76: kiss

32.2K 1K 17
                                    

Arisha sedang menyiapkan makan malam apabila dia mendengar bunyi passcode pintu hadapan ditekan. Senyuman serta-merta melebar di bibirnya sebelum dia mencuci dan mengelap tangan. Kakinya terus melangkah ke entrance way, di mana dia melihat Ivan yang baru sahaja masuk dan menanggalkan kasutnya.

"Hey."

Ivan menoleh pada isterinya. Jika seperti hari-hari yang sebelumnya, Arisha akan balik sekali dengannya. Maka, mereka selalu makan malam di luar sebelum balik ke rumah. Jika tidak, Ivan yang akan memasak dan Arisha hanya menolong kerana Ivan tidak membenarkan isterinya membuat kerja di rumah itu.

"Aku tak kahwin dengan kau untuk kau jadi maid aku."

Walaupun begitu, Arisha masih berdegil untuk menolong. Jadi Ivan selalunya akan memintanya memotong buah-buahan sementara dia yang memasak. Tetapi pada hari weekends, mereka akan bersama-sama bekerja di dapur ini. And they enjoy their time together. So it doesn't feels like they are doing house works at all. It is just feels like they are spending their free time, doing the mundane things together. But yet they are the happiest.

Tetapi hari ini, isterinya menyambutnya dengan hanya memakai her daily home outfits; sweatpants and his t-shirt yang tampak oversized pada badan isterinya itu. Rambut panjangnya yang sering diturunkan disanggul dengan menggunakan pengepit rambutnya. Dengan apron yang terikat kemas di badannya. So beautiful.

Arisha melangkah ke arah Ivan dan terus mencapai briefcase di tangan Ivan. Tangan Ivan diraih dan dicium lembut. Dan bila dia kembali mengangkat kepalanya, Ivan menarik lembut badannya dan diciumnya lembut dahi isterinya itu. "Macam mana duduk rumah? Okay?"

Lengan Ivan dipautnya untuk masuk ke dalam rumah. "Okay je. Saya tak buat apa-apa pun." Briefcase di tangannya diletakkan di atas sofa dan dia memalingkan wajahnya untuk menghadap Ivan yang sudah memandang ke dapur. Senyuman terukir di bibirnya. Bahu Ivan disentuhnya lembut. "Saya tengah siapkan dinner. Awak pergi bersihkan diri dulu lepas tu kita makan, alright?"

Ivan memandang wajah isterinya dan senyum. "Kau masak apa? It smells great."

"Rahsia."

Jawapan sepatah isterinya itu membuatkan Ivan mengecilkan matanya. "Sayang.."

Arisha tergelak kecil. "Awak pergi mandi dulu, nanti lepas awak mandi kita makan sekali. Saya nak siapkan lagi satu makanan. By the time awak siap mandi, dinner is ready."

Ivan menatap seketika wajah isterinya sebelum mengangguk. "Fine. But I want a kiss first."

Membulat mata Arisha mendengar permintaan suaminya itu. Spontan tangannya naik menepuk dada Ivan. "Mengadala awak ni."

"Cepatlah."

"Ivan.."

"Princess."

Arisha mengeluh. Suaminya ini sangatlah dan terlebihlah clingy dengannya sejak-sejak dia mengandung ini. Maka diambil langkah merapati Ivan dan tangannya diletakkan di atas bahu jejaka itu kedua-duanya sebelum dia berjengket untuk mencapai ketinggian suaminya itu. Dan dengan pantas, bibirnya mengucup bibir suaminya untuk beberapa seketika.

"There." Arisha mencari anak mata suaminya. "You got your kiss already."

Ivan menatap lurus wajah isterinya dan senyum. Pinggang Arisha dipautnya dan dia menjatuhkan lagi satu ciuman di bibir Arisha untuk seketika juga.

"Yup, I got my kiss already."

Arisha sudah membulatkan matanya. "Ivan!"

Ivan sengih. Briefcase di atas sofa dicapainya sebelum dia mengambil langkah ke bilik tidur. Namun baru beberapa langkah, dia kembali memusingkan badannya pada Arisha. "Aku lupa something."

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now