang tidak jauh daripada pintu. Dia kemudiannya melangkah ke ruang tamu dan diletakkannya beg di atas sofa sebelum melangkah ke dapur. Peti sejuk dibuka dan sebotol air mineral. Punggungnya dilabuhkan di kitchen island sambil meneguk air mineral itu.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...