"I can't believe you have a hot driver."
Faustina bersuara sambil tangannya sibuk mendandan rambut Arisha. "Tell me where do you find him."
"Faustina, you ada suami dah." Arisha mengingatkan wanita itu dengan fakta itu. Tangannya menurunkan beberapa set gambar yang menjadi rujukannya untuk sesi photoshoot pada hari itu.
Wajah Faustina serta-merta bertukar masam bila Arisha menyebut tentang suaminya. "Arisha, can you please let me have my own single moment?"
"We both know you're not single." Senyuman lucu terukir di bibirnya bila melihat riak wajah Faustina seperti itu. "Dia kerja sekejap je dengan I. So ini kali pertama dan kali terakhir you jumpa dia."
"Shit!" Jari Faustina berhenti melakukan kerjanya di rambut Arisha dan terus memandang wajah Arisha melalui pantulan cermin. "Then should I get his number?" soalnya kalut membuatkan Arisha tergelak.
"I tak rasa dia berminat nak kenal dengan isteri orang," jawab Arisha.
Faustina memuncungkan mulutnya sekejap. "Fine. You should date him then."
"No!" Laju Arisha membantah. "Never," ujarnya keras.
Dahi Faustina berkerut mendengar jawapan agresif daripada Arisha itu. "Okay.. that's quite aggressive of you. But anyway, you're ready for the photoshoot!" Faustina menepuk bahu Arisha sambil tersenyum lebar. Badannya ditundukkan. Matanya memandang wajah cantik Arisha yang terpantul di cermin. "You're so beautiful," pujinya lembut sambil tersenyum.
Arisha mengukir senyuman kecil. "Thanks to you."
Faustina sengih sebelum kembali berdiri. Kerusi yang diduduki oleh Arisha dipusingkannya untuk menghadapnya. Tangannya dihulurkan kepada gadis itu untuk membantu Arisha bangun. "Let's go."
Arisha menyambut huluran tangan Faustina sambil dia berdiri. Kain gaun yang dipakai olehnya dikemaskan dan diangkah sedikit bagi memudahkan dia berjalan keluar dari dalam bilik itu.
Suara para staf yang kedengaran bising sebaik sahaja Arisha keluar membuatkan Ivan mengangkat wajahnya dari skrin telefonnya. Matanya kemudiannya tertumpu pada Arisha yang baru sahaja keluar dari bilik persiapan. Buat seketika, matanya kaku pada gadis yang lengkap memakai ball gown yang berwarna hitam di bahagian atas dan berwarna light blue di bahagian kain bawah. God, she is really a princess.
Arisha yang tidak lekang daripada senyuman menoleh pada Ivan. Nafasnya seakan tersekat di dada bila mata jejaka itu menatap dirinya. Tangannya mengenggam kain gaun yang dipakai olehnya sebelum dia disapa oleh seorang lelaki yang merupakan jurugambar di studio tersebut. Arisha terus melarikan matanya ke arah lelaki tersebut. Senyuman dan anggukan diberikan kepadanya bila lelaki itu mengajaknya untuk memulakan sesi photoshoot mereka.
Ivan mengikut langkah Arisha dengan matanya. Buat seketika, dia hanyut dalam kecantikan dan kesempurnaan gadis itu sebelum deringan dari telefonnya menyentakkannya. Dia segera melarikan matanya daripada terus-menerus menatap Arisha kepada skrin telefon di tangannya. Nafasnya dihelakan sebelum dia keluar dari studio itu untuk menjawab panggilan tersebut.
~
"You're smoking?"
Ivan yang sedang bersandar pada badan keretanya sambil merokok mengangkat wajahnya untuk memandang Arisha. Gaun yang dipakai oleh gadis itu sebentar tadi sudah diganti dengan pakaian yang dipakai olehnya tadi. "No," ujarnya sebelum membuang rokok yang masih panjang di tangannya itu.
"You are." Arisha mengecilkan matanya, membuatkan Ivan memandang ke arahnya.
"Is that a problem to you?"
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...