45 : watch me

57.1K 1.3K 51
                                    

"Princess."

Arisha yang sedang berbual dengan Nevan tersentak apabila belakang pinggangnya tiba-tiba disentuh oleh Ivan. Dia segera menoleh pada Ivan yang berdiri di sebelahnya dengan memaut pinggangnya. Ivan mengorak senyuman kecil untuk isterinya itu sebelum dia menatap pada Nevan. "What are you doing here? Where's your chick?"

Sisi abdomen Ivan disiku oleh Arisha apabila mendengar nada dingin Ivan itu, membuatkan Ivan memandangnya. Ivan menjongketkan keningnya.

Arisha menjeling. "Tak baiklah cakap macam tu. Cuba cakap baik sikit dengan adik awak," jawabnya lembut.

"Oh baby, dengan budak ni tak payah nak baik sangat."

"I'm not budak, brother."

"Sure you're not." Ivan kembali memandang Nevan. "Physically not. Mentally? Yes, you are still a kid."

"In your eyes? Oh that's so sweet of you." Nevan menarik sengih membuatkan Arisha juga turut tersenyum di saat Ivan sudah menjeling tajam pada adiknya itu.

"What are you doing here? You're not answering my question," Ivan mengulang kembali soalan yang ditanyanya tadi apabila Nevan masih tidak memberi jawapan kepadanya.

"Dia datang borak dengan saya je, Ivan. He's not doing anything. Awak kenapa garang sangat dengan adik awak ni?" Arisha menjongketkan keningnya.

Nevan senyum sinis bila mendengar Arisha menjawab kata-kata abangnya itu. "She's right. Kau ingat aku nak sakitkan kakak ipar aku sendiri ke? No, of course no. Aku cuma.." Nevan kembali memandang Arisha. "Bagitau dia apa yang dia perlu tahu. Especially about our family. I'm preparing her to.."

"Aku suami dia, Nevan. If there's anything she need to know, I'll tell her. You're not in the position to tell her anything." Ivan memotong kata-kata Nevan. Matanya tajam dan gelap memandang tepat wajah adiknya itu. "And if you ever had a chance to talk to my wife, talk to her with respects. If you dare to disrespect my wife even for a little bit.." Ivan senyum kecil. "Ti ucciderò, Nevan, ma molto, molto lentamente, così la tua ragazza potrà guardare. (I'll kill you, Nevan, slowly, very slow, so that your girlfriend can watch.)"

Arisha sudah terkebil-kebil di sebelah Ivan saat suaminya itu sudah bertutur dalam bahasa yang asing di pendengarannya.

Ivan senyum bila melihat wajah tegang milik Nevan itu. "Now please excuse me and my wife, thank you." Ivan akhirnya kembali menoleh kepada isterinya. Tangannya memaut rapat pinggang Arisha sambil lagi sebelah tangannya mengemaskan veil yang dipakai oleh Arisha.

Arisha mengerling pada Nevan yang sudah beredar sebelum dia kembali memandang pada suaminya. "Awak cakap apa dengan Nevan sampai muka dia pucat macam tu?" Arisha mengangkat keningnya.

"Pucat ke? Aku tengok biasa je."

Arisha membulatkan matanya. "Ivan!" Bibirnya diketap, geram dengan balasan selamba suaminya itu. "Nevan tak cakap apa-apa pun dengan saya. Dia datang cuma nak berkenalan dengan saya. Awak ni.."

"Aku tak rasa it's necessary for you untuk kenal dengan Nevan. He's no one."

"He's your brother, your family."

Ivan diam sejenak. Nafasnya dihelakan perlahan. "Fine, kalau kau nak kenal dengan dia, boleh. Tapi bukan sekarang," Ivan menjawab lembut. Matanya redup memandang Arisha. "Kenapa kau tinggalkan aku macam tu je? Tak bagitau aku pun kau nak pergi sini?"

"Awak tengah borak dengan kawan awak tu tadi. Saya tak nak kacau," Arisha menjawab perlahan sambil dia menundukkan kepalanya. "Sorry.."

"Aku tak suruh cakap sorry pun, princess. Aku tak marah, aku tanya je," tutur Ivan lembut. Tangannya mengusap lembut belakang badan Arisha, tidak mahu gadis itu salah anggap soalannya sebagai satu amarah.

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now