Bagasi yang terakhir ditariknya masuk ke dalam rumah yang bakal menjadi tempat tinggalnya untuk sementara sekarang. Arisha meletakkan bagasinya itu bersama dengan longgokan barangannya yang lain. Nafasnya dihelakan sebelum dia menolak beberapa buah kotak dengan kakinya untuk memberinya ruang berjalan ke arah sofa di ruang tamu itu.
"Huwah!" Arisha menghempaskan badannya di atas sofa yang empuk dan lembut itu. Kakinya diletakkan di atas meja dan kepalanya dibaringkan pada belakang sofa. Tangannya didepakan dan matanya dipejamkan.
"Barang kau dah sampai semua?"
Serta-merta mata Arisha terbuka luas. Kepalanya ditolehkan ke sebelah kanan, di mana dia melihat Ivan yang hanya memakai sleeveless shirt dan sweatpants. Matanya jatuh pada lengan Ivan yang kekar dan dihiasi dengan urat-urat yang jelas kelihatan pada lengannya itu. Biceps jejaka itu terbentuk sempurna di matanya. Matanya kemudian jatuh pada dada bidang Ivan yang ditutupi oleh kain baju yang dipakai olehnya. Kain baju yang dipakai oleh Ivan jelas melekat pada tubuh jejaka itu membuatkan dia yakin jejaka itu mempunyai a very nice chest muscle and abs. Arisha bukanlah seorang yang suka melihat seseorang yang berbadan besar kerana penuh dengan otot. Tetapi, Ivan mempunyai badan yang tegap dan his muscles pula.. just nice. Arisha mengetap bibir. He's... so fine and hot.
"Checking on me, I see."
Suara Ivan yang menegur membuatkan Arisha tersentak. Dia kembali membawa matanya untuk menatap wajah Ivan. Wajahnya naik merah bila melihat senyuman sinis di bibir Ivan. "Mana ada," jawabnya perlahan. Tangannya naik memegang pipinya yang terasa panas akibat rasa malu.
Ivan hanya menjongketkan keningnya sebelum dia melangkah ke arah Arisha. Matanya memandang kotak-kotak dan beberapa buah bagasi yang terletak di sekelilingnya itu. "House tour?"
Arisha kembali memandang Ivan setelah dia menenangkan dirinya daripada blushing dan malunya. "House tour?" Dengan dia macam tu? Hell no. I refuse to throw myself into a misery. "Takpe, saya boleh tengok sendiri. Lagipun, saya nak rehat kejap."
Ivan memandang Arisha sebelum mengangguk. "But there's something I need to show you myself. Aku tak nak kau salah anggap nanti," ujar Ivan membuatkan Arisha memgerutkan keningnya. "Jom," Ivan mengamit Arisha agar gadis itu mengikut langkahnya.
Arisha bangun dari sofa dan mengikut langkah Ivan yang pergi ke hallway yang menghubungkan ruang tamu dan bilik tidur. Ivan berhenti di hadapan sebuah kabinet yang terdapat di hallway tersebut. Atas kepala mereka terdapat tangga untuk naik ke tingkat atas rumah itu.
"This is a double-storey house?" Arisha bertanya saat mulai perasan akan keberadaan tangga di hallway tersebut.
Ivan mengerling pada tangga itu sebelum menjawab, "dekat atas is an open space. Ada gym dan kolam renang. Ada small garden juga kalau kau nak lepak dekat atas."
"Oh.." Arisha menganggukkan kepalanya sebelum dia kembali memandang kabinet kosong yang dihadap oleh mereka sekarang. "And what is this?" soalnya.
Ivan memandang Arisha sebelum tangannya menolak kabinet tersebut, menampakkan ruang tamu rumah Ivan. Mata Arisha membulat saat menyedari bahawa rumah yang akan diduduki olehnya itu bersambung dengan rumah Ivan. "Is this.."
Ivan angguk. "Don't get me wrong. Both of this house is mine. Jadi logik aku build in a door yang menghubungkan dua-dua rumah. I never expected for someone, especially a woman untuk duduk dekat sini. Plus, senang aku nak datang kalau ada apa-apa jadi dekat kau."
"Ivan, you are being ridiculous. Awak tak boleh masuk tempat saya ikut suka hati awak je. What if saya tak pakai baju ke apa ke?" Arisha menuturkan itu dengan rasa geram di dadanya.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...