79 : the heir

27.2K 1.1K 26
                                    

Setahun kemudian,

"Chiara, be careful."

Ivan sudah menegur apabila anaknya itu berlari dengan kaki kecilnya ke arah Aurora dan Aurelia. Sambil itu, dia mencapai barang-barang di tempat duduk belakang dan melangkah ke arah Arisha yang sudah bersalam dan berpeluk dengan Airis dan Arfan.

"Kenapa banyak sangat barang korang ni?" Arfan mulai berbunyi bila melihat Ivan memegang dua buah beg di tangan kiri dan kanannya.

"Trust me, semua tu barang Chiara. Ivan kalau boleh nak angkut semua baju, mainan Chiara tu datang sini. Nasib tak penuh je jet tu tadi." Arisha menjawab biasa. Walaupun bising begitu, dia mengambil juga satu beg daripada tangan Ivan. Kasihan melihat suaminya yang memegang empat beg sekaligus.

Ivan tidak menjawab kerana benar, semua yang diangkutnya sekarang ialah barang-barang milik budak kecik yang sudah bermain dengan Aurelia dan Aurora sana. Malah dia hanya memberi apabila Arfan hulur tangan hendak menolong.

"Caring much huh?" Arfan angkat kening bersama senyuman nakal di bibirnya.

"My daughter, of course."

Arfan hanya angguk tanpa henti senyum.

"Dah, jom masuk. Ada barang lain ke? Meh akak tolong," Airis sudah menawarkan diri untuk membantu kerana tika ini hanya dia yang tidak memegang apa-apa.

"Sunshine pergi masuk dengan Ari. Nanti abang tolong Ivan bawa masuk barang." Semestinya, Arfan tidak akan membenarkan isterinya bersusah payah mengangkat barang-barang mereka itu.

Arisha pandang pada Ivan yang hanya mengangguk, mengisyaratkan agar isterinya itu masuk terlebih dahulu. Maka, Arisha terus mengikut langkah Airis untuk masuk ke dalam rumah abangnya itu.

"How's life?"

Ivan pandang pada Arfan yang menyoal sambil mereka sama-sama mengangkat barang di belakang keretanya. Anggukan diberikan sambil dia menjawab sepatah. "Good."

"And how's Chiara? I mean, macam mana jadi bapak orang? Nampak macam anak kau tu manja dengan kau lebih daripada dengan Ari."

"Dia manja juga dengan Arisha, takde beza pun." Ivan tidak begitu suka apabila orang mengatakan bahawa Chiara lebih manja, lebih sayang dengannya. Padahal anaknya itu juga sangat manja dengan Arisha. Bezanya, Ivan sangat protective dan diikutkannya sahaja kehendak anaknya itu. Dan apabila mereka di luar, Ivan yang akan mendukung dan menjaga Chiara which is why di mata orang lain Chiara lebih manja dengannya.

"Chiara dah setahun dah kan?"

Ivan mengangguk sahaja sambil dia menutup penutup bonet kereta. Dan kemudian, dia dan Arfan bersama-sama melangkah masuk ke dalam rumah dengan barang-barang yang dibawanya dari New York demi menghadiri majlis hari jadi kembar Aurora dan Aurelia. Plus, mereka sudah setahun tidak bertemu dengan keluarga yang ini memandangkan Arisha dan Ivan saling tidak mahu membawa Chiara travel jauh-jauh.

"So bila nak tambah anak lagi?"

"Kau yang dah kahwin lagi lama daripada aku, Aurora dengan Aurelia pun both are turning five years tomorrow pun tak tambah anak lagi."

Arfan hanya senyum kerana tiada sesiapa yang sudah tahu tentang kandungan Airis yang baru ini. Oleh itu, dia mendesak agar Arisha dan Ivan untuk datang juga. Bukan setakat untuk majlis hari jadi twins itu, tetapi untuk pengumuman kandungan Airis yang baru ini juga.

~

"Anak buah aku mana?"

Ivan guling mata bila sebaik sahaja dijawabnya panggilan daripada Nevan, soalan itu yang keluar terlebih dahulu daripada mulut adiknya. "Sekarang ni Chiara tu anak aku ke anak kau? Aku tak sampai 24 jam lagi dekat Malaysia, kau dah bising call semata-mata nak tengok anak aku?"

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now