72: first page

26.6K 1K 17
                                    

Bilik kerja Arisha ditujunya selepas membersihkan dirinya. Pintu bilik kerja gadis itu yang terbuka kecil ditolak perlahan, tidak mahu menganggu Arisha yang sudah mula bekerja dari pagi lagi. Wajah Arisha yang dipancari cahaya matahari pagi ditatap. Gadis itu menyanggul rambutnya kepada gaya messy bun dan dibiarkan helaian rambutnya jatuh di sisi wajahnya. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat Arisha memakai baju miliknya. So mine.

"Princess."

Arisha yang sedang menumpukan sepenuhnya perhatiannya pada kanvas di hadapannya tersentak mendengar panggilan Ivan. Kepalanya diangkat dan matanya ditumpukan kepada Ivan yang melangkah ke arahnya.

Ivan menguntum senyuman. "Princess, I think I should just scold Nevan for keeping you this busy even during weekend," kata Ivan sambil berdiri di sebelah isterinya. Sempat matanya mengerling pada kanvas isterinya yang masih belum siap.

Arisha menarik sengih. "Bukan awak juga ke yang suruh dia buka balik galeri tu?"

"Tapi aku tak expect dia akan jumpa kau untuk minta tolong. That boy literally give me a whole reason to hate him even more." Ivan menggelengkan kepalanya, tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh Nevan.

"We all know you do love him," tukas Arisha biasa. Pensel di tangannya diletakkan di atas meja sebelum dia memusingkan badannya untuk menghadap suaminya. "Saya nak tunjuk sesuatu dekat awak tapi saya nak awak tutup mata dulu, boleh?" pinta Arisha.

Terangkat kening Ivan bila mendengar permintaan tiba-tiba Arisha. "Kenapa aku kena tutup mata dulu?" soalnya kemudian.

"Sebab saya nak prepare dulu dan saya tak nak awak tengok masa saya tengah prepare. So, please close your eyes suami," pinta Arisha untuk kedua kalinya.

Ivan mengecilkan matanya sebelum "fine."

Sengihan terbentuk di wajah Arisha apabila Ivan akhirnya menutup matanya. Tangan Ivan dilepaskan sebelum dia menolak sedikit kerusi yang didudukinya. Kertas kanvas di atas mejanya kini diturunkan sebelum dia menundukkan badannya untuk mengambil sebuah kotak yang besar dari bawah meja. Diletakkannya di atas meja sebelum dibukanya penutup kotak tersebut. Senyuman terukir di bibirnya bila melihat sebuah lukisan miliknya yang diposkan oleh Airis kepadanya.

"Princess, can I open my eyes now?"

"A minute, Ivan." Arisha mengeluarkan lukisan tersebut dari dalam kotak itu dan diletakkannya dengan kemas di atas meja. Kotak tadi kembali diletakkan di bawah meja sebelum dia memandang kembali pada Ivan. "You can open your eyes now."

Ivan membuka perlahan matanya dan dikelip-kelipkannya seketika untuk menjelaskan pengelihatannya pada Arisha yang hanya senyum. Matanya kemudian jatuh pada lukisan di atas meja. Berkerut dahinya bila melihat lukisan tersebut. Lukisan hitam putih itu terbahagi kepada dua bahagian. Separuh daripada kanvas tersebut terlukis pasangan yang sedang berdiri menghadap satu sama lain yang berlatar belakangkan pantai dan sunset dalam tona warna hitam dan putih sahaja. Manakala di separuh lagi kanvas tersebut terlukis bayangan pasangan yang sama sedang menari dengan keadaan tangan jejaka itu memeluk erat badan sang gadis dan bibirnya melekat di dahi gadis itu. 

"Is this.." Ivan membawa matanya kembali ke wajah Arisha. "Us?" soalnya dengan keningnya dijongketkan.

Arisha menganggukkan kepalanya. "Awak ingat lagi masa kita dekat pantai sebelum saya keluar dari rumah kita masa tu?" soal Arisha lembut.

"I don't even want to remember that."

Arisha senyum kelat. "Me too. Tapi after apa yang jadi, lepas awak ambik lukisan Ibu Suraya daripada saya even it's the fake one, I was not in a really right state of mind. So saya buat apa-apa je yang saya mampu untuk lupakan awak, untuk lupakan kita." Arisha mengusap perlahan bahagian pertama lukisannya itu. "And I draw this, the moment when we ended everything when we both know it hurts us." Matanya kemudian beralih ke bahagian kedua lukisan tersebut. "And this is when you came as my date during Athenia's launching event. I know we don't dance together that day but I do hope we did."

Ivan memandang pada lukisan tersebut. Matanya kemudian jatuh pada bahagian bawah kanvas tersebut, di mana diisi dengan lukisan-lukisan kecil. "And what is this?" soalnya sambil mengusap lembut lukisan-lukisan itu.

"My favorite moments of us," ujar Arisha. Senyuman kecil terukir di bibirnya sambil jarinya juga menyentuh lembut petak pertama itu. "Our first meet, you giving me your jacket, your first meet with Leo, you reading and this is when you give me the wooden ring," Arisha menjelaskan satu-persatu setiap lukisan tersebut. Dia kembali mendongak memandang suaminya. "Do you like it?" tanyanya.

Ivan memandang wajah isterinya. "I love it princess. You're so talented and this is so perfect," pujinya ikhlas. Tangannya mengusap lembut batang leher isterinya. "I love it so much sayang. Sangat."

Arisha senyum. "I'm glad then because this is going to be the center of the exhibition next month."

"What?" Ivan menjongketkan keningnya. "You're telling me everyone got to see this as well? I thought you make this for me?"

Arisha menarik sengih. "I did. Tapi exhibition Nevan yang akan datang is about memories right? So I think this is going to be a good one."

"I see." Ivan menganggukkan kepalanya. "Now I have more reason to kill that brother of mine."

"No you don't want to."

Ivan menggulingkan biji matanya. "You really have to side with him and save him from everything now?"

"I'm his cheat code."

"Is this you telling me that you like him more than you like me?" Ivan berpeluk tubuh, mengundang gelak kecil daripada Arisha.

"And is this you telling me that you're jealous of your own brother?" Arisha sengaja mengangkat sebelah keningnya, mengusik suaminya itu.

"Me jealous of him? Nonsense."

"Uh-huh." Arisha menepuk beberapa kali lengan Ivan. "You know it doesn't harm you if you admit to the obvious right?" Senyuman nakal terukir di bibirnya.

Ivan merengus perlahan. Kerusi Arisha dipusingkan untuk menghadapnya. Tangannya dijatuhkan pada armrest kerusi tersebut dan badannya direndahkan sedikit untuk menyamakan paras mata mereka. "Listen carefully princess." Ivan merapatkan wajah mereka. "I don't share what's mine with anyone, I don't care if it's my brother or your brother. I don't share you with anyone princess. You are mine and only mine. You wear my fucking shirt and yet you really think you can like someone else better than you like me? Not even in your wildest dream."

Arisha senyum. Tangannya dilingkarkan pada leher Ivan dan ditariknya sedikit batang leher Ivan kepadanya dan terus bibirnya mengucup lembut bibir Ivan untuk seketika sebelum dia meloloskan badannya dari kurungan Ivan.

"Arisha.." Ivan membulatkan matanya pada Arisha yang melangkah menjauhinya.

"You really think I like someone else more than I like you? It's cute but too bad Ivan, there's no one else in my heart other than you." Arisha mengenyitkan matanya sebelum berlari keluar, meninggalkan Ivan di situ.

Ivan menguntum senyuman. Kepalanya digelengkan sebelum dia kembali memandang pada lukisan di atas meja itu tadi. Diambilnya dan diterbalikkannya, di mana matanya jatuh pada tulisan di sudut bawah lukisan tersebut.

the first page.

••••••

This sweet and possessive Ivan :)

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now