Arisha menutup telinganya bila mendengar bunyi beg dan kasutnya yang terjatuh di lantai sana. Dia menjengukkan kepalanya ke bawah untuk memastikan tiada sesiapa yang menyedari perbuatannya itu. Ditunggunya untuk beberapa minit sebelum nafas lega dihelanya bila tiada sesiapa yang menyedari bunyi itu.
Tanpa membuang masanya, Arisha terus menaiki pagar balkoni biliknya. Tangannya berpegang erat pada pagar itu sambil kakinya digerakkan perlahan ke arah tiang di perantaraan biliknya dengan bilik Ayyara. Dengan penuh berhati-hati, tangannya memeluk tiang tersebut. Kakinya dilingkarkan di sekeliling tiang itu sambil dengan perlahan dia mengerakkan badannya menuruni tiang tersebut.
Sampai sahaja di bawah, Arisha terus melompat ke lantai. Tangannya dilibaskan sesama sendiri untuk membuang habuk. Badannya ditundukkan untuk mengambil beg dan diletakkannya di atas bahunya. Kasutnya segera disarungkan sebelum dia melangkah ke arah pagar belakang rumahnya, di mana tiada pengawal keselamatan berjaga seperti yang diupah oleh Megat Awatif.
Jam tangan di pergelangan tangannya ditilik. Sudah menunjukkan jam 1 petang "Shit." Arisha melajukan langkahnya bila menyedari dia sudah terlambat untuk kerja volunteer di cat shelter.
~
"Baru balik?"
Arisha yang baru sahaja menutup pintu balkoninya tersentak saat mendengar suara Megat Awatif yang menyapanya. Badannya serta-merta berdiri tegak sebelum dia memusingkan badannya dengan perlahan untuk menghadap Megat Awatif yang berpeluk tubuh di tengah-tengah biliknya itu. "Papa." Arisha menelan liur kelatnya. "Papa buat apa dekat bilik Ari?" soalnya perlahan.
"Ari sepatutnya ikut papa keluar makan malam dengan kawan-kawan papa malam ni, but you didn't showed up. Mind to explain why?" Megat Awatif menjongketkan keningnya sebelah sambil matanya tidak lepas dari memandang Arisha. Dia terpaksa menipu kawan-kawannya dengan menyatakan bahawa Arisha tiba-tiba mengalami demam yang menyebabkan anaknya itu tidak dapat menghadiri makan malam pada malam itu apabila salah seorang bodyguard yang diupahnya untuk mengambil dan menghantar Arisha memaklumkan bahawa gadis itu tiada di rumah.
Arisha mengetap bibirnya saat menyedari bahawa dia ada makan malam dengan Megat Awatif. "Maafkan Ari, pa. Ari tak ingat." Seperti biasa, laju permohonan maaf keluar dari bibirnya. Arisha mengenggam tangannya dengan kuat. Kepalanya ditundukkan, tidak mahu bertentang mata dengan Megat Awatif.
"Where were you Arisha?" Megat Awatif bertanya tanpa mempedulikan ucapan maaf Arisha itu.
"Ari.." Jika dia memberitahu Megat Awatif dia pergi membuat kerja volunteer di cat shelter, dia pasti lelaki itu akan menghalangnya daripada menjejakkan kaki ke cat shelter itu lagi selepas ini. "Ari keluar sekejap. I'm sorry."
"Sekejap? Sekejap apa kalau pukul 10 malam baru sampai rumah?! Now you dare to lie to me?!" Nada Megat Awatif naik seoktaf. Dadanya turun naik akibat amarah.
Arisha hanya diam. Bibirnya digigit kuat sehingga dia dapat merasakan darah. Jari-jemarinya semakin kuat digenggam.
"You are such a disappointment." Megat Awatif memusingkan badannya untuk beredar. "Rauf!" Suaranya bergema saat dia memanggil salah seorang pekerjanya. Seketika kemudian, kelihatan seorang lelaki berbadan tegap berjalan masuk ke dalam bilik Arisha dan terus berdiri di hadapan Megat Awatif. "Aku nak kau bawa dia dan letak dia dalam bilik bawah tanah. Satu hari, tanpa makanan. Don't you dare to bring her any food. Remind it to the others."
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...