50 : life purpose

45K 1.2K 27
                                    

"Jom."

Tangan Arisha diraih dan ditarik oleh Ivan untuk melangkah masuk ke dalam private jet miliknya. Mata Arisha jelas meliar pada setiap permukaan kapal terbang yang berwarna putih itu. "Awak tak pernah bagitau saya pun awak ada private jet?" Arisha membisikkan itu kepada Ivan saat mereka sama menaiki tangga ke dalam perut kapal terbang tersebut.

"Penting ke?" jawab Ivan selamba.

"Sir."

Ivan dan Arisha serentak memandang pada seorang juruterbang yang menyapa mereka. Ivan mengangguk kejap, sebagai tanda membalas teguran yang dikemukakan oleh lelaki itu. "Dominic."

"It's nice seeing you again." Mata lelaki itu melirik pada Arisha yang berdiri rapat di sebelah Ivan. Senyuman kecil dan anggukan kecil diberikan kepada gadis itu sebagai tanda hormat. "And you're not alone this time."

Ivan menoleh sekejap pada Arisha. Tangannya memaut pinggang isterinya. "Ni Dominic, our pilot. Kau jangan kutuk dia depan-depan, dia pandai bahasa Melayu," beritahu Ivan dengan wajah tanpa riaknya.

Arisha mengerutkan dahinya. Kenapa pula aku nak kutuk pilot dia? Malas hendak bertanya, Arisha kembali memandang pada Dominic. Senyuman kecil dihadiahkannya untuk jejaka itu, sebagai tanda menegur.

"Drive safe, Nic. My wife is here. Don't pull any stunt on us," pesan Ivan tegas. Matanya tajam pada wajah kacak juruterbangnya itu.

Dominic senyum dan angguk. "No worries, sir. I'll fly both of you to New York safe and sound. Just enjoy the ride," ujar Dominic. "We'll departed in 15 minutes. Our stewardess are ready as well. So please come inside and suit yourself."

"Thanks Nic." Ivan mengucapkan itu seraya memaut pinggang Arisha untuk berjalan masuk ke dalam perut kapal terbang peribadi tersebut.

Jika tadi Arisha dikagumkan dengan luaran kapal terbang tersebut, kini mata Arisha jelas membulat saat melihat dalaman kapal terbang itu. Dilengkapi dengan kerusi yang kelihatan seperti sofa, dalaman kapal terbang itu tidak ubah seperti sebuah ruang tamu rumah yang mewah. "Cantiknya.."

Ivan yang berjalan di sebelah Arisha menoleh. "Is it?"

Arisha mengangguk beriya. "Ni kapal terbang ke rumah?" Arisha bagaikan tidak percaya dia berada di dalam kapal terbang yang semewah ini. Dia kemudiannya menoleh pada Ivan. "Just how rich you are?"

Ivan yang mendengar soalan isterinya itu senyum kecil. Tangannya menarik tangan Arisha untuk melabuhkan punggung di salah sebuah sofa di dalam kapal terbang tersebut. "Considering money that I gained by myself? I can't afford myself this private jet yet." Tangan Ivan mencapai seatbelt dan dipakaikannya pada pinggang isterinya. "But considering all the inheritance that I got from my late grandfather? I can afford the rest of our life without making any hole in my pocket even if both of us quit our jobs," sambung Ivan biasa. Sempat dia mengambil kesempatan untuk mengucup hujung hidung isterinya sebelum dia juga duduk bersandar dan memakai seatbelt.

Arisha memandang tepat wajah suaminya. "Datuk awak kerja apa?"

"He was a businessman. Family's business, the Kyree Group. He got the business from my great grandfather. Worked and expanded the business to the whole world. He's dead and gave it down to me."

"Jadi awak sekarang.."

"Chairman and CEO of this Kyree Group."

Mata Arisha membesar. "Saya ingatkan awak CEO je?!"

"Sepatutnya." Ivan memandang pada Arisha dan meraih tangan Arisha untuk digenggamnya erat. "Tapi ayah aku tak nak masuk campur pun dalam this company's thing. He should be the chairman tapi disebabkan dia tak nak, aku yang naik. Nevan is the CEO by name and to others outside of our company. Tapi aku yang buat semua kerja. He's there only for the formality since I can't hold two positions."

Melihat bagaimana Ivan memberitahu semua itu membuatkan dirinya bangga dan memandang tinggi pada suaminya. Tetapi pada masa yang sama, dia turut takut dan risau kerana dia pasti, menjadi isteri kepada seseorang yang sungguh berkuasa seperti suaminya itu akan turut mengubah hidupnya secara keseluruhan juga.

Menyedari perubahan riak pada wajah isterinya membuatkan Ivan mengelus lembut tangan Arisha. "Don't worry. You don't have to fit yourself in this matters if you don't want to. But.." Ivan senyum tipis. "There are some things you need to get used to. Orang akan panggil kau Mrs. Kyree, Mrs. Chairman. So don't try to correct them or they'll get in trouble sebab panggil kau selain daripada gelaran tu. Aku tak kisah pun diaorang nak panggil kau apa sekalipun but my family do care about it. So suit yourself with it." Tangan Ivan naik dan mengelus lembut sisi wajah Arisha. "Tapi tu tak bermaksud kau kena buat kerja dengan aku. Yes, mungkin kau kena teman aku pergi event, pergi formal dinner and what other things a wife of a chairman should do. Tapi aku tak nak kau nampak semua tu sebagai tanggungjawab kau. Aku tak nak kau paksa diri kau buat semua tu even kau tak suka just because you are my wife. Instead, it's because you are my wife, kau boleh buat apa-apa je yang kau suka. Kalau kau tak nak pergi certain event, just say it. Jangan rasa terikat dengan every rules yang ada."

Arisha diam sejenak. Raut wajah Ivan jelas menunjukkan bahawa jejaka itu rasa serba salah kerana menariknya dalam situasi seperti ini. Maka, diukirnya senyuman kecil untuk suaminya. "Awak risau saya tak boleh adapt dengan semua ni ke?" soalnya lembut.

"Very." Keluhan kecil keluar dari bibir Ivan sambil ditariknya badan Arisha untuk rapat pada dirinya.

Arisha membalas biasa pelukan suaminya. "Don't worry about me, Ivan. I'll be okay as long as you're with me. So promise me that you won't leave me. Not now, not anytime soon, not in forever." Kepalanya didongakkan untuk memandang suaminya. "And do not leave me even if I ask you to leave."

Ivan menundukkan kepalanya untuk memandang isterinya. "Never, princess. I won't leave you." Kucupan lembut disinggahkan di atas bibir isterinya. Haruman sweet berries jelas di hidungnya. "Not now, not anytime soon, not in forever." Ivan menjatuhkan dahinya pada dahi isterinya. "And even if you ask me to leave." Dahi Arisha dikucup lembut dan lama sebelum dia membisikkan ini.

"But if I ever do, please kill me because there's no way I could live my life without loving you. You are my life purpose, Arisha."

•••••

It's the way they loved each other that like no other 😔

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now