Debaran di dada cuba untuk tidak dihiraukan apabila rumah dua tingkat milik Arfan dan Airis itu kelihatan. Arisha mengetap bibirnya sambil bermain dengan jari-jemarinya untuk menenangkan dirinya. Mindanya mula memainkan pelbagai reaksi yang akan diberikan oleh Arfan jika dia dan Ivan memberitahu akan rancangan mereka untuk settle down. Dia sangat mengenali abangnya itu. Walaupun mereka tidak rapat as kids, tetapi setelah Megat Awatif mendapat hukuman - Arfan tidak pernah gagal menunjukkan bahawa dia mengambil berat tentang dirinya dan juga Ayyara.
"Princess." Suara Ivan menariknya kembali ke alam realiti. Jari-jemarinya dipisahkan oleh Ivan apabila tangan besar jejaka itu meraih dan mengenggam tangannya. "You're okay?" soalnya biasa. Dia tahu Arisha pasti sedang gementar kerana sejak mereka dalam perjalanan ke sini, hanya kesunyian yang mengisi ruang di antara mereka. Dan gadis itu tidak berhenti bermain dengan jari-jemarinya.
"I'm not sure." Arisha menjawab ringkas. Kepalanya ditundukkan untuk memandang genggaman Ivan pada tangannya yang tampak kecil di dalam tangan Ivan. Dia bukanlah typical small hands girl, tetapi tangan Ivan manage to cover almost all of her hand.
"About us?"
"No." Arisha laju memandang Ivan bila mendengar soalan jejaka itu. "Us is the only thing I'm sure of now, Ivan," sambungnya, membuatkan senyuman tipis terukir di bibir jejaka itu.
"Then, that's all matter, princess." Ivan menyelitkan helaian rambut Arisha ke belakang telinga gadis itu. "Don't worry about your brother. We're in this together princess. Kalau dia tak restu, I'll do anything to convince him how much I'm in love with you and how far I would go for you."
Arisha senyum kecil bila mendengar itu. Kepalanya dianggukkan. "Thank you for doing this," ucapnya lembut.
"Anything for you, princess."
~
Arfan bersandar pada sofa sambil menyilangkan kakinya. Tangan kanannya didepakan dan diletakkan di belakang sofa sambil matanya lurus pada Ivan dan Arisha yang duduk di hadapannya. Daripada Ivan, matanya beralih pada Arisha sebelum kembali pada Ivan dan kemudiannya kembali pada Arisha dan begitulah seterusnya sehinggalah Airis datang sambil membawa dulang yang berisi jus untuk mereka.
Airis kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelah Arfan. Matanya sempat bertembung dengan mata Arisha. Senyuman kecil diberikannya untuk gadis itu sebagai tanda dia ada untuk menyokongnya. Tangan Arfan biasa direhatkan pada bahu Airis bila isterinya duduk di sebelahnya sebelum akhirnya dia membuka suara, "korang nak kahwin?"
Ivan mengangguk yakin dan Arisha hanya diam. Dia tunduk memandang jari-jemarinya yang diletakkan pada ribanya. Degupan jantungnya semakin laju dan semakin jelas pada pendengarannya sendiri.
Arfan menghelakan nafasnya sebelum dia bangkit dari sofa itu. "I need to talk to you alone, Ivan. Arisha tunggu sini dengan Airis," arah Arfan sambil dia melangkah ke arah sliding door yang memisahkan ruang tamu rumah itu dengan taman mini di luar rumah.
Ivan sudah bersedia hendak bangkit untuk mengekori Arfan bila Arisha menarik lembut lengan sweatshirt yang dipakainya membuatkannya kembali memandang Arisha. Wajah gadis itu jelas terpancar kerisauan membuatkan Ivan senyum kecil. "Don't worry. I got this. Tunggu sini kejap," pujuk Ivan ringkas sebelum dia bangkit dan kemudiannya mengikut langkah Arfan keluar.
Arfan berdiri tegak di hadapan kolam ikan kecil yang terdapat di taman mini itu. Kedua-dua tangannya disatukan di belakang badannya sambil matanya lurus pada ikan-ikan yang berenang di dalam kolam itu. Ivan mengambil tempat di sebelah Arfan dan juga menjatuhkan pandangannya pada ikan-ikan di dalam kolam tersebut.
