Mesej yang dihantar oleh Arfan kepadanya dibaca bersama keluhan. Malas hendak membantah kata-kata abangnya itu, dia hanya menaip balasan yang sopan kepada Arfan. Dia kemudiannya keluar dari apartment yang dia diami itu. Setelah memastikan pintunya dikunci, Arisha melangkah ke arah lif untuk turun ke foyer. Senyuman kecil diukirnya bila melihat seorang lelaki yang turut berada di dalam lif tersebut.
"Good morning, Arisha."
"Good morning, Sir Rezza," sapanya kembali sambil dia melangkah masuk ke dalam lif tersebut. Dia berdiri di sebelah lelaki yang bernama Rezza itu.
"Arisha nak pergi mana pagi-pagi ni?" ramah Rezza bertanya kepada gadis cantik di sebelahnya itu. Matanya turun memandang badan Arisha.
"Saya ada kerja pagi ni," jawab Arisha biasa, tidak memberitahu details yang selebihnya. Jaket yang dipakai olehnya ditarik untuk menutup bahagian depan badannya kerana tidak senang dilihat seperti itu oleh lelaki yang tinggal di atas rumahnya itu.
"Dekat mana? Nak abang hantarkan sekali tak?"
"Err.." Tidak sempat Arisha hendak membantah, pintu lif terbuka luas membuatkan dia menghembuskan nafas lega. "Thanks for the offer Sir tapi saya dah ada driver untuk hantar saya. Saya pergi dulu, ya? Sampaikan salam saya pada isteri Sir." Bersama senyuman kecil, Arisha terus melangkah keluar daripada lif itu tanpa menunggu balasan daripada Rezza.
Arisha berhenti melangkah di hadapan entrance bangunan apartment itu. Jam tangannya yang baru sahaja menunjukkan jam sembilan pagi ditilik sebelum dia mengeluarkan telefonnya dari dalam poket jaket yang dipakai olehnya. Jarinya kembali membuka mesej yang dihantar oleh Arfan kepadanya yang berserta nombor telefon pemandu yang diupah oleh abangnya. Bibirnya diketap, berkira-kira untuk membuat panggilan atau tidak kepada pemandu itu.
Arisha melepaskan nafas berat sebelum dia kembali mengangkat wajahnya. Ketika itu juga matanya menangkap seorang jejaka yang dia kenali melangkah ke arahnya. Ivan.
Kening Arisha bertaut bila Ivan berhenti di hadapannya. Matanya terkebil-kebil memandang jejaka itu sebelum akhirnya membuka mulut untuk bertanya, "awak buat apa dekat sini?"
"Kau nak pergi mana?" Soalan Arisha dibalas dengan soalan.
"Hah?" Arisha mengerutkan dahinya. "Kenapa awak nak tahu saya nak pergi mana?" Soalan Ivan kembali dibalas dengan soalan.
Ivan menghelakan nafas. "Arfan tak bagitau kau ke?"
Terjongket kening Arisha saat mendengar nama abangnya meluncur keluar daripada bibir Ivan. "Kenapa.." Mata Arisha membulat tika dia akhirnya dapat memproses situasi itu sekarang. "Driver yang abang saya maksudnya.. awak ke?"
"Are you expecting someone else?"
"Obviously!"
"Unfortunately your brother trust no one except for me to look after you."
"I'm not a child that need someone to look after me."
"Tell that to your brother. As for now, get in the car," arah Ivan sambil mengisyaratkan agar gadis itu mengikutnya.
Arisha mengetap bibirnya sebelum dia mengikut langkah Ivan ke tempat di mana keretanya diletakkan. "Ivan," panggil Arisha namun jejaka itu langsung tidak menoleh ke arahnya. Arisha mengenggam kuat tangannya sebelum dia berlari anak untuk mengejar langkah Ivan. "Ivan!" Lengan Ivan segera dipegangnya untuk menghentikan langkah jejaka itu. "What.."
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...