Debaran di dada semakin menggila apabila Ivan melangkah ke arahnya. Wangian maskulin jejaka itu semakin jelas pada deria baunya membuatkan tangannya segera mengenggam kuat jambak bunga di tangannya. Kepalanya daripada tadi ditundukkan walaupun hatinya meronta dan menjerit kepadanya supaya dia mengangkat kepalanya untuk melihat Ivan.
"Hi."
Arisha tersentak saat tempat di sebelahnya dihenyak oleh Ivan. Bibirnya diketap, masih dengan kepalanya ditundukkan. Jantungnya semakin berdegup laju.
"Princess, I don't said the akad just to look at the top of your head," ujar Ivan biasa walaupun sejujurnya dia dapat merasakan debaran di dadanya. Rasa gementar daripada sebelum akad nikah tadi masih ada hingga sekarang. "Princess," panggilnya sekali lagi.
Arisha memejamkan seketika matanya untuk mengumpul kekuatan dari dalam dirinya bagi mengangkat kepalanya untuk memandang Ivan. Beberapa saat kemudian, dia akhirnya mengumpul keberanian untuk mengangkat kepalanya, di mana matanya terus menjumpai sepasang mata berwarna whiskey milik Ivan .. suaminya.
Sebaik sahaja gadis itu mengangkat wajahnya, Ivan diam sejenak. Daripada dia melangkah ke arah gadis itu, dia sudah cukup terpegun dengan penampilan gadis itu. Gaun pengantin yang berwarna putih dan dihiasi manik-manik juga berlian itu terletak cantik di badan gadis itu. Dengan veil panjang yang jatuh di belakangnya menambahkan lagi penampilannya.
Senyuman kecil terukir di bibir Ivan. Dia memusingkan badannya untuk mengambil cincin yang dihulurkan oleh Airis kepadanya. Sebentuk cincin customize berbentuk infinity dan dihiasi berlian kecil dikeluarkan dari dalam kotak baldu itu sebelum dia kembali memandang Arisha. Senyuman kecil diukirnya untuk gadis itu sebelum dia meraih lembut jari-jemari Arisha yang sejuk. Matanya jatuh pada cincin kayu yang turut tersarung pada jari tengah gadis itu. "Kau simpan lagi," ujarnya ringkas sambil dia mengelus lembut cincin tersebut.
Arisha hanya diam. Matanya turut jatuh pada jari-jemarinya saat Ivan menyarungkan cincin pada jari manisnya. Dan hanya begitu, cincin cantik itu tersarung elok pada jarinya.
"Isteri."
Kata sepatah itu cukup membuatkan jantung Arisha bagai berhenti berdegup. Suara perlahan dan dalam milik Ivan menuturkan perkataan 'isteri' itu kedengaran begitu merdu di telinganya. Perkataan 'isteri' daripada jejaka itu memberikannya satu kuasa atau keyakinan bahawa lelaki itu adalah miliknya sekarang, bahawa dia tidak berseorangan sekarang.
~
Kereta milik Rayyan yang dipandu keluar dari perkarangan rumah agam itu dipandang dari hadapan pintu rumah. Dengan beredarnya kereta itu, sekarang, hanya mereka berdua di dalam rumah banglo tersebut.
Arisha diam sambil matanya lurus keluar. Tiba-tiba dia menjadi kelu hendak bersuara sekarang. Selepas akad nikah mereka tadi, dia belum ada peluang lagi untuk berduaan dengan suaminya itu kerana pasti akan ada yang datang kepada mereka berdua untuk mengucapkan tahniah dan sebagainya. Suaminya. Arisha mengetap bibir bila memikirkan bahawa dengan sekali lafaz sahaja, status tunang antara mereka bertukar kepada status suami dan isteri.
Kelibat Ivan di sebelahnya dikerling sebelum dia cuba untuk membuka mulutnya, "saya.."
"Jom masuk." Dalam sekelip mata, mata Ivan yang tadinya lurus ke hadapan beralih pada wajah Arisha. Tangannya disatukan di belakang badannya sambil wajahnya tunduk untuk memandang gadis itu.
Arisha terkebil-kebil sebentar bila dipandang sebegitu oleh jejaka itu. Berada dekat dan berduaan dengan jejaka itu tidak pernah gagal membuatkannya kelu lidah.
"Jom masuk rumah, isteri saya."
Hanya dengan lima perkataan itu, Arisha dapat merasakan ratusan rama-rama berterbangan indah di perutnya. Suara lembut Ivan saat menuturkan lima perkataan itu terngiang-ngiang di telinga dan mindanya. Sehingga dia tidak sedar bahawa Ivan sudah meraih tangannya dan ditarik untuk masuk ke dalam rumah.
"Kita nak pergi mana?" tanya Arisha bila Ivan menariknya untuk menaiki tangga.
"Bilik." Ivan mengerling pada Arisha. "Bilik kita," sambungnya biasa sambil mengukir senyuman kecil, sengaja hendak menyakat isterinya itu. Seperti yang dia sangkakan, riak wajah Arisha jelas berubah bila mendengar sambungan kata-katanya itu.
"Nak buat apa?" Arisha cuba untuk menyembunyikan gugupnya.
"Get changed." Ivan kemudiannya berhenti melangkah bila mereka tiba di tingkat atas rumah itu. Dia memusingkan badannya untuk memandang Arisha. Dan dia mengambil peluang itu untuk menghargai kecantikan dan keanggunan gadis itu. Seharian ini dia tidak pernah gagal untuk mengagumi kejelitaan gadis itu. Dengan gaun pengantin putih yang tersarung indah dan cantik padanya, sungguh dia merasakan isterinya itu ialah seorang puteri .. bukan, seorang bidadari yang dikurniakan kepadanya. "As much as I want to admire you in this dress because you are drop dead gorgeous in it.." Mata Ivan kembali menjumpai mata gadis itu. "I want you and me to get changed. It's been a long day, I'm sure you're tired and probably want to sleep already. Jadi, mana bilik kita, isteri?"
Arisha mengetap bibir. "Stop calling me with that."
Ivan jongket kening mendengar permintaan Arisha itu. "Kenapa?"
Because I'll probably collapsed from how sweet that word is on your mouth. "Tak suka," dalih Arisha sambil melarikan pandangannya. Tangannya ditarik daripada terus digenggam oleh Ivan. "Bilik saya kat situ. Awak nak.."
"Bilik kita, sayang." Ivan menyungging senyuman kecil sebelum membuka langkah ke arah bilik yang ditunjukkan oleh Arisha tadi.
Another set of butterflies.
~
Arisha dengan perlahan melangkah keluar dari bilik air sambil menggosok rambutnya. Matanya diliarkan untuk mencari kelibat Ivan sehingga matanya terhenti pada pintu balkoni biliknya yang terbuka luas. Kakinya serta-merta melangkah ke arah balkoni, di mana dia menemui Ivan yang sedang berdiri sambil meletakkan sikunya di atas pagar balkoni.
Wangian daripada Arisha membuatkan Ivan spontan memusingkan badannya untuk memandang Arisha yang berdiri di belakangnya. Gadis itu hanya memakai bathrobe dan rambutnya yang masih basah dibiarkan lepas sahaja. Buat seketika, mereka tenggelam dalam renungan mata masing-masing sehingga suara Ivan memecahkan kesunyian di antara mereka.
Tangan Ivan didepakannya. "My princess. Come."
Memandang pada wajah Ivan, tanpa kata, dia terus melangkah ke dalam dakapan Ivan. Tangannya memeluk leher Ivan dan badannya dibiarkan melekap pada tubuh suaminya itu. Ivan senyum dan membalas erat pelukan isterinya. Peluang itu diambil untuk dia menghafal bauan segar dan wangi milik gadis itu. This.
"Do you know what you smells like?"
Soalan ringkas daripada Ivan itu membuatkan Arisha mendongak. Dia mencari anak mata Ivan yang menundukkan kepala untuk memandangnya. "What?"
Ivan mengukir senyuman kecil. "Home, princess. You smells like home." Dan dengan itu, sebuah kucupan ringkas diletakkan pada bibir pink Arisha membuatkan mata gadis itu membulat.
Kucupan ringkas dan hangat itu hanya untuk beberapa ketika sebelum Ivan kembali menjarakkan bibir mereka. Dia kembali mencari anak mata Arisha. Senyuman kecil terukir di bibirnya. "Ti amo, amore mio."
Ungkapan itu membuatkan Arisha senyum kecil. "I love you, my love," Arisha mengulang kembali ungkapan dalam bahasa Itali itu.
Terjongket kening Ivan bila mendengar gadis itu berjaya menangkap maksud ucapannya tadi sebelum bibirnya kembali mengorak senyuman kecil. Dahinya dijatuhkan pada dahi Arisha. Tangannya biasa sahaja memeluk erat pinggang Arisha.
"That's right princess. I'm in love with you."
•••••
IVAN CALLING ARISHA 'ISTERI SAYA' AAAAAAAAA
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...