54 : i can

41K 1.1K 23
                                    

Bunyi sudu dan garpu berlaga sesama sendiri dan pinggan mengisi ruang makan besar di rumah agam milik Kyree Family. Masing-masing kusyuk dengan makanan di atas pinggan.

"Why didn't you eat the eggs?"

Arisha yang sedang makan tersentak apabila mendengar suara dari hadapannya. Dia mengangkat kepalanya untuk memandang pada wanita yang mungkin berumur lewat 40-an atau awal 50-an itu. Madam Lily, mak cik Ivan yang sulung. Senyuman kecil diukirnya untuk Madam Lily. "I'm allergic to dairy products actually," beritahunya ringkas.

"It's never this family's habit of not eating everything served on the plate," sampuk Madam Aldina, isteri kepada pak cik Ivan yang bongsu.

Arisha terdiam sejenak. Tanpa dipinta, Ivan yang duduk di sebelahnya mengangkat pinggan Arisha dan kemudian ditukarnya dengan pinggan miliknya yang sudah kosong. Arisha terus memandangnya. "Awak.."

Ivan hanya senyum kecil sebelum dia menyuap biasa baki makanan Arisha yang masih ada.

"Ivan, it's not that good spoiling your wife too much," kata Madam Lily seraya menghirup perlahan air kosong. Matanya memandang pada Ivan sebelum mengerling sekilas pada Arisha.

"She's my wife to begin with. What I do with her, whether it's spoiling her or not, I don't see if that is something to do with you or nah," Ivan menjawab biasa sambil meletakkan lengannya di belakang kerusi isterinya. Dia kemudiannya bersandar pada kerusinya dan memandang tepat pada Madam Lily. "And zia (aunty), someone should not eat what's harmful to her or him. No one force you to eat seafood because you're allergic to it. So don't being ridiculous, zia."

Madam Lily ketap bibir. Dia memandang suaminya yang duduk di sebelahnya, mengisyaratkan agar suaminya pula bersuara. Mr. Liam hela nafas. "Ivan, about the wedding reception. When are you going to do it? You know right it's important to introduce your wife to our whole company."

"I don't think another wedding reception is necessary. I'm just going to introduce her during our next annual company dinner."

"Is that okay with you?" Mr. Adler, bapa kepada Ilaria akhirnya bersuara. Dia meletakkan kedua-dua sudu dan garpu di atas pinggan yang sudah kosong dan kemudiannya menumpukan matanya ke arah Ivan dan Arisha.

"We're okay with it. My wife is not much a party person, so a dinner it is," ujar Ivan biasa. Banyak-banyak aunties dan uncles yang dia ada, Mr. Adler dan Madam Leila ialah yang paling dia selesa dengan.

"Dinner it is then. I'll let Lauren know and prepare everything needed," Mr. Adler hanya bersetuju. Dia menghirup air kosong. "Don't forget to visit your dad, Ivan. Bring your wife along and introduce her to him."

Ivan yang mendengar pesanan lelaki itu diam. Riak wajah yang tadinya tenang kini menjadi tegang bila dia teringat akan ayahnya. Pandangannya tunduk memandang pinggan yang sudah kosong di hadapannya.

Menyedari riak wajah Ivan yang tegang itu, Arisha meletakkan tangannya di atas paha suaminya. Diusapnya perlahan, menarik perhatian agar Ivan memandangnya. Ivan hanya senyum kecil. Tangan Arisha di atas pahanya diraih dan digenggam lembut, seolah mencari kekuatan daripada isterinya itu.

~

"Hey."

Arisha yang sedang duduk bersendirian di taman di luar rumah agam itu tersentak apabila mendengar sapaan itu. "Zia," Arisha segera berdiri apabila melihat Madam Aldina. Senyuman nipis diukirnya untuk wanita itu.

Madam Aldina hanya angguk. Dia kemudiannya menarik kerusi di hadapan Arisha untuk melabuhkan punggungnya. "Have a sit," arahnya.

Arisha kemam bibir sebelum kembali melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Badannya tegak sambil dia memainkan jari-jemarinya dengan satu sama lain.

