16 : careful

22.8K 1.3K 57
                                    

Stereng kereta diketuknya dengan jari-jemarinya sambil matanya lurus pada pintu masuk Taylorsville College of Arts, mencari kelibat Arisha. Jam di tangannya ditilik. Jika diikutkan jadual gadis itu, kelas Arisha sudah pun habis 15 minit yang lalu. Tetapi Arisha masih tidak keluar.

Tangannya mencapai telefonnya yang terletak di dashboard. Nombor Arisha didail sambil matanya tidak lepas memandang ke arah pintu masuk Taylorsville. Skrin telefonnya kembali dipandang bila panggilannya masuk ke voicemail. Bibirnya diketap sambil dia cuba mendail gadis itu lagi. Enjin keretanya dipadamkan sebelum dia membuka pintu kereta dan memboloskan badannya keluar dari kereta. Kaki panjangnya melangkah ke arah pintu masuk Taylorsville.

"Ivan.."

Langkah Ivan serta-merta berhenti saat panggilannya bersambung. "Kau dekat mana Arisha?"

"I..Ivan.. saya.."

Wajah Ivan serta-merta bertukar tegang saat mendengar suara gadis itu. "Arisha? Kau dekat mana? Where the fuck are you?!" Jantungnya serta-merta berdegup laju. Imej Arisha yang tercedera mulai menyerbu mindanya. God, I'll kill whoever dare to hurt her.

"T..toilet.. saya.. Iv..please.."

Tanpa membuang masa, dia terus berlari mencari tandas. Satu-persatu tandas perempuan di tingkat itu dibukanya untuk mencari Arisha. "Arisha please tell me.." Ivan tidak meneruskan kata-katanya saat mendengar esakan tangisan dari dalam tandas di hujung tingkat itu. Kakinya terus laju melangkah ke tandas tersebut. Dengan kuat, pintu tandas itu ditolaknya, di mana matanya terus menangkap Arisha yang duduk bersandar sambil memeluk kakinya.

"Arisha.." Ivan terus menerpa ke arah gadis itu. Tangannya mencekup pipi Arisha. Matanya meneliti wajah Arisha yang basah dengan air mata. Nafas berat dilepaskannya sebelum dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Tangannya mengusap lembut belakang badan Arisha, menenangkan gadis itu. "Breath, princess, take a deep breath," bisiknya lembut sebelum menarik Arisha dari dalam pelukannya. Jari-jemari Arisha yang menggeletar kuat itu digenggamnya erat dan dielusnya lembut sambil matanya tidak putus menatap tepat pada wajah gadis itu.

Tangannya kemudian naik dan menekup telinga Arisha. "Jangan dengar apa orang cakap Arisha. Listen to me and me only," tutur Ivan lembut sebelum dia merapatkan badan mereka. Bibirnya dirapatkan dengan telinga gadis itu sebelum membisikkan, "you are beautiful, Arisha. Fucking beautiful that it made my heart hurts. You are perfect just the way you are, princess."

Arisha memandang wajah tulis Ivan. Buat pertama kalinya, dia kembali tenang daripada serangan paniknya tanpa ubat-ubatannya. Dan semua itu kerana dia berada dalam pegangan Ivan. "Ivan, saya nak balik rumah kita," tuturnya lemah.

Rumah kita. Ivan mengeluh sebelum dengan perlahan, dia memusingkan badannya. "Hop on my back, I'll take you," arahnya lembut. Arisha memandang belakang badan jejaka itu sebelum dengan perlahan dia naik. Lengannya dilingkarkan pada leher Ivan dan kepalanya disembamkan di balik bahu jejaka itu. "You're ready princess?"

"Yes," bisik Arisha perlahan. Lingkaran tangannya pada leher Ivan dieratkan sebaik sahaja Ivan membawanya keluar. "I like your smell," ujar Arisha perlahan.

Ivan mengerling sekilas pada gadis itu dan senyum tipis. "Careful, princess. I might think you like me at this point," balasnya biasa. Kakinya melangkah ke arah kereta yang diparkirkan di hadapan pintu masuk Taylorsville. Pintu kereta penumpang di sebelah tempat pemandu dibukanya dengan sebelah tangannya. Dengan penuh hati-hati, badan Arisha didudukkannya.

"Kenapa letak saya duduk depan?"

"I just want to keep you by my side." Ivan menuturkan itu sambil dia memasang seatbelt untuk gadis itu. Matanya kemudian kembali dibawa menatap lembut wajah Arisha.

Arisha senyum kecil. "Thank you," bisiknya lembut.

"You're welcome, princess." Ivan senyum tipis sebelum dia bangun dan menutup pintu kereta. Dia kemudiannya berjalan ke arah tempat pemandu lalu memboloskan badannya ke dalam kereta.

