Ivan yang lena di sebelahnya dipandang dengan pandangan kasih sayang. Senyuman kecil terukir di bibirnya sambil dia mengelus lembut rahang Ivan. Sampai sahaja mereka di New York malam semalam, Ivan sangat senang untuk jatuh tidur dengan memeluk badannya dengan erat. Mungkin kerana penat. Bahkan hingga pagi ini, tangan kekar Ivan masih rapi memeluk pinggangnya.
Arisha dengan perlahan dan berhati-hati mengangkat lengan Ivan yang menindih pinggangnya, tidak mahu menganggu tidur suaminya. Bibirnya dikemam untuk memastikan dia tidak menghasilkan apa-apa bunyi yang mampu menganggu tidur Ivan. Keluhan lega dilepaskannya apabila Ivan masih lena.
Kaki Arisha terjengket-jengket keluar dari bilik tidur di rumah Ivan itu. Kerana tidak mahu Ivan terdengar bunyi dari bilik air di bilik tidur, maka dia menuju ke arah bilik air bersebelahan dengan ruang tamu.
Selesai memberus gigi dan mencuci mukanya, Arisha melangkah ke arah dapur untuk menyediakan sarapan. Tangannya naik untuk mengikat rambutnya sebelum dia melangkah untuk membuka pintu peti sejuk yang kosong. Terkebil-kebil matanya memandang ruang peti sejuk yang hanya diisi dengan botol-botol air kosong sahaja. "Dia tak makan ke?"
Bunyi tapak kaki yang menapak ke dapur membuatkan Arisha menutup kembali pintu peti sejuk tersebut. Dia menoleh ke arah Ivan yang melangkah ke arahnya sambil menggosok matanya. Dahi Arisha berkerut. "Awak.."
"Princess, you're not by my side when I woke up." Ivan berhenti betul-betul di hadapan Arisha. Terjongket kening Arisha saat mendengar kata-kata yang keluar dari bibir suaminya itu.
"Ha?"
Ivan melepaskan keluhan sebelum dia memeluk badan Arisha. "Please don't ever leave me like that again. The first thing I want to see when I open my eyes in the morning is you, princess," ujar Ivan. Kepalanya disembamkan di balik leher isterinya, menghidu bau manis Arisha.
Arisha tersenyum saat mendengar kata-kata suaminya itu. Tangannya membalas pelukan suaminya dan diusapnya perlahan belakang badan Ivan. "Saya tak pergi mana-mana pun, Ivan. Saya nak prepare breakfast je."
"Kita boleh pesan room service je, princess. Ataupun kita boleh keluar kejap lagi breakfast dekat luar. Aku takde simpan stok makanan dekat sini," beritahu Ivan sambil meleraikan pelukan mereka.
Arisha mengecilkan matanya. "Habis tu selama ni awak makan apa? Awak tak makan ke?" Keningnya dijongketkan.
"Aku order delivery je," jawab Ivan biasa. "Jadi kalau kau rasa aku nak bagi je kau buat kerja dekat rumah ni, that's a big no princess. Kalau kau perlu buat kerja sekali pun, kita akan buat sekali."
Bibir Arisha membentuk senyuman kecil dan hanya mengangguk. "So what are we doing now?" soalnya. Matanya bulat memandang wajah kacak suaminya.
Tangan Ivan membawa rambut yang menutup dahinya ke belakang. "Aku kena lawat office tengah hari nanti. Kalau kau tak nak keluar pagi ni, kita order breakfast je. Nanti masa lunch kita keluar makan lunch kat luar. Lepas tu teman aku masuk office, boleh?"
Arisha angguk. "Boleh."
"Okay, now should we get back to bed?" Ivan menjatuhkan dahinya pada dahi isterinya. "I want to cuddle, princess and it's still early. Kau tak penat ke lepas flight?"
"Saya tidur sepanjang flight, Ivan."
"Plus fucking with me."
~
"Cousin!"
Ivan dan Arisha yang masing-masing duduk di dalam bilik kerja milik Ivan saling mengangkat kepala apabila pintu bilik kerja itu dikuak dari belakang dan diisi dengan jeritan Ilaria. "Why you didn't tell me that you guys are coming to New York?" Ilaria menyapa teruja.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...