Happy reading guys!
__________________________________________________
Suasana dalam bilik itu menjadi semakin tegang. Bunyi siren alarm yang memekik menggema di seluruh mansion, menandakan bahawa mereka telah dijebak. Amato mengetap bibirnya, otaknya ligat mencari jalan keluar.
Suara Aqsa melalui interkom kedengaran sekali lagi, bahkan menyindir karena kebodohan mereka.
Dia tertawa, "amato-amato. Kau fikir aku bodoh? heh! kamj ingat aku ga tahu yang kau ada orang dalam? aku tahu dari awal."
Hisham mengetap bibir, "sial... kita kena bergerak sekarang!"
Leisya yang masih tergamam memandang Amato, matanya dipenuhi rasa bersalah, "aku... aku ga tahu kalo dia udah tau tentang aku, aku sumpah!"
Amato menahan rasa marahnya. Dia tahu Leisya berada dalam keadaan terdesak, dan sekarang bukan masa untuk menyalahkan sesiapa.
"Ga guna kalau kita panik. Kita kena keluar dari sini sebelum dia bertindak lebih jauh."
Namun sebelum mereka sempat bergerak, pintu bilik tiba-tiba didobrak dari luar dengan kuat. Serpihan kayu beterbangan ke merata tempat. Tiga lelaki bertubuh sasa masuk ke dalam bilik dengan senjata diacukan ke arah mereka.
Pengawal Aqsa menodongkan pistol ke arah mereka bereempat. "Jangan bergerak!"
Hisham sudah bersedia untuk melawan, tetapi Amato mengangkat tangannya, memberi isyarat agar tidak bertindak terburu-buru. Dia tahu situasi ini sudah berada di luar kawalan mereka.
Dari belakang pengawal-pengawal itu, muncul seorang lelaki berkemeja gelap, rambutnya tersisir rapi. Dengan senyuman sinis, dia melangkah masuk ke dalam bilik dengan penuh angkuh.
"Lucu, bukan? kau dan yang lain sudah masuk perangkap aku. Bukankah begitu Amato?"
Amato menguatkan rahangnya. Dia benci mengakui hal ini, tetapi Aqsa sudah menjangka semua langkah mereka.
"Kau memang licik," desisnya.
Aqsa tersenyum lebih lebar. "Aku ga licik, Amato. Aku cuma lebih bijak daripada kau."
Dia memandang ke arah Halilintar yang masih tidur nyenyak di atas katil. "Dan sekarang, aku akan pastikan kau ga akan dapat bawa anak itu keluar dari sini."
Amato merasakan darahnya mendidih. Dia tahu Aqsa bukan sekadar bermain kata-kata—lelaki itu pasti sudah merancang sesuatu yang lebih buruk.
Rizal memandang Amato begitu juga dengan Amato, seolah-olah mereka berkomunikasi melalui saling tatap-tatapan.
Aqsa menyeletuk, "keluar? ah, jangan risau. Aku sudah sediakan ‘bilik khas’ untuk kamu semua berehat."
Aqsa memberi isyarat, dan sekelip mata pengawal-pengawalnya bertindak. Salah seorang daripada mereka menghentak belakang kepala Hisham dengan senjata, membuat lelaki itu jatuh melutut. Hisham cuba melawan, tetapi dua lelaki lain menahannya dengan kuat.
Amato mengelak satu pukulan, tetapi sebaik sahaja dia ingin bertindak balas, Aqsa mengeluarkan pistol dan mengacukannya ke arah Halilintar.
"Satu langkah lagi, aku tembak anak ini."
Dunia terasa seakan berhenti buat Amato. Nafasnya tertahan, jantungnya berdegup kencang. Tangannya yang tadi sudah bersedia untuk bertarung kini dia tarik semula.
Aqsa tersenyum puas melihat reaksi Amato. "Aku suka bila kau jadi lemah begini, Amato. Kau tahu kenapa? Sebab akhirnya, kau dalam genggaman aku."
Amato mengepalkan tangannya, tetapi dia tidak mempunyai pilihan. Dia tidak boleh mempertaruhkan nyawa Halilintar.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA HUJAN LUKA [end]
Fiksyen PeminatCtass! Ctass! Ctass! "Ayah, sakit Yah, badan Hali sakit..hiks..hiks!" Bugh! "Akhh!" Suara jeritan kesakitan terkeluar begitu sahaja dari mulut anak kecil itu. Dirinya ditendang oleh orang yang dia sayang tanpa terbesit sedikit pun rasa bersalah dala...
![SISA HUJAN LUKA [end]](https://img.wattpad.com/cover/379880814-64-k984467.jpg)