23 : plans

20.8K 1K 20
                                    

Ivan memandang pantulan imejnya di cermin bilik airnya. Nafasnya dihelakan sebelum dia mencapai topi berwarna hitam dan diletakkan pada kepalanya. Dia kemudiannya mengemaskan jaket hitam pada badannya sebelum dia melangkah keluar dari bilik air. Kakinya melangkah terus ke pintu keluar. Disarungkannya kasutnya sebelum dia melangkah keluar dari rumahnya, di mana dia disambut oleh dua orang lelaki yang berbadan tegap.

"Mr. Kyree."

"Nil, Finn." Ivan memandang pada mereka berdua sebaik sahaja mengunci pintu rumahnya. "Listen, you guys are going to stay here sampai aku balik. You do not eat, you do not drink, you do not go to toilet, you do not sleep. You do not leave her door no matter what happens. Do you understand me?"

"Yes, sir."

Ivan mengangguk. "Good. If anything happens, call me as soon as possible," pesan Ivan.

"Sure, sir."

"Aku kena pergi sekarang. Kunci kereta?" Ivan menadah tangannya, meminta kunci kereta membuatkan kedua-dua lelaki itu saling berpandangan. Ivan menjongketkan keningnya sebelum, "I'm not taking my car."

"Oh," Finn meletakkan kunci kereta di tangannya di atas telapak tangan Ivan sebelum kembali menyatukan tangannya di belakang badannya.

"Thank you," Ivan meletakkan kedua-dua tangannya di dalam poket jaketnya sebelum beredar. Kepalanya ditundukkan, memandang kakinya yang melangkah ke arah kereta yang diparkirkan di sebelah keretanya.

Butang pada kunci kereta tersebut ditekannya. Tangannya membuka pintu kereta sebelum dia memboloskan badannya untuk masuk ke dalam perut kereta. Keluhan kecil keluar di bibirnya saat dia menghidupkan enjin kereta. Matanya memandang pada bangunan rumahnya itu.

Don't worry, Ivan. Finn dengan Nil ada. Just go and get over this as soon as possible.

Ivan mengangguk, nekad. Tangannya memegang stereng kereta dan tanpa membuang masa, dia terus memandu kereta tersebut keluar dari kawasan rumah itu. Matanya lurus pada jalan. Wajahnya beriak biasa dan tenang walaupun dia dapat merasakan debaran di dadanya bila keretanya semakin menghampiri tempat yang diberitahu oleh Rayyan kepadanya siang tadi. Genggamannya pada stereng kereta semakin kuat sebaik sahaja sebuah rumah kecil datang pada pengelihatannya.

Rayyan yang duduk di bumper hadapan keretanya sambil menatap skrin telefonnya mengangkat wajahnya saat dia menyedari sebuah kereta yang masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Nafasnya dihelakan bila melihat Ivan yang melangkah keluar dari kereta itu. Telefonnya kembali dimasukkan ke dalam poket seluarnya sebelum dia kembali berdiri. "Ivan."

"Rayyan." Ivan memandang wajah kawan baiknya itu sebelum matanya jatuh pada pintu rumah di hadapannya. "Dia dekat dalam?"

Rayyan mengangguk. "Alive and untouched."

Ivan kembali membawa matanya untuk memandang Rayyan. "Thank you," ucapnya ringkas.

Rayyan mengeluarkan kunci rumah tersebut dari dalam poket seluarnya dan dihulurkan kepada Ivan. Ivan memandang sekejap kunci rumah itu sebelum tangannya naik ingin mengambil, namun Rayyan kembali mengenggam kunci tersebut. Ivan memandangnya.

Rayyan menghelakan nafasnya. "Are you sure about this?" soalnya tanpa mengalihkan matanya daripada Ivan, meneliti riak wajah tenang jejaka itu.

Ivan diam sekejap sebelum dia memasukkan tangannya di dalam poket jaket yang dipakai olehnya. "Yes."

"Iv, kau tak pernah buat semua ni. You've never want to do it. You are clean from all of this. Jadi kalau kau rasa kau tak mampu buat.." Rayyan mengeluh perlahan. "I can do it."

"No, Rayyan. You're not doing this anymore," Ivan memandang tepat pada wajah Rayyan. "I won't kill him. Don't worry."

Rayyan menghelakan nafasnya sebelum memberikan kunci rumah itu kepada Ivan. Ivan menyambut kunci tersebut dan diletakkannya di dalam poket jaketnya. Dia kembali memandang Rayyan. "Kau boleh balik. Nanti aku clean up."

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now