Cahaya matahari yang menyelinap masuk melalui celah-celah langsir sedikit sebanyak menganggu lena Arisha. Badannya yang terasa dirangkul erat oleh sepasang tangan digerakkan perlahan dan jarinya naik menggosok matanya bila dia mulai membuka mata.
Dengkuran halus di sebelahnya membuatkan Arisha memalingkan wajahnya ke tepinya, di mana dia dapat melihat dengan jelas bagaimana Ivan lena di sebelahnya, sambil memeluk badannya. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Sejak mereka kahwin, ini kali pertama dia bangun dan melihat Ivan masih lena.
Arisha memalingkan tubuhnya untuk berbaring mengiring, menghadap suaminya yang masih lena. Ditelitinya wajah lena suaminya sambil tangannya naik mengelus lembut bingkai wajah Ivan. Matanya kemudian jatuh pada bahu Ivan yang terdedah memandangkan jejaka itu tidur tanpa berbaju. Beberapa kesan merah jelas pada bahu dan leher jejaka itu, membuatkannya mengemam bibirnya. Pipinya serta-merta naik merah saat memori semalam menerjah mindanya semula.
Sungguh, dia merasakan apa yang terjadi semalam sangat unreal. Ivan selalu berlaku caring dengannya, melayannya seperti seorang puteri sebelum ini. Tetapi Ivan yang semalam? Sangat dominan, sangat alpha dan sangat protective yang membuatkannya seperti ditakluki dan dimiliki oleh jejaka itu sahaja. To not remember their first? Impossible. Kerana semua yang dilakukan oleh Ivan, semua yang keluar dari mulut jejaka itu, setiap sentuhan jejaka itu seolah-olah telah dipaku pada mindanya.
"Fikir apa?"
Suara serak basah Ivan serta-merta menyentakkan Arisha dari terus mengulang kembali apa yang berlaku semalam. Dia kembali memandang Ivan yang sudah memandang tepat padanya. "Haa?"
Ivan diam sejenak sebelum dia memaut badan Arisha agar makin rapat dengannya. Sebuah kucupan dihadiahkan pada dahi isterinya. "Good morning, princess," ucapnya tanpa mengulang kembali soalannya tadi. Matanya dipejamkan kembali.
"Good morning." Arisha mendongak untuk memandang suaminya. "Awak tidur?" soal Arisha lembut. Tangannya diletakkan pada dada bidang Ivan.
Ivan diam sejenak. Dia kembali membuka matanya dan tunduk memandang isterinya. Bibirnya mengucup lembut dahi Arisha. "Hmm.. aku tak ingat bila aku tidur. Tapi.. yes, aku tidur."
Arisha senyum kecil. Rahang Ivan diciumnya lembut. "That's good." Tangannya mengusap lembut rahang suaminya. "Ni first time awak tidur lama sampai pagi macam ni."
"Mungkin sebab kau ada."
Terjongket kening Arisha. "Awak.. merepek?"
"No," jawab Ivan. Matanya kemudian jatuh pada batang leher Arisha yang dipenuhi dengan kesan-kesan merah. Senyuman kecil terukir di bibirnya sambil tangannya naik dan mengelus batang leher isterinya itu. "You are.." Ivan memandang kembali pada wajah isterinya. "So mine."
Pipi Arisha kembali naik merah.
Ivan menarik sengih. "Are you okay?" soal Ivan lembut. "Ada sakit dekat mana-mana?"
Arisha geleng. "Saya cuma.. penat."
Ivan angguk perlahan. Kucupan lembut disinggahkan pada dahi isterinya. "Stay on bed. Nanti aku masak breakfast," beritahu Ivan.
"Eh, takpe! Saya boleh bangun!"
Ivan geleng. "No, princess. Stay here. Kalau kau nak mandi sekarang, aku hantar masuk bilik air. Atau kau nak aku mandikan?" Bibir Ivan menyungging senyuman nakal membuatkan Arisha terus menampar lembut dadanya.
Ivan tergelak saat melihat wajah merah malu gadis itu. Diselakkannya selimut yang menutup badannya sebelum dia bangun dari atas katil. Rambutnya ditolak ke belakang sebelum dia kembali memandang Arisha yang juga sudah duduk di atas katil. Oversized t-shirt putih yang tersarung pada badan gadis itu menambahkan lagi how sexy that girl is on this very morning.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...