Happy reading guys!
__________________________________________________
Di sebuah gudang lama yang terletak di pinggir bandar, Amato berdiri di hadapan meja kayu usang. Peta besar terbuka di hadapannya, memperlihatkan lokasi rumah persembunyian Aqsa. Cahaya redup dari lampu gantung berkelip-kelip, menciptakan suasana hening di dalam ruangan.
Di sebelah, seorang lelaki berkemeja hitam bersandar pada dinding. Dialah Rizal, seorang bekas anggota pasukan khas yang kini menjadi informan dan penyelidik bebas. Dia menatap peta itu dengan ekspresi serius.
"Tempat tu bukan sembarangan, Amato. Aqsa bukan orang bodoh. Kau sendiri tau gimana dirinya."
"Aku tahu. Sebab itu aku perlukan strategi yang lebih bijak daripada sekadar menyerang secara langsung." Dia melirik sekilas ke arah lawan bicara beberapa saat.
Di hujung meja, seorang lelaki lain menyilangkan tangan di dada. Hisham, seorang bekas pemandu pelarian, mengangguk kecil.
"Kau perlukan jalan keluar yang selamat. Kalau sesuatu jadi di luar jangkaan, kita kena ada rencana back up."
Amato menatap kedua-dua rakannya itu. Mereka bukan sekadar kenalan biasa, mereka adalah orang yang pernah berhutang budi dengannya.
"Aqsa mahukan sesuatu dari aku. Kita beri dia apa yang dia mahu, tapi dengan syarat kita yang tentukan."
Rizal mengangkat kening. "Maksud kau?"
Amato menarik nafas sebelum menjelaskan.
"Kita beri dia umpan. Sesuatu yang buat dia yakin bahawa dia akan menang. Sementara itu, kita akan seludup masuk ke dalam tempatnya dengan bantuan dalaman."
Hisham menyandarkan tubuhnya ke meja. "Kau ada orang dalam?"
Amato mengangguk. "Leisya."
Nama itu membuat Rizal dan Hisham berpandangan sesama sendiri.
"Leisya? Maksud kau, pembantu Aqsa?"
"Ya. Aku dapat tahu dia bekerja dengan Aqsa bukan atas kerelaannya sendiri. Keluarganya dalam bahaya kalau dia melawan."
Rizal menghela nafas perlahan. "Kalau dia bersetuju untuk tolong kita, ini bisa jadi kelebihan."
Hisham menggaru dagunya. "Tapi macam mana kau nak yakinkan Aqsa? Dia bukan mudah percaya begitu saja."
Amato tersenyum tipis. Matanya berkilat penuh keyakinan, "anak aku ada di genggaman Aqsa sekarang ni. Dia pasti akan gunakan itu untuk cuba memperdayakan aku."
"Jadi, kita buat dia percaya yang dia mengawal keadaan, sedangkan sebenarnya kita yang mengawal?"
"Tepat sekali."
Mereka bertiga berpandangan. Dalam kesunyian malam yang hanya dipecahkan oleh bunyi detak jam, mereka melanjutkan semula berdiskusi. Mereka juga sudah mengumpulkan beberapa pasukan yang diketuai oleh Gibran.
Dan mereka tidak boleh gagal.
Leisya menggenggam telefon bimbitnya erat-erat, hatinya berdegup kencang. Dia membaca mesej yang baru diterima dari nombor yang tidak dikenali, tetapi dia tahu siapa pengirimnya.
"Bersedia malam ini. Aku perlukan bantuan kau dari dalam."
Leisya memejamkan mata, menarik nafas dalam-dalam. Dia tahu ini peluangnya untuk menebus semua kesalahannya. Dia tidak boleh lagi membiarkan seorang kanak-kanak tidak bersalah terus menjadi tawanan.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA HUJAN LUKA [end]
FanfictionCtass! Ctass! Ctass! "Ayah, sakit Yah, badan Hali sakit..hiks..hiks!" Bugh! "Akhh!" Suara jeritan kesakitan terkeluar begitu sahaja dari mulut anak kecil itu. Dirinya ditendang oleh orang yang dia sayang tanpa terbesit sedikit pun rasa bersalah dala...
![SISA HUJAN LUKA [end]](https://img.wattpad.com/cover/379880814-64-k984467.jpg)