"Kenapa kau nak kahwin dengan adik aku?" Arfan memecahkan kesunyian di antaranya dengan Ivan dengan soalan itu. Dia masih tidak menoleh kepada Arisha.
"Sebab aku cintakan dia." Ivan menjawab yakin, juga tidak memandang wajah jejaka di sebelahnya. Walaupun wajahnya kelihatan tenang, hanya Tuhan yang tahu bertapa berdebarnya dia bila mengaku akan perasaannya kepada orang lain selain daripada Arisha sendiri.
"How much?" Arfan akhirnya menoleh kepada Ivan.
"Enough to sacrifice myself for her," Ivan memusingkan badannya untuk memandang Arfan. Matanya lurus pada mata jejaka itu. "Arfan, I'm not sure how to convince you to let me have your sister for the rest of my life but you can kill me if I ever betrayed her, if I ever unloved her - because I can't imagine how I'll live without loving her. Loving your sister is not a choice but it's the only way I'll live. I rather be dead if I can't have her in every way I can."
Arfan diam. Matanya lurus pada Ivan. Dia bukanlah seorang abang yang suka membantah keputusan adik-adiknya. Bahkan ketika Ayyara hendak membangunkan semula Edspired, walaupun dia kurang bersetuju dengan keputusan wanita itu, namun kerana Ayyara berkeras, dia tetap memberikan sokongannya kepada Ayyara. Dan sekarang, bila Arisha membuat keputusan untuk settle down dengan jejaka di hadapannya ini - perasaannya bercampur ; risau, gembira, bersyukur dan sebagainya. Namun mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Ivan itu, Arfan tahu jejaka itu mencintai Arisha lebih daripada Arisha mencintai dirinya sendiri. Tambahan, bila Arisha - adiknya yang mempunyai anxiety, panic attack, trust issue itu sanggup untuk membuka hatinya untuk menerima seseorang dalam hidupnya, dia tahu Arisha sangat mencintai dan mempercayai Ivan untuk bersama dengannya.
"Aku dah pernah cakap dekat kau bila aku tanya kau suka adik aku ke tak dan aku akan cakap benda yang sama." Arfan menghelakan nafasnya perlahan. "I know 100 ways to kill someone and make 90 of them look like an accident. So kalau kau tak nak jadi orang pertama yang aku cut open without any medical purpose, treat my sister right. Sebab kalau sekali kau sakitkan dia, walaupun sikit pun - aku takkan teragak-agak untuk ambik dia balik daripada kau. This one chance I give to you to protect and love her endlessly is also your last chance. So make use of it. Rightfully and properly. Do we have a deal?"
"It's not a deal. It's a promise I made to both you and Arisha." Rasa berat di bahunya mulai berkurang apabila Arfan memberikan restunya. The only thing I need to deal with now is my own family and her father.
~
"Abang."
Arfan yang sedang menidurkan Aurelia dan Aurora menoleh pada Arisha yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu. Arisha melabuhkan punggungnya di sebelah Arfan. Tangannya dimainkan dengan satu sama lain. "Thanks," ucapnya sepatah membuatkan Arfan berkerut dahi.
"For?"
"Sebab bagi Ari kahwin dengan Ivan."
"That's because I want you to be happy and you deserve every happiness in this world." Arfan senyum kecil. "So be happy small sister."
Arisha mengangkat kepalanya memandang Arfan saat mendengar itu. Bibirnya mengukir senyuman kecil. "Thanks."
"Tapi Ari," Arfan meraih lembut tangan Arisha. "You're still my sister walaupun nanti Ari dah kahwin. Jadi kalau Ari perlukan seseorang other than Ivan, you can always come to me. I never had a chance to be a good brother for you before but I promised you, as long as I live, I'll always be by your side."
Having someone to love and care for you romantically is one thing. But having a brother who never forget his responsibility even after he had his own family is another thing to be grateful of.
•••••
oh, to be Arisha - a partner and a brother that willing to do anything for her :))
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...