"Rayyan."
Panggilan daripada Rayyan dijawabnya sambil dia melangkah ke arah balkoni bilik tidurnya. Di tangannya terdapat gelas kaca yang berisi soda. "I believe it's almost lunch time now at Malaysia. Tak pergi lunch ke?" soalnya sambil meletakkan gelas kaca itu di atas meja di balkoni itu. Punggungnya kemudian dilabuhkan di kerusi.
"Actually, I'm having lunch right now." Rayyan sengih sambil menyandarkan badannya di kerusi. Tangannya diletakkan di belakang kerusi di mana Ayyara duduk.
"I see." Ivan menjawab acuh tidak acuh. Dihirupnya soda itu, membiarkan air gas itu memenuhi badannya. Matanya dipejamkan seketika bila merasakan kepuasan saat air gas itu mengalir di dalam tubuhnya.
"Bila kau nak balik Malaysia ni? Kau tak rindu aku ke?" Sejak Ivan mengambil keputusan untuk kembali ke New York, dia tidak pernah mengungkit tentang Malaysia atau Arisha pun pada jejaka itu. Lagi-lagi sejak Ivan semakin sibuk dengan kerjanya sebagai CEO Kyree Groups.
"Tak langsung." Ivan menjawab malas. "Kau nak apa sebenarnya, Rayyan?" Ivan sudah malas hendak memanjangkan lagi panggilan itu kerana dia tahu kawannya itu tidak akan mencarinya tanpa sebab. Tambahan ketika Rayyan sedang menikmati makan tengah hari dengan isterinya.
Rayyan sudah sengih di hujung talian. Seperti yang dia sangkakan, Ivan pasti akan laju menangkap niat sebenarnya mencari jejaka itu. "Next month kau datang Malaysia boleh? Zayyan's first birthday."
Ivan terdiam saat mendengar permintaan kawan baiknya itu. Genggaman tangannya pada telefonnya menjadi semakin erat. Dia tidak pasti hendak menjawab apa bila dia sangat tahu akan janji yang sudah dibuatnya dengan Arisha. Bersetuju untuk menghadiri majlis hari jadi Zayyan, anak Rayyan dan Ayyara itu seolah-olah seperti dia memungkiri janjinya dengan gadis itu kerana dia pasti Arisha akan ada sekali di majlis tersebut. Maka dijawabnya, "I can't, I have lots of work to settle. I'll send him some presents anyway."
"Seriously, Ivan? Kau dahla takde masa Zayyan lahir. Not to mention, my first wedding anniversary pun kau takde. And now Zayyan's first birthday pun kau tak nak datang ke?"
Ivan menghelakan nafasnya. "Rayyan, aku bukan tak nak pergi tapi aku banyak kerja. I can't just leave my work just to attend a birthday."
"It's not just a birthday, Ivan. It's my son's birthday. Your bestfriend's son." Rayyan mula menggunakan kad 'bestfriend' nya pada Ivan walaupun dia tidak pasti akan berfungsi atau tidak.
Rengusan kecil terlepas dari bibir Ivan. Tangannya menolak helaian rambutnya yang menutupi dahinya. Bibirnya diketap. "Did I even have a choice?" soalnya, sudah malas hendak bertekak dengan Rayyan.
"The choice is yes or yes." Rayyan sudah tersenyum lebar bila mendengar suara Ivan yang kedengaran hampir mengalah itu.
"Give me a specific date and I'll add it to my schedule." Ivan tidak pasti keputusannya itu betul. Tetapi kerana Rayyan telah memaksa, dia terpaksa bersetuju. Fuck myself. Panggilan ditamatkan beberapa ketika kemudian. Ivan meletakkan telefonnya di atas meja sebelum kembali membawa gelas soda itu pada bibirnya.
Kakinya disilangkan sambil dia duduk bersandar, membuang pandangan ke kota New York yang sibuk walaupun pada waktu malam. Apartment yang dia duduki sekarang itu merupakan apartment yang baru sahaja dibelinya setahun yang lalu, dengan alasan dekat dengan pejabatnya. Namun, walaupun sudah setahun dia mendiami apartment tersebut, keadaan rumah itu masih seperti showroom. Yang bertambah hanya baju-bajunya yang dipindah masuk dalam walk-in closet. Kerana baginya, dia duduk di sini untuk convenience. Bukan kerana rumah ini ialah rumahnya.
"Saya nak balik rumah kita."
