9 • as long as you're safe

25.1K 1.2K 50
                                    

"Kau jaga dekat depan pintu dari semalam ke?"

Ivan hanya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan daripada Rayyan itu. Kepalanya direhatkan pada belakang sofa di ruang tamu rumah Arisha itu sambil matanya dipejamkan buat seketika.

Rayyan menggelengkan kepalanya. "Pergi baliklah Ivan. Aku nampak kau dah macam mayat hidup pun ada ni. Berapa malam dah kau tak tidur ni?" ujar Rayyan, sangat peka terhadap insomnia yang dihadapi oleh kawannya itu. Ketika dia dan Ayyara sampai tadi, Ivan masih berada di luar rumah Arisha.

"I can't sleep almost every night, Rayyan. What are you on about?" Ivan menjawab malas.

"Kau ada ambik tak ubat yang doktor bagi?" Dahinya berkerut menyoal. Jika sesuatu yang paling dia risau tentang Ivan, ianya ialah insomnia yang dialami oleh jejaka itu sejak mereka kecil lagi. Tetapi dulu, insomnia Ivan tidaklah seteruk sekarang. Jika dulu, Ivan hanya ada masalah untuk tidur tetapi selepas beberapa jam, dia pasti tertidur. Tetapi sekarang, jejaka itu boleh berjaga sampai beberapa hari tanpa tidur.

"Kau tahu semua ubat tu tak berkesan dekat aku, Rayyan," jawab Ivan biasa.

"Kau merokok lagi ke? Kopi? Kau minum lagi?"

Ivan mengetap bibir. Dia membuka matanya dan memandang Rayyan yang duduk berhadapan dengannya. "Are you being serious right now? Adik ipar kau baru je jumpa pembunuh semalam dan sekarang kau lagi ambik berat pasal aku ni kenapa?" Keningnya dijongketkan sebelah, mulai menyampah dengan jejaka itu.

"Because you are being unhealthy, Ivan. Kau pergi lagi tak appointment dengan doktor? Jangan sampai aku sendiri yang heret kau paksa kau duduk depan doktor. You need to get your insomnia cured, Ivan. Apa yang kau nak buat dengan hidup kau kalau kau terus macam ni?"

"I never wanted to do anything."

Rayyan mengetap rahangnya mendengar jawapan daripada kawannya itu. "Kau.." Kata-katanya tidak diteruskan bila melihat Ayyara yang baru keluar dari bilik Arisha. "Macam mana dengan Arisha?" soalnya bila isterinya itu melangkah ke arahnya. "She's okay?" soalnya lembut bila Ayyara masih tidak menjawab.

"She's not but she insisted that she's okay. She got a fever, mungkin sebab terkejut," jawab Ayyara sebelum menoleh pada Ivan. "Thanks Ivan sebab jaga Arisha malam tadi."

Ivan hanya mengangguk.

Rayyan mengerling juga pada Ivan sebelum kembali memandang pada isterinya. "You tak ajak Arisha duduk sekali dengan kita? I'm okay if she want to stay with us," beritahunya.

Ayyara geleng. "I dah ajak tapi dia tak nak. Dia tak nak susahkan both of us."

"She won't."

"I told her that too. Tapi dia tetap degil nak duduk sini juga. Dia cakap she's gonna be okay." Ayyara menghelakan nafasnya. Jari-jemarinya dimainkan dengan satu sama lain. "That is so Arisha, so independent. Even dah macam ni pun dia masih nak duduk seorang sebab tak nak menyusahkan orang lain. She always says she's okay even though she's not."

Rayyan menggengam lembut jari-jemari Ayyara.

"Sorry for disturbing but.." Ivan yang tiba-tiba bersuara membuatkan Ayyara dan Rayyan serentak memandangnya. Rayyan menjongketkan keningnya, tanda menyuruhkan kawannya itu meneruskan kata-katanya.

Ivan berdehem sekejap. "Since Arisha insists on staying here, how about a bodyguard?"

"A bodyguard?" Rayyan mengerutkan keningnya sebelum dia memandang Ayyara. "That's a good suggestion. Kita boleh upah bodyguard untuk jaga Arisha sementara polis buat kerja diaorang untuk tangkap pembunuh tu. So that both you and Arfan tak perlu nak risau sangat dengan Arisha. How about that?" soal Rayyan.

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now