24 : fever

21.1K 1.1K 22
                                    

"Cik Arisha."

Arisha yang baru sahaja keluar dari rumahnya menoleh pada Finn yang menyapanya. Matanya terkebil-kebil memandang jejaka itu sebelum dia menilik jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. "Awak buat apa dekat sini? Ivan tak balik lagi dari semalam?" soal Arisha sambil berkerut kening.

"Mr. Ivan dah balik malam semalam. Tapi pagi ni dia tak available untuk hantar Cik. Jadi dia suruh saya untuk ganti dia," jelas Finn ringkas membuatkan Arisha memandang ke arah pintu rumah Ivan yang bertutup rapat.

"Dia takde dekat rumah?" Arisha menyoal tanpa melepaskan pandangannya daripada pintu rumah Ivan, berharap agar pintu tersebut terbuka dan Ivan keluar.

"Saya tak pasti."

Bibir bawahnya diketap perlahan sambil dia mengenggam kunci rumahnya dengan kuat. Dia kembali memandang pada Finn yang berdiri tegak di hadapannya. "Jom. Saya dah lambat untuk pergi kelas. Awak tahu kan kolej saya dekat mana?"

Finn mengangguk sambil mengisyaratkan agar Arisha berjalan terlebih dahulu. "Mr. Ivan dah brief dekat saya tentang schedule Cik Arisha hari ni. Kalau ada pertukaran pada jadual Cik Arisha, Cik boleh bagitau saya nanti," beritahu Finn sambil mengikut langkah Arisha.

"Alright. Thanks Finn." Arisha membuka pintu kereta bahagian belakang. Niatnya yang hendak memboloskan badannya ke dalam perut kereta terbantut saat hatinya tergerak untuk melihat ke arah rooftop rumah mereka itu. Pegangannya pada doorframe kereta yang dinaiki oleh Finn itu menjadi kuat.

"Cik Arisha?"

Arisha tersentak dari lamunannya. Dia memandang Finn yang berdiri di hadapannya, menunggunya untuk masuk ke dalam kereta. "Sorry," ucapnya sambil tersenyum tipis. Badannya kemudian dimasukkan ke dalam perut kereta dan pintu kereta ditutup rapat oleh Finn.

Telefon di dalam begnya dikeluarkan dan nombor Ivan langsung dicarinya. Namun, hanya dipandangnya nombor tersebut. Saat kereta yang dipandu oleh Finn itu mulai bergerak meninggalkan perkarangan rumah itu, Arisha kembali meletakkan telefonnya di dalam begnya. Matanya kemudian jatuh pada jari manisnya yang tersarung cincin kayu yang diberikan oleh Ivan. Bibirnya diketap sebelum ditanggalkannya dan diletakkan di dalam begnya. Matanya lalu dibuang ke luar tingkap kereta.

~

"Ivan! Buka pintu ni!"

Tidur Ivan sedikit sebanyak terganggu saat mendengar ketukan yang bertalu-talu pada pintu rumahnya. "Ergh.." Ivan meletakkan tangannya di atas kepalanya yang berdenyut sambil dia cuba untuk membangunkan badannya yang terasa lemah.

"Ivan!"

Suara yang tidak habis-habis mengetuk pintu rumahnya kembali bergema yang memaksanya untuk berdiri dan melangkah ke arah pintu. Tangannya diletakkan pada dinding hallway ke pintu untuk menyokong langkahnya yang terhuyung hayang itu. Ditambah lagi dengan keadaan rumahnya yang gelap.

Tangannya membuka kunci pintu rumah dan ditariknya tombol pintu untuk membuka daun pintu tersebut.

"Ivan!"

Ivan memandang Rayyan yang berdiri di hadapannya. "Rayyan." Tangannya melepaskan pegangannya pada tombol pintu, membiarkan pintu itu terbuka luas bagi memberi ruang Rayyan untuk masuk. Dia kemudiannya kembali melangkah ke ruang tamu sambil diekori oleh Rayyan.

"Finn bagitau aku yang kau suruh dia jaga Arisha hari ni. Lepas tu aku call kau banyak kali dari pagi tadi sampai ni dah pukul 11, satu pun kau tak angkat," beritahu Rayyan sambil dia melangkah ke arah tingkap di ruang tamu itu. Dibukanya langsir untuk menerangi ruang tamu rumah Ivan itu sebelum dia kembali menghadap Ivan yang sudah kembali berbaring di atas sofa sambil memejamkan matanya.