Suara gadis yang sentiasa menghantuinya sejak setahun yang lalu bergema di mindanya. Nafasnya dihelakan sambil matanya dipejamkan seketika. Seperti malam-malam yang sebelum ini, dia akan menghabiskan masanya dengan duduk di balkoni, menikmati pemandangan kota New York selain daripada menghabiskan masa di bilik kerjanya. Insomnia yang dia alami menjadi semakin teruk sejak setahun yang lalu - yang membuatkannya hanya mendapat tidur 1 jam hingga 2 jam sahaja dalam sehari - kerana bila dia menutup matanya, gambaran gadis itu akan bermain di mindanya.
~
"Arisha!"
Arisha yang sedang sibuk dengan lukisannya tersentak saat mendengar jeritan itu. Dia memalingkan wajahnya ke arah Julia yang melangkah masuk. Senyuman kecil terukir di bibirnya. "Kak Julia."
Julia menarik sengih sambil mengusap perutnya yang memboyot. Dia kemudiannya menarik kerusi untuk duduk di sebelah Arisha. Matanya memandang pada lukisan Arisha yang hampir siap sebelum kembali membawa matanya pada gadis di hadapannya itu. "Kak Julia datang sebab nak bagitau Ari yang ada orang nak beli lukisan Ari."
"Oh, really?" Arisha menjongketkan keningnya. "Lukisan yang mana?" soal Arisha, hairan kerana dia belum lagi menyiapkan lukisan yang terbaru.
Julia mengerling pada lukisan yang tergantung di dinding bilik kerja Arisha itu, membuatkan Arisha turut memandang lukisan yang disiapkannya setahun yang lalu - ketika dia berada di lowest point of her life. "Kak Julia, that's not for sale." Arisha menggelengkan kepalanya.
"I know." Julia menghelakan nafasnya. "Tapi this customer yang nak beli lukisan Ari tu is customer yang selalu beli lukisan-lukisan Ari yang lain. So.."
"The anonymous customer?"
Julia mengangguk ringkas. "The very same customer."
"No, Kak Julia. I'm sorry." Arisha masih berkeras membantah. Berus lukisan di tangannya diletakkan sebelum dia bangun dan menanggalkan painting apron yang tersarung pada badannya. Dia kemudiannya melangkah ke arah lukisan yang tergantung di dinding bilik kerjanya itu.
Jika dulu, ruang itu akan dihiasi lukisan yang diberikan oleh Laila Suraya. Namun setelah apa yang berlaku setahun yang lalu, ruang tersebut kini dihiasi lukisannya sendiri. Kertas kanvas itu dihiasi dengan lukisan bayangan seorang lelaki yang berlatar belakangkan langit dan cahaya matahari.
"Do you mind if I take your picture now?"
Terjongket kening Ivan. "What?"
Arisha menggaru pipinya yang terasa panas. "Don't get me wrong. Position awak sekarang is an ideal photograph. Saya janji saya tak post. Tapi mungkin saya pakai as reference for my next painting."
"Whatever you wants, princess."
Memori di saat kali pertama dia melihat senyuman ikhlas daripada jejaka itu menerpa mindanya. Selepas sahaja keluar dari hospital akibat demam panas setahun yang lalu, Arisha menghabiskan masanya di biliknya melukis apa sahaja yang terlintas di fikirannya - kerana hanya dengan itu sahaja dia boleh meluahkan perasaannya yang sangat sakit dan pedih. Dan lukisan di hadapannya ini terhasil sehari sebelum dia mengambil keputusan untuk keluar dari kesakitan dirinya sendiri. Pada mulanya, dia sangat membenci dirinya kerana melukis gambaran ini. Tetapi entah kenapa, setiap kali dia melihat lukisan itu, dia akan merasakan sebuah ketenangan yang dulu hanya diperolehi dengan menatap sepasang mata berwarna whiskey.
"Arisha!"
Panggilan Julia itu menyentakkan Arisha dari lamunannya. Dia kembali menoleh ke arah Julia yang masih menunggu jawapannya tadi. "I'm sorry. I really can't sell this. Kalau dia nak, dia boleh beli lukisan Ari yang lain. Or any other paintings that are available."
Julia mengeluh perlahan sebelum mengangguk. "That's okay. Nanti akak bagitau dia," ujar Julia sebelum bangun dari kerusi tersebut, untuk kembali keluar.
"Thanks, Kak Julia." Arisha mengukir senyuman tipis untuk Julia. Julia hanya membalas senyuman gadis itu dengan anggukan sebelum memusingkan badannya untuk beredar. "Erm, Kak Julia."
Langkah Julia terhenti apabila Arisha kembali memanggilnya. Dia memandang pada gadis itu dan menjongketkan keningnya. "Kenapa, Ari?"
"That customer.. siapa sebenarnya?"
Julia diam sejenak sebelum mengukir senyuman tipis dan menjawab, "I'm sorry Ari. He said that I should keep his identity as a secret from you."
••••••
The longing feelings between these two :)
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...