"How are you?" soal Madam Aldina.

"Ermm.. I'm fine."

"No. How is your wedding so far?"

"Oh." Arisha menggaru belakang tangannya. "It's good. I mean, we are fine," balas Arisha ringkas.

Madam Aldina mengangguk. "So do you know who Ivan really is?" soalnya biasa.

Arisha kerut kening. "What do you mean?"

"Your husband is the chairman as well as the CEO of the Kyree Group. And do you know how big the business of this Kyree Group? Everyone knows us and once you are married to the family, you would get all the attention in the world. Do you think you can handle it?"

Arisha diam sejenak sebelum dengan berani menuturkan, "what.. what are you trying to say actually?"

Madam Aldina tersenyum tipis. "You're such a naive girl, Arisha. Ivan is not that gentleman to begin with. All he knows is work. He is that workaholic until everyone thought he won't settle down with anyone," kata Madam Aldina. "And not to mention he would do anything as long as he gets what he wants. Even if it means to sacrifice his own family."

Kata-kata Madam Aldina tu jelas membuatkan Arisha diam di tempatnya. Kepalanya ditundukkan, memandang jari-jemarinya sendiri.

"No one understands that so far, Arisha. No one can bear with him because of that. No one can love him to the point they can tolerate with his current attitude."

"I can." Arisha menuturkan itu dengan yakin. Dia mengangkat wajahnya untuk bertentangan mata dengan Madam Aldina. "I can understand him, I can bear with him throughout all of that and most importantly," Arisha mengenggam jari-jemarinya. "I can love him throughout everything, Madam Aldina." Arisha bangun dari kerusinya. "So don't worry too much about him. I can take care of him and I can stay by his side through every thick and thin. But thank you for the reminder though." Kakinya terus dibawa untuk melangkah masuk kembali ke dalam rumah agam itu.

"Princess."

Arisha yang baru sahaja masuk menoleh ke arah Ivan yang menyapanya. Senyuman diukirnya untuk suaminya itu sambil dia membuka langkah mendekati Ivan. "Awak."

"Kau dari mana?" soal Ivan sambil menghampiri Arisha. Dia kemudiannya berhenti betul-betul di hadapan isterinya dan tangannya kemudian meraih lembut tangan Arisha. Diusap dan digenggamnya lembut.

"Saya ambik angin dekat luar je," jawab Arisha, cuba untuk beriak biasa kerana dia tidak mahu pun membuka cerita tentang Madam Aldina tadi. Genggaman tangan Ivan dibalasnya.

Ivan memandang lembut wajah Arisha. Tangannya mengusap lembut rahang isterinya. "Nak balik?"

"Boleh ke?"

"Kenapa tak boleh pula?"

"I thought kita nak jumpa ayah awak?"

"He's not here." Ivan menjawab biasa. Nafasnya dihelakan. "Nanti aku bawa kau jumpa dia. Tapi bukan sekarang. Kita pergi hari lain," beritahu Ivan.

"Oh." Arisha angguk. "So we can go back home now?"

Ivan senyum kecil. "Of course princess. Aku lagi tak nak duduk sini. I want you all for myself," beritahu Ivan sambil mencuit lembut hujung hidung Arisha, mengundang senyuman di bibir gadis itu. Ivan senyum sama sebelum dengan laju mencuri kucupan ringkas di bibir isterinya.

Membulat mata Arisha. "Awak!" Arisha menepuk dada Ivan sebelum matanya meliar ke sekeliling mereka, risau jika-jika ada sesiapa yang melihat. "Kang ada orang tengok macam mana?"

"Biarlah orang nak tengok sekalipun. We are not doing anything wrong," balas Ivan selamba sambil merapatkan wajahnya dengan wajah Arisha, seolah-olah ingin kembali menyatukan bibir mereka.

Arisha menjegilkan matanya sambil tangannya diletakkan pada dada Ivan, menghalang jejaka itu daripada terus merapatinya. "Janganlah!"

Ivan senyum. Bibirnya dibawa untuk mengucup lembut dahi isterinya. "Jom."

•••••••

Our 'act of service' king - Ivan Firash

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now