"Kau call masa aku tidur kot. Aku tak dengar," jawab Ivan sebelum melepaskan batuk.

Berkerut dahi Rayyan mendengar jawapan Ivan itu. Dia melangkah ke arah jejaka itu dan tanpa kata, tangannya naik pada dahi Ivan membuatkan Ivan kembali mencelikkan matanya. "Apa benda kau.."

"Kau demam gila!" Rayyan menuturkan itu sebelum sempat pun Ivan menolak tangannya dari dahi.

Ivan menolak tangan Rayyan dari dahinya. "Aku okay, Rayyan."

"You're not." Rayyan bercekak pinggang. "Kau ada insomnia teruk, Ivan. We both know very well you're not okay if you can beat your insomnia and actually sleeping." Kakinya melangkah ke arah dapur yang hanya bersebelahan dengan ruang tamu itu.

"Bukan ke bagus kalau aku dapat tidur?" balas Ivan dengan suara serak basahnya. Dia kembali memejamkan matanya. Tangannya mencapai kusyen sofa dan diletakkannya di atas wajahnya untuk menghalang cahaya.

"Bagus kalau kau tidur sebab nak tidur. Ni kau tidur sebab kau terpaksa tidur. Sebab badan kau paksa kau tidur. Sebab kau terkejut," Rayyan meletakkan tangannya pada sisi meja dan memandang pada Ivan yang berbaring di sana. Keluhan dilepaskannya.

Walaupun Ivan selalu bersama dengannya, selalu melihat dan membersihkan kerja kotornya dahulu, jejaka itu tidak pernah sekali pun mencemarkan tangannya dengan mencederakan orang lain. Dan walaupun Ivan pandai menggunakan pistol dengan baik, dia tidak pernah menggunakan pistolnya untuk menembak benda lain selain daripada shooting board atau buah epal seperti yang terletak di kawasan latihan tembakan mereka. Dia masih ingat lagi pertama kali mereka keluar memburu di hutan bersama-sama dan Ivan berjaya menembak seekor burung, jejaka itu jatuh sakit setelah itu. Dan itu kali terakhir dia melihat Ivan menembak atau membunuh benda hidup. Not until last night.

"About the man last night.." Rayyan menelan liurnya sekejap. "Don't worry. Dia masih hidup. Nil dah pergi tengokkan keadaan dia."

Ivan membuka sedikit matanya dan hanya mengangguk. "Please don't tell Arisha about this," beritahunya setelah masing-masing diam buat beberapa ketika.

"I won't," balas Rayyan ringkas sambil meletakkan cawan berisi kopi panas di atas meja. "Minum. Aku jumpa kopi je dalam kabinet kau. Kau tak minum minuman lain ke apa?" Rayyan berkata sambil melabuhkan punggungnya di sofa.

Ivan mengerling pada cawan kopi di atas meja itu sebelum kembali bangun untuk duduk. Bibirnya menyungging senyuman kecil, "kau tahu aku tak minum minuman lain."

"Kopi ni banyak kafein Ivan. Ni salah satu sebab juga kau tak dapat tidur, kau tahu tak? Bukan doktor kau dah suruh kau stop minum kopi ke?" Rayyan menggelengkan kepalanya, penat dengan tabiat kawan baiknya itu.

"I can't resists it."

"Aku rasa kau kena kahwin baru ada orang jaga kau betul-betul."

"I don't want to get married."

Terjongket kening Rayyan. "What do you mean by you don't want to get married? What about Arisha?"

Ivan diam sejenak sebelum dia menyandarkan kepalanya pada belakang sofa, memandang siling ruang tamunya. "Arisha is the last thing I want in my life, Rayyan. I never wanted her."

"And yet you're willing to get yourself sick like hell because you kill-- i mean, you almost killed a person for her," bidas Rayyan laju.

Ivan mengerling sekilas pada Rayyan sebelum dia memejamkan matanya, berharap agar sakit kepalanya hilang. "Kalau kau balik kejap lagi, tolong kunci pintu," beritahunya kemudian.

"You're going to sleep again?"

"Uh-huh." Ivan menjawab biasa sambil kembali membaringkan badannya di atas sofa. Lengannya diletakkan di atas dahinya, menghalang cahaya daripada menganggu lenanya.

Rayyan hanya membiarkan. Dia bangun dari sofa dan kembali menuju ke dapur. Telefon di dalam poket seluarnya dikeluarkan, memesan makanan untuk kawan baiknya itu.

•••••

Rayyan being a bestest bestfriend for our sick Ivan 🤍

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now