~

Kereta diparkirkannya di dalam garaj kereta. Dia memandang pada Arisha yang tertidur di sebelahnya. Matanya menatap lembut wajah gadis itu. Nafasnya dihelakan sebelum dengan perlahan dia menyentuh lembut lengan Arisha. "Princess, we're home."

Suara dan sentuhan Ivan itu sedikit sebanyak menganggu lenanya. Dia mengerakkan sedikit badannya untuk menghadap Ivan. Kepalanya masih disandarkan pada kerusi kereta sambil dia menggosok matanya. "Awak tak boleh angkat saya masuk dalam ke sampai awak bangunkan saya ni?" tuturnya lembut.

Terjongket kening Ivan. Dia menarik senyuman nipis. Helaian rambut Arisha yang jatuh pada sisi wajah gadis itu diselitkan ke belakang telinga. "I thought you didn't want me to touch you?"

"Didn't you burn the paper already?"

"I did."

"Jadi bukan patutnya peraturan tu tak wujud lagi ke?" Arisha menuturkan itu tanpa memutuskan tatapan mata mereka. "I don't want you to follow the rules anymore. I don't like the rules as well."

God damn it, she's so fucking beautiful. Ivan mengusap lembut pipi Arisha. "If you insists."

Arisha senyum kecil.

"Jom masuk rumah." Ivan menanggalkan seatbelt yang membalut badannya sebelum dia memboloskan badannya keluar dari kereta. Dia kemudiannya melangkah ke tempat duduk Arisha dan dibukanya pintu. "Let's go, princess," pelawanya. Arisha memboloskan badannya keluar dari kereta.

Ivan memandangnya dan melangkah mendekati gadis itu. Tangannya naik dan membutangkan blazer yang dipakai oleh Arisha. Ditariknya badan gadis itu agar rapat padanya. Arisha mendongak memandangnya. Senyuman kecil terukir di bibirnya. "Careful, Ivan. I might think you like me," Arisha mengembalikan kata-kata Ivan kepadanya tadi.

Ivan mengukir senyuman tipis. Tangannya diletakkan pada belakang badan Arisha sambil memimpin gadis itu untuk masuk ke dalam rumah. "Care to tell me what happened back then?" soal Ivan.

Badan Arisha serta-merta berubah tegang saat mendengar soalan Ivan itu. Bibirnya diketap sambil dia mengenggam kuat jari-jemarinya. Ivan yang perasan akan perubahan gadis itu menghentikan langkah mereka di hadapan pintu rumah Arisha. Badan Arisha dipusingkannya untuk menghadapnya. Matanya mencari anak mata Arisha.

"Princess, I told you to tell me everything. Apa jadi dekat sana tadi? I don't really know about panic attack but I do know it is triggered by something. What is it, princess?" soal Ivan dengan lembut. Tangannya memicit lembut lengan Arisha, seolah memberi sebuah kepastian kepada gadis itu bahawa dia ada.

Arisha memandangnya sebelum mengeluh perlahan. "I never told anyone, but I think.." Arisha mengetap bibir. "Ada orang stalk saya."

"What?" Ivan menjongketkan keningnya. Wajahnya serta-merta berubah tegang. "Kenapa tak bagitau aku awal-awal, Arisha? Aku dah cakap kan kau kena bagitau aku semua benda," ujar Ivan.

"Sorry." Arisha menundukkan kepalanya. "I just think it's a small matter."

"It's not a small matter, Arisha. Kau tak tahu apa yang dia boleh buat. Dan lagi bahaya sebab kau tak tahu dia siapa. And.." Ivan mengetap bibirnya. Jarinya mengangkat dagu Arisha agar gadis itu kembali memandangnya. "Stop apologizing, princess. Aku tak marah. Aku cuma risau."

Arisha memandang wajah Ivan dan mengukir senyuman tipis. "Saya okay Ivan. I mean, he didn't do anything yet other than sending me pictures and letters."

Berkerut dahi Ivan. "Dia hantar gambar dan surat dekat kau?"

Arisha angguk.

"God.." Ivan mengeluh kasar. "Arisha.." Nafasnya dihelakan sebelum tangannya menakan password pintu rumah. Pintu dibukanya sebelum dia kembali memandang Arisha. "Pergi masuk, get changed and do whatever you should do. Nanti jumpa aku dekat rooftop. Bawa sekali semua barang yang kau dapat daripada stalker kau tu. Alright?"

Arisha menganggukkan kepalanya.

Ivan melepaskan pegangannya pada lengan Arisha bila gadis itu membuka langkah untuk masuk ke dalam rumah. Dia kembali memandang Ivan. "Thanks, Ivan." Arisha mengenggam tangannya. "For today."

•••••

awwwww our ivan dan arisha dah lovey dovey ke ni 👀

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now