41 : ready

38.8K 1.3K 60
                                    

Arisha memandang pantulan imejnya pada full body mirror di sudut biliknya. Tangannya mengusap lembut gaun pengantin yang tersarung cantik di tubuhnya. Gaun putih yang berlengan panjang itu disempurnakan lagi dengan veil panjang yang disangkutkan pada rambutnya yang disanggul gaya low bun. Beberapa helai rambutnya dijatuhkan di sisi wajahnya yang disolek cantik dan natural.

Bunyi ketukan pada pintu bilik menyentakkan Arisha dari terus termenung memandang pantulan imejnya sendiri. Bibirnya diketap sambil dia menahan debaran di dadanya saat daun pintu bilik tidurnya itu dibuka daripada luar, di mana Ayyara dan Arfan muncul. Buat seketika, kedua-dua mereka kaku di hadapan pintu saat melihat penampilan Arisha itu.

"This is so.." Mata Ayyara bergerak dari hujung gaun yang dipakai oleh Arisha hingga naik ke wajah gadis itu. "Perfect." Kakinya melangkah perlahan ke arah Arisha sambil dia cuba menahan air mata daripada terjatuh dari kelopak matanya. Jujur, melihat adiknya dalam persalinan pengantin seperti ini membuatkannya rasa sebak dan juga gembira.

Arisha mengukir senyuman tipis untuk kakaknya itu. Dan apabila Ayyara menarik badannya ke dalam pelukan, senyumannya mati dan matanya dipejamkan. Bibirnya diketap untuk menahan air mata daripada jatuh.

"Trust me, I'm trying to not crying but.." Ayyara melepaskan pelukannya dan tangannya naik mengipas matanya, membuatkan tawa kecil lepas daripada Arisha.

"Don't be so dramatic, Ayyara." Arfan bersuara dari belakang. Dia melangkah ke arah dua adiknya itu. Sempat dia menjeling pada Ayyara yang mencebik sebelum matanya jatuh pada Arisha dan bibirnya mengorak senyuman.

"The dress looks beautiful on you."

Arisha senyum mendengar pujian abangnya itu. "Thanks to you," balasnya lembut. Jika diikutkan olehnya, dia ingin memakai gaun buatan dirinya pada majlis akad nikahnya. Tetapi, Arfan datang kepadanya dan menghadiahkan sehelai gaun pengantin untuknya kerana abangnya itu ingin dia mempunyai sehelai persalinan yang dipilih oleh seseorang yang bergelar keluarga kepadanya. Arfan ingin pada suatu hari nanti apabila Arisha melihat gaun ini, Arisha akan ingat padanya.

Arfan mengeluarkan sebuah kotak kecil dari dalam poket baju Melayu yang dipakai olehnya membuatkan mata Arisha turun pada kotak baldu yang berwarna biru itu. Arfan kemudiannya membuka kotak tersebut, memaparkan seutas gelang. Dikeluarkannya gelang itu sebelum dia kembali memasukkan kotak tadi di dalam poket bajunya.

Tangan Arisha ditarik lembut dan dengan biasa, dia memakaikan gelang tersebut pada pergelangan tangan adiknya itu. "Congrats on your marriage." Bibirnya diketap. Entah kenapa matanya seakan berair. "Aku nak kau bahagia, Arisha. Like, I want you to live your life for yourself now." Arfan mengangkat wajahnya untuk memandang Arisha. "So, be happy, little sister."

Arisha mengemam bibirnya dan menganggukkan kepalanya. "I will."

Arfan mengorak senyuman tipis dan mengangguk. "Kalau ada apa-apa yang berlaku and you need someone to lean on, please run to me. Aku akan sentiasa ada untuk kau." Bahu Arisha diusapnya lembut. "You are never alone, Arisha. Aku, Yara.. and now, kau ada Ivan dalam hidup kau. Jadi aku tak nak kau pendam perasaan atau apa-apa lagi sebab kau ada kitaorang. Kau ada abang, kau ada kakak.. dan kau akan ada suami."

Arisha menganggukkan kepalanya. "Thanks," ucapnya perlahan. Tangan Arfan diraihnya lembut dan disalamnya. Dahinya dijatuhkan pada belakang tangan Ivan. Matanya dipejamkan buat seketika. "Thank you for everything, abang. I owe you a lot," beritahunya sebelum dia kembali mengangkat kepalanya untuk menatap wajah Arfan.

Arfan senyum tipis. "Just be happy for me, Arisha. Only then I'll allowed myself to be fully happy. Sebab tanggungjawab aku pada kau dan Ayyara dah selesai. Tanggungjawab aku untuk jaga kau sampai kau jumpa seorang lelaki yang mampu jaga kau lebih baik daripada aku dah habis. So be happy for me and for yourself. Because if you're not, I'll never forgive myself for giving him the permission to have you as his wife."

Sungguh, Arisha berasa sangat bertuah saat itu mempunyai seorang abang yang menjadi figura seorang ayah dan juga ibu kepadanya. Walaupun dia membesar tanpa begitu rapat dengan abangnya itu, tetapi sejujurnya, sejak apa yang berlaku pada keluarga mereka berkaitan dengan Megat Awatif dahulu - Arfan tidak pernah gagal walau sesaat pun untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang abang kepadanya dan juga Ayyara.

"Abang."

Arfan menjongketkan keningnya. "Hm?"

"Can you do one last thing for me?" Arisha menyoal perlahan tanpa melepaskan pandangannya daripada wajah Arfan.

"Apa dia?"

"Teman Ari sampai majlis selesai."

~

Seperti permintaan daripada Arisha, Arfan yang membimbing Arisha menuruni tangga rumah agam itu. Tangan Arisha memaut kuat lengannya, seolah-olah meminta kekuatan daripadanya apabila berpasang-pasang mata melihat ke arah mereka.

"You're gonna be okay, don't worry." Arfan berbisik biasa untuk menenangkan adiknya itu daripada debaran. Dia tahu bahawa gadis itu mempunyai anxiety. Maka, tangannya memegang lembut jari-jemari Arisha serta diusapnya perlahan.

Arisha hanya menundukkan kepalanya sepanjang kakinya menuruni tangga rumah itu untuk menuju ke arah pelamin yang telah didirikan di ruang tamu rumah tersebut. Pegangannya pada jambak bunganya menjadi kuat saat kakinya melangkah pada lantai ruang tamu dan menuju ke arah pelamin melalui tetamu-tetamu yang ada.

Majlis akad nikah dia dan Ivan dijalankan di rumah keluarga mereka dan hanya keluarga dan rakan terdekat yang dijemput hadir. Arisha dan Ivan tidak mahu majlis akad nikah mereka dipenuhi dengan wartawan-wartawan yang menginginkan liputan. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk membuat majlis tertutup dan hanya menjemput dua orang wartawan dan jurugambar untuk datang.

Arisha akhirnya melabuhkan punggungnya di atas pelamin yang dihiasi cantik. Arfan mengusap lembut bahu Arisha dan dipicitnya lembut untuk membantu gadis itu bertenang sebelum dia akhirnya melangkah ke arah di mana Ivan duduk. Arfan menepuk perlahan bahu Ivan yang duduk berhadapan dengan tok kadi membuatkan Ivan menoleh ke arahnya.

Arfan menyungging senyuman nipis bila melihat wajah jejaka itu. Walaupun Ivan mempamerkan riak wajah yang tenang, Arfan masih dapat melihat raut raut gementar pada wajah jejaka itu. "Don't be panic and say the akad secepat yang mungkin. Because trust me, my sister look so damn gorgeous right now. I promise you that you won't dare to look away once you set your eyes on her. So don't waste your time."

Ivan mengetap bibir. Sungguh, tika itu dia hanya ingin memusingkan badannya untuk mencari kelibat Arisha. Maka, dia terus kembali memandang tok kadi di hadapannya dan nafas ditariknya dalam sebelum dihembuskan.

"Sedia?"

Ivan angguk. "Sedia."

•••••

AAAAAAAAAAA WE ARE ONE STEP AWAY FROM IVAN AND ARISHA'S MARRIAGE LIFE !! 

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now