Dalaman bilik asing itu jelas membuatkan Arisha pening. Tangannya segera berpegang pada bingkai pintu untuk menahan dirinya daripada terjelepok. Dadanya yang terasa sesak dipegang. Nafasnya menjadi laju. Arisha pejam mata, cuba untuk bertenang.
Take a breath, Arisha. Take a breath.
Arisha mengheret kakinya untuk masuk ke dalam bilik yang penuh dengan lukisan-lukisannya dari tahun-tahun yang lalu, bahkan lukisan pertamanya juga turut tergantung. Matanya meneliti setiap lukisan itu dan juga signature miliknya yang terletak di sudut paling kanan pada setiap kanvas tersebut. Yes, these are all yours. Dan macam mana semua lukisan ni ada di sini? Di tempat Ivan?
Langkah Arisha kemudiannya menghampiri sebuah drawing easel yang berdekatan dengan sebuah meja yang dipenuhi dengan barang-barang yang digunakan untuk melukis. Tangan Arisha naik untuk menarik kain yang menutup lukisan itu. Tika itu juga dia kaku apabila melihat lakaran gambarnya pada permukaan kertas itu.
Mata Arisha meneliti seketika lukisan tersebut sebelum matanya jatuh ke atas meja. Sampul surat bersaiz A4 di atas meja dicapainya dengan jari-jemarinya yang bergetar. Rasa mual cuba tidak dihiraukan. Tangannya mulai mengeluarkan kertas-kertas dari dalam sampul surat tersebut. Matanya berlari membaca setiap helai kertas tersebut sebelum matanya kaku tika dia melihat kertas yang terakhir.
Serentak itu, kertas tersebut terlepas dari pegangannya. Rasa sesak semakin menjadi membuatkannya segera berpegang pada bucu meja untuk menampung beratnya. Matanya menjadi tidak tentu arah.
"I..Ivan.." Arisha segera meraba poket seluar pendek yang dipakainya, mencari telefonnya. Dikeluarkannya terus telefonnya sebaik sahaja dia menjumpai telefonnya di poket belakang seluarnya. Jarinya yang menggeletar membuatkan telefonnya terlepas di atas lantai.
Arisha segera melutut di lantai untuk mengambil telefonnya tika dia melihat sebuah kotak yang tersimpan rapi di bawah meja. Arisha mengemam bibirnya sambil tangannya dipanjangkan untuk menarik keluar kotak tersebut dari bawah meja. Nafasnya serta-merta menjadi laju saat melihat barang-barang miliknya tersimpan dalam kotak tersebut. Macam... Macam mana..
Arisha geleng kepala. Tangannya naik dan menutup telinganya dengan matanya mulai berair. Arisha memejamkan matanya, cuba untuk bertenang. Lututnya dibawa ke dada dan dipeluk erat.
Tika itu juga telefonnya berdering. Skrin telefon yang bercahaya itu membuatkan Arisha mencapai telefonnya dengan jari-jemari yang masih menggeletar. Nama Ivan yang terpampang pada skrin itu makin membuatkan rasa mualnya menjadi semakin teruk. Nafasnya ditarik dalam dan kembali dihembuskan sebelum dia menjawa panggilan daripada suaminya.
"Princess?"
Air mata yang bertakung di matanya serta-merta mengalir. "I..Ivan.."
~
Tangan Ivan laju meletakkan kad kunci pada scanner di luar pintu sebelum dia menolak kuat dan pantas pintu apartment miliknya itu. Kakinya yang masih berkasut segera melangkah masuk. "Princess?!" Ivan melangkah ke bilik tidur, mencari Arisha.
"Arisha?!" Ivan kembali keluar bila tidak melihat kelibat Arisha di mana-mana di bilik tidur mereka. Kakinya kemudian dibawa untuk melangkah ke dapur tika dia melihat pintu bilik lukisannya terbuka luas. Langkahnya serta-merta terhenti. Fuck.
Ivan laju melangkah ke arah bilik itu. "Arisha?" Mata Ivan serta-merta jatuh pada Arisha yang duduk di atas lantai di sudut sana. "God princess!" Laju dia melangkah ke situ dan melutut di sebelah isterinya. Sempat matanya mengerling pada sekeliling Arisha yang berselerak. Double fuck.
Arisha mengangkat kepalanya dari atas lututnya untuk memandang Ivan. Bibirnya diketap saat melihat wajah Ivan. "Ivan."
"Princess.." Ivan mengetap rahang bila melihat wajah Arisha yang basah dengan air mata itu. Tangannya naik mengusap lembut pipi isterinya. "Kau buat apa dekat sini?"
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...