17

190 24 6
                                        

Happy reading guys!

__________________________________________________




Angin malam berhembus lembut, membawa aroma hujan yang baru reda. Langit kelam dihiasi bintang-bintang yang berkerlipan, seakan-akan ingin dicapai.

Sebuah SUV hitam meluncur laju di jalanan sunyi, meninggalkan kehancuran di belakang mereka. Di dalamnya, Amato duduk di kerusi belakang, memangku Halilintar yang masih nyenyak tidur. Hisham dan Rizal duduk di depan, sementara Gibran yang memandu, sesekali melirik ke arah cermin pandang belakang.

"Semua baik-baik saja?" Gibran bertanya, memecah kesunyian.

Hisham mengangguk sambil menghembuskan nafas panjang, "kita beruntung. Kalau kau lambat sedikit, mungkin saja kami sudah menjadi abu."

Amato hanya tersenyum tipis. Netranya kembali tertumpu pada Halilintar yang sedang bernafas perlahan dalam tidurnya.

"Ayah sayangkan kamu, Hali," bisiknya perlahan, mengusap rambut anak kecil itu.

Rasa bersalah masih berbekas di hatinya, kerana dirinya semua ini berlaku. Namun, malam ini dia berjanji, yang dia tidak akan berlaku kasar lagi ke anaknya itu.

Gibran yang duduk di depan menoleh ke arah Amato, "kau pergi mana selepas ni?"

Amato memandang ke luar tingkap, ke arah jalan yang semakin hampir ke destinasi yang dirinduinya. "Aku balik rumah. Tapi sebelum itu kita jumpa doktor terlebih dahulu."

Hisham tersenyum tipis, "keluarga kau pasti risau. Terutamanya isterimu yang nanti akan tahu keadaan anak kamu."



Setibanya di halaman rumah, Amato turun dari kereta dengan perlahan, tidak mahu mengejutkan Halilintar yang masih tidur dalam pelukannya. Sebaik sahaja kakinya menjejak tanah, pintu utama rumah terbuka luas.

Seorang wanita dengan rambut panjang beralun melangkah keluar, wajahnya keliatan lega dan gembira. Netranya berkaca-kaca saat melihat suaminya kembali.

"Amato..."

Aisyah berlari mendapatkan suaminya, dan tanpa ragu, dia terus memeluk lelaki itu erat. Amato terpaku sejenak sebelum membalas pelukan isterinya, menikmati kehangatan yang sudah lama dia rindukan.

"Aku ingat... aku ingat aku dah kehilangan kau, Amato," suara Aisyah bergetar, cuba menahan tangis.

Amato mengusap lembut belakang isterinya. "Aku sudah janji untuk bawa pulang Halilintar."

Tiba-tiba, bunyi derapan kaki kedengaran dari dalam rumah. Anak-anak berlari ke arah mereka dengan mata bercahaya kegembiraan.

"AYAH!" teriak mereka bersamaan.

Taufan dan yang lain segera menerpa ke arah Ayah mereka. Taufan dan Gempa terlebih dahulu memeluk Ayah mereka.

"Ayah jangan pergi lama-lama lagi... Gempa takut..." suara kecil milik Gempa menggeletar, membuat hati Amato terasa berat.

Amato tersenyum, lalu merangkul semua anaknya dalam pelukan besar. "Ayah dah balik. Lihat, Ayah dan kakak kalian sudah pulang."

Mereka semua diam dan netra mereka segera menangkap sosok kakak mereka. Aisyah lantas menatap Amato.

"Apa yang terjadi?" tanyanya panik ketika menyadari perban yang menghiasi tubuh Halilintar.

Aisyah mengusap pipi Halilintar yang masih lena di pangkuan Amato, "Pasti Aqsa sudah menyiksa Hali." Hati Aisyah menyumpah serapah akan apa yang Aqsa telah lakukan pada Halilintar, hatinya terlalu sakit melihatnya.

SISA HUJAN LUKA [end]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang