7 • a murder

25.2K 1.1K 48
                                    

"Apa semua ni?"

Mata Ivan tertumpu pada beg-beg kertas yang dipegang oleh Arisha. Dia kemudiannya membawa matanya untuk memandang wajah Arisha yang tampak agak lemah, seperti tidak cukup tidur.

"Untuk budak-budak dekat orphanage tu nanti. Awak dapat kan location yang saya hantar? Jom. Kita dah lambat." Tanpa mempedulikan tatapan Ivan, dia melangkah ke arah kereta Ivan. "Erm Ivan.."

Ivan menoleh pada Arisha yang masih berdiri di luar pintu kereta. Arisha mengisyaratkan pintu yang masih tertutup rapat dan kemudiannya mengangkat kedua-dua tangannya yang penuh. "Open the door for me, please?"

Ivan melangkah mendekati Arisha. Arisha mengambil beberapa tapak ke belakang bagi memberi ruang kepada Ivan. Pintu kereta dibuka oleh jejaka itu. Arisha senyum tipis. "Thanks," ujarnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun daripada jejaka itu kerana dia tahu Ivan tidak akan menjawab pun.

Arisha meletakkan beg-beg kertas yang berisi makanan untuk anak-anak di rumah anak yatim yang akan dia lawati sebentar lagi. Dia kemudiannya kembali berdiri menghadap Ivan. Salah satu beg kertas yang dibawa olehnya dihulurkan kepada Ivan. "This one is for you."

Ivan memandang huluran gadis itu. "Kau tak letak racun kan?"

Kata-kata spontan daripada Ivan membuatkan Arisha tergelak. Tangannya mencapai tangan Ivan dan pemegang beg kertas itu diletakkan di atas tangan Ivan. "Saya tak terfikir lagi nak bunuh awak. For now, of course," kata Arisha. "Let's go." Senyuman manis diberikan untuk jejaka itu sebelum dia memboloskan badannya ke dalam kereta.

~

"Berapa lama dah kau buat charity kat sini?"

Arisha yang sedang ralit melihat anak-anak di rumah anak yatim yang dia lawati itu bermain, menoleh pada Ivan yang tiba-tiba menegurnya. Jejaka itu biasa sahaja berdiri menyendeng pada tiang buaian yang diduduki olehnya. "Sorry?" Arisha kembali bertanya kerana dia tidak dapat menangkap soalan Ivan tadi.

"This. Since when?" Ivan hanya mengulang ringkas.

"Oh.." Arisha kembali membuang pandangannya ke hadapan mereka. "Since my 20th birthday," jawab Arisha ringkas.

"And how old are you now?"

"23."

"3 years."

Arisha mengangguk. Dia mengangkat wajahnya untuk memandang Ivan yang sudah menatapnya. "Kenapa awak tanya?" soalnya biasa. Tangannya naik untuk menghalang cahaya matahari yang memancar pada wajahnya membuatkannya tidak dapat melihat wajah Ivan dengan jelas.

Ivan mengambil beberapa langkah ke kiri, berdiri di hadapan Arisha, menghalang cahaya matahari dengan badannya. "Just wondering why did you do this."

Arisha terdiam sebelum menjawab dengan suara yang perlahan, "because I know what it feels like to be unwanted and ignored by your own parents."

Giliran Ivan yang terdiam bila mendengar kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Arisha, tidak menyangka Arisha akan memberi jawapan seperti itu. Dia tahu apa yang terjadi dalam keluarga gadis itu. Daripada Rayyan dan Arfan. Tetapi hanya surface of the story. Dia tidak tahu bagaimana masalah keluarga gadis itu memberi kesan kepada Arisha dan seteruk mana. Dia tidak tahu bagaimana gadis itu mengharunginya. Hard and terrible, maybe.

Mengenali Arisha untuk beberapa bulan walaupun mereka tidak pernah berbual lebih daripada 10 patah perkataan dengan satu sama lain sebelum ini, dia tahu gadis itu memendam seribu satu kisah walaupun gadis itu selalu beriak tenang di hadapan semua orang. Mata hazel gadis itu sentiasa berjaga, sentiasa memantau sekitarnya. Ada terselit ketakutan di mata hazel milik gadis itu. Yang membuatkannya rasa hendak melindungi gadis itu by all means from this cruel world.

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now