64: snow

25.3K 1.1K 31
                                    

"Princess."

Ivan mendekati Arisha yang sedang sibuk dengan kerjanya di ruang tamu. Daripada ruang tamu yang sebelum ni kosong, kini dipenuhi dengan kertas-kertas rekaan fesyen dan kain-kain yang digunakan oleh Arisha. Walaupun pada hari dia tidak bekerja, Arisha akan duduk di ruang tamu ini untuk menyiapkan segalanya sebelum butiknya mulai beroperasi pada bulan hadapan. Dia tidak pernah menghalang isterinya bekerja di rumah kerana tika isterinya itu menyiapkan persiapan butiknya, dia juga mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerjanya.

Arisha menoleh pada Ivan yang melabuhkan punggungnya di sebelahnya. Anak rambut yang jatuh di dahi dan menghalang pengelihatannya ditolak ke tepi. "Ya?"

Ivan memandang wajah mulus dan cantik isterinya itu. Rambut panjang Arisha yang selalunya dilepaskan, sekarang disanggul tinggi, menampakkan lehernya yang putih. "I need to talk," ujarnya ringkas. Tangannya meraih jari-jemari Arisha dan ditautkan dengan jari-jemarinya.

Kening Arisha bertaut. "Kenapa?"

"Aku kena pergi Hudson next Monday. Kau nak ikut?" soal Ivan biasa, tidak berharap kerana dia tahu isterinya juga sedang sibuk.

Arisha terkebil-kebil memandang suaminya. Ini ialah kali pertama Ivan keluar untuk bekerja di luar Manhattan sejak mereka berkahwin. "Awak pergi berapa lama?" soal Arisha.

"Aku plan untuk pergi sehari je. Manhattan ke Hudson bukan lama pun. Kalau kerja aku settle cepat dekat sana, probably I'll be back on Tuesday's morning," jawab Ivan.

"Ah.." Arisha diam sejenak. Pensel di tangannya digunakan untuk menggaru sisi dahinya. "Awak drive sendiri ke?" soal Arisha kemudian.

Ivan angguk. "Kalau kau tak nak ikut, nanti aku suruh Ezra datang ambik dan hantar kau ke butik."

"Hm.." Arisha memandang suaminya. "Kalau macam tu, saya nak ikut. Awak pergi sehari je kan? Nanti awak pergi meeting, saya boleh je siapkan kerja dekat hotel."

Terjongket kening Ivan. Dia memandang kertas-kertas yang memenuhi meja di ruang tamu mereka itu. "Are you sure princess? I don't mind at all kalau kau nak tinggal."

Arisha mengecilkan matanya. "Awak tak nak saya ikut ke ni?"

"No, of course no." Ivan laju menjawab. "Kalau kau nak ikut sekali, I'm more than happy sayang."

"Then it's settled. Saya ikut sekali."

~

"I don't expect it to snow today."

Arisha yang tadinya berbual dengan Nora di atas talian menoleh pada Ivan yang sedang memandu. Dia kemudiannya membuang pandangannya ke luar kereta, di mana jalan balik ke hotel mereka mulai dipenuhi dengan salji. Selepas sahaja Ivan habis mesyuarat dengan salah seorang kliennya di Hudson River. "Is it bad?" soal Arisha sambil kembali mengangkat telefonnya.

"It's better not or else we are going to stay here longer than we wanted," balas Ivan sambil matanya masih di jalan raya, berharap agar salji yang turun pada hari itu tidak seteruk yang dia bayangkan. Tangannya menekan butang untuk menghidupkan heater pada keretanya. "Are you okay?" soalnya samgil mengerling pada isterinya yang sedang menatap skrin telefonnya.

"Uh-huh." Arisha hanya membalas biasa. "Ivan, there's a snow storm 5km from here," beritahunya sambil masih menatap skrin telefonnya yang sedang menayangkan berita itu.

"Siapa cakap?"

Arisha mengerutkan hidungnya mendengar nada Ivan yang seperti tidak mempercayainya itu. "The local news said so. Are you doubting me right now?" soalnya.

Ivan menghelakan nafasnya. "It should be okay. Kita punya hotel tak jauh pun lagi," tuturnya.

"Or we can stop anywhere first? Bahayalah drive tengah-tengah salji macam ni," kata Arisha sambil dia mulai mencari sebarang tempat penginapan yang berdekatan dari lokasi mereka sekarang.

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now