Perlahan dia menguak sedikit pintu utama rumah abang tirinya itu yang kelihatan tidak berkunci dan tidak berpagar. Macam biasalah waktu petang dia akan menghantar makanan ke rumah tersebut serta mengemas barang - barang yang akan berselerak di mana - mana tempat. Biasalah orang bujang duduk sendiri lelaki pula tu. Dia memerhatikan sekeliling keadaan rumah tu sambil matanya meliar mencari bayang - bayang abangnya.
"Takde dekat rumah kot, tapi pintu tak kunci". gumamnya dalam hati. Dia menuju ke dapur untuk meletakkan makanan yang telah dia bawa dari rumah tadi di atas meja.
Prakkk!! Terkejut dia mendengar seperti ada barang yang telah jatuh ke lantai. Segera dia menaiki anak tangga dengan tergopoh - gopoh takut - takut ada yang curi - curi masuk. Sambil ke satu bilik dia terus membuka pintu bilik yang kedengarannya barang jatuh itu dari bilik ini. Terkejut dia melihat susuk tubuh yang sedang terdampar di atas tilam tanpa memakai baju. Dia mendekati pemuda itu tetapi ada sesuatu yang telah mengganggu rongga hidungnya bau busuk.
"Abang minum lagi ke?".
Ini sebenarnya bukan pertama kali dia mencium bau minuman syaitan itu tetapi kali ni lebih kuat pula baunya hingga dia terpaksa menutup hidung dengan tudungnya. Tiba - tiba kaki dia terasa sakit lalu terduduk di bucu katil itu. "Sakit, darah". Dia bercakap dalam hati sambil menahan kesakitan. Dia melihat kakinya berdarah dek terkena kaca botol minuman keras yang jatuh itu. Dia terasa ada seseorang yang sedang merangkul pinggang kecilnya itu secara tiba - tiba. Bingkas dia bangun dengan jarak yang agak jauh daripada tempat yang dia duduk dan jugak abang tirinya itu.
"Bang Min buat apa ni?" Tegasnya dengan nada yang agak tinggi. Amin bingkas bangun dari tempat tidurnya dan melulu ke arah Fara. Semakin Fara ke berundur ke belakang, dia semakin pantas berjalan ke arah Fara. Jantung Fara semakin laju dan berdegup kencang. Apa yang dia nak buat. Takkan.... Fara berteka - teki sendiri. "Err....Bang Min makanan aaa..da dekat dapur. