3 • princess

31.3K 1.3K 19
                                    

Bunyi air yang mengalir keluar jelas kedengaran di dalam bilik air tersebut. Arisha mencuci mulutnya sebelum dia memandang pantulan imejnya pada cermin di hadapannya. Matanya berair akibat rasa pedih memuntahkan isi perutnya sebentar tadi. Jarinya naik mengenggam loket yang tergantung di lehernya bagi menenangkan dirinya daripada serangan paniknya sebentar tadi. Matanya dipejamkan buat seketika. Banyak-banyak orang yang perlu menyaksikan dia diserang panic attack itu, kenapa Ivan?

Nafas dihelakannya perlahan sebelum dia akhirnya menutup paip air. Setelah memastikan penampilannya kembali seperti biasa, dia akhirnya membuka langkah untuk keluar daripada bilik air itu.

"Are you done?"

Suara yang menyapanya sebaik sahaja dia keluar membuatkan Arisha berpaling segera ke arah suara itu. Ivan bersandar pada dinding di luar bilik air itu sambil meletakkan tangannya di dalam poket seluarnya. Arisha menelan liur pahit di dalam mulutnya sebelum mengangguk.

Ivan meneliti wajah pucat Arisha sebelum dia melangkah untuk mendekati gadis itu. Sebotol air mineral dihulurkan kepada Arisha membuatkan Arisha menjongketkan keningnya.

"Aku dah suruh cleaner bersihkan depan ballroom tadi," beritahu Ivan biasa sambil tangannya masih setia menghulurkan air mineral kepada Arisha. "I thought you might need some water. Do you need this?" soalnya bila Arisha masih lagi tidak menyambut hulurannya itu.

"Oh," Arisha akhirnya mengambil air mineral tersebut daripada tangan Ivan. "Thank you."

Ivan tidak menjawab apa-apa. Malah, dia mengatur langkah untuk beredar, namun langkahnya terhenti di sebelah Arisha. Dia menoleh pada gadis itu. "Stay in the present, Arisha."

Arisha menoleh pada Ivan saat mendengar kata-kata itu. Matanya membalas panahan mata whiskey Ivan. Tangannya mengenggam kuat botol air di tangannya sambil memberanikan diri untuk bersuara, "what?"

Ivan menatap gadis itu buat seketika sebelum menggelengkan kepalanya. "Get some rest, princess," ujarnya sebelum akhirnya menyambung langkahnya tadi.

Terkebil-kebil Arisha bila mendengar perkataan princess keluar daripada bibir Ivan. What did he called me? Arisha memalingkan badannya untuk memandang jejaka itu yang sudah menjauh daripadanya. Nafasnya dihelakan sebelum dia menyusun langkah untuk kembali ke ballroom.

~

Setelah memastikan ruang ballroom itu kosong, Ivan melangkah keluar. Lehernya diregangkan sambil dia melangkah ke dalam lif untuk turun ke tingkat bawah bangunan hotel itu. Kot yang tersarung pada badannya ditanggalkan daripada badannya dan diletakkan pada lengannya. Tika itu juga, pintu lif terbuka luas. Ivan melangkah keluar.

Dalam dia melangkah untuk keluar dari bangunan hotel tersebut, matanya jatuh pada susuk tubuh yang bersandar pada dinding di luar hotel. Arisha. Gadis itu masih lagi memakai gaun yang dipakainya tadi kecuali blazer yang dipakai olehnya tadi telah ditanggalkan. Di tangannya terdapat jaket hitam yang dipeluknya erat ke dadanya. Rambutnya yang tadi dilepaskan kini disanggul gaya messy bun.

Arisha yang menyedari kehadiran Ivan itu membuatkannya mengangkat muka untuk memandang jejaka itu. Buat seketika, mata mereka saling bertembung. Dan seperti biasa, Arisha merupakan orang pertama yang memutuskan eye contact mereka itu. Jarinya mengenggam kuat jaket di dalam pelukannya itu bagi mengumpul kekuatan untuk mendekati jejaka itu.

Jaket yang diberikan oleh Ivan kepadanya tadi dihulurkan kepada Ivan sebaik sahaja dia tiba di hadapan jejaka itu. "Terima kasih bagi saya pinjam jaket awak tadi," ucap Arisha.

Ivan memandang huluran gadis itu sebelum matanya dibawa untuk menatap wajah Arisha. Tangannya menyambut huluran Arisha itu. Dibukanya lipatan jaket tersebut sambil dia mengambil beberapa tapak untuk mendekati Arisha. Tanpa kata, dia mendekatkan badannya kepada badan Arisha. Matanya menatap tepat pada anak mata hazel Arisha.

"W..what.." Kata-kata Arisha berhenti di situ bila Ivan memakaikan jaket itu pada badannya. Wangian Ivan jelas mulai menguasai deria baunya bila jejaka itu berada sangat dekat dengannya seperti itu.

Ivan mengusap lembut bahu Arisha yang berlapik dengan jaket hitam miliknya itu. "It's cold," tuturnya biasa sebelum kembali menjauhkan jarak mereka.

"Tapi.."

"Pulangkan lain kali." Usai menuturkan itu, Ivan menyambung langkahnya, meninggalkan Arisha di situ. Arisha terus memalingkan badannya untuk memandang Ivan.

Dalam Arisha ralit mengikut langkah Ivan dengan matanya, dia langsung tidak menyedari bahawa dirinya diperhatikan dari kegelapan di tempat parkir kereta hadapan hotel tersebut.

"My sweet Arisha."

~

Ivan meletakkan kunci kereta dan juga coat yang di tangannya di sudut katil sebelum dia akhirnya menghempaskan badannya di atas katil. Matanya dipejamkan buat seketika. Bukan untuk tidur kerana dia mempunyai insomnia yang teruk.

Getaran yang terhasil dari telefonnya menandakan ada panggilan yang masuk membuatkannya membuka mata. Tangannya mencapai telefon yang terletak di sisi katil dan nama pemanggil dibaca bersama keluhan di mulutnya. "What is it this time, Ilaria?"

"Can you please come back here and fix this whole mess you've created because trust me, I'm very close to kill your fucking brother because he fucked up the whole meeting!"

Ivan memicit batang hidungnya. "What did he do?"

"He punched someone during the board meeting and that someone happens to be our biggest investor. Do you expect me to tolerate him and his anger issue?"

Ivan bangun dari katil dan melangkah ke arah balkoni yang dipisahkan dengan pintu gelongsor. "Punish him then. Ask him to clean up his own mess," balasnya sambil membuka pintu gelongsor itu. Kakinya melangkah keluar ke balkoni biliknya. Keluhan daripada gadis di hujung talian itu kedengaran. "I'm sorry for putting you in this shit."

"I really do this only because you asked me to."

"Thanks, Ilaria."

"Did you find her already?"

Mata Ivan yang tadinya pada langit kembali dibawa ke tangannya bila mendengar soalan daripada Ilaria itu. "No."

"I'm just helping you for one year, Ivan. Since three months had passed, you have another nine months."

"I know that much."

"You really don't need my help?"

"No."

"Fine. I need to go now by the way. Talk to you later."

"Sure," Ivan hanya membalas sepatah sebelum dia menamatkan panggilan.

Skrin telefonnya yang sudah menjadi gelap ditatap. Nafasnya dihelakan sebelum dia kembali masuk ke dalam biliknya. Dia melangkah ke arah meja di sudut bilik tidurnya itu. Laci ditarik dan sebuah sampul surat bersaiz A4 yang sudah tersimpan dalam laci meja itu selama sebulan dibawa keluar.

Matanya memandang sampul surat yang langsung tidak pernah dia buka itu. Apa yang kau cari sepanjang kau hidup ada dalam tu, Ivan. You are very close to find her and yet, here you are, wasting your time. Kenapa? Sebab kau takut dengan realiti?

Ivan menghelakan nafasnya sebelum dia kembali meletakkan sampul surat tersebut ke dalam laci meja. It's not the time yet. Suara hatinya bersuara membantah suara di kepalanya. Dia melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

••••

Arisha and Ivan's story probably the hardest to write :))

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now