"Your bodyguard is scary."
Arisha memandang pada Hans yang sedang memegang kamera sambil berbisik kepadanya. Dia kemudiannya mengalihkan matanya kepada Ivan yang berdiri berpeluk tubuh di belakang kerusi Hans. Mata jejaka itu tajam menatapnya membuatkannya seram sejuk.
"Kalau you tak selesa dengan dia kat sini, I can ask him to wait for me outside," beritahu Arisha sambil mengalihkan pandangannya kepada Hans kembali.
Hans memandang terus pada Arisha. "You can do that?"
Arisha angguk. "Kejap. I bagitau dia," Arisha mengangkat kain gaun yang dipakai olehnya untuk sesi photoshoot hari itu. Kakinya melangkah ke arah Ivan yang hanya diam daripada tadi.
"Don't be nice to me."
Bibirnya diketap saat teringat akan kata-kata Ivan pada pagi tadi. Arisha berhenti di hadapan jejaka itu sambil menjatuhkan kembali kain gaun yang dipakai olehnya. "Hans tak selesa awak duduk dalam ni. Awak boleh tunggu dekat luar," beritahu Arisha tanpa nada. You don't want me to be nice? Fine, I won't.
"No," Ivan menjawab sepatah. Tinggalkan dia berduaan dengan laki tu? Never.
"Hans tak selesa buat kerja kalau awak tunggu saya dekat sini."
"Then, suruh dia yang keluar." Mata Ivan tajam menikam pada Hans yang berdiri di sana sambil mengelap lens kameranya.
Arisha mengetap bibir. "He is my photographer." Tangannya mengenggam kuat kain gaun yang dipakainya. "Get out, Ivan," sambungnya membuatkan jejaka di hadapannya itu memandangnya dengan keningnya yang dijongketkan sebelah. "Saya dah minta semua staff yang sepatutnya ada dekat sini untuk keluar. Just like what you suggested. Tetapi sekarang, saya nak awak keluar. Saya tak perlukan awak dekat sini and I'm safe here." Arisha memandang Ivan sekilas sebelum dia kembali memusingkan badannya. "And this is an order, Ivan."
Ivan mengepal penumbuknya sebelum dia akhirnya membuka langkah untuk keluar dari studio tersebut, meninggalkan Arisha dan Hans berduaan di situ. Arisha mengenggam kuat kain gaun bila mendengar bunyi pintu tertutup rapat. Betapa dia berharap agar Ivan terus berada di situ, bersama dengannya. Tetapi egonya mengatasi segalanya. Keeping him close to me should be the last thing I do.
~
"Arisha."
Arisha yang baru sahaja siap menukar pakaiannya mengangkat wajahnya untuk memandang Nalysia, pemilik brand Athenia. Bibirnya segera membentuk senyuman manis dan mesra untuk wanita yang tampak profesional mengenakan satu set woman suit yang berwarna coklat gelap. "Naly."
Nalysia merapati gadis itu dan tangan Arisha diraihnya lembut. "Thank you for willing to be our model for this season. We really appreciate it, Arisha," ucapnya.
"Nah, actually, I'm the one who should thank you guys for believing in me," jawab Arisha ikhlas.
Athenia merupakan jenama pakaian yang mengeluarkan pelbagai jenis ball gown yang menepati tema magical dan fairytale. Setiap gaun yang dikeluarkan oleh brand tersebut sering mendapat sambutan hangat yang menyebabkannya menjadi salah satu jenama yang terkenal di Malaysia. Oleh itu, Arisha sering mencari peluang untuk bekerjasama dengan Athenia kerana peluang tersebut dilihatnya sebagai batu lonjakan untuk menaikkan lagi namanya di industri peragaan fesyen.
"Oh, don't mention it! I penat cari new faces yang sesuai untuk rekaan terbaru kami and that's where I found you," ujar Nalysia ramah. "Anyway, Arisha, majlis perlancaran untuk rekaan yang you pakai hari ni will be on next month. So, I'm thinking of having you in our launching event next month. Are you okay with that?"
"Seriously?" Arisha seperti tidak mempercayai telinganya sendiri saat mendengar kata-kata Nalysia. "Oh my God, Naly! I would love to!"
"Then, is it a yes?" Nalysia menjongketkan keningnya sebelah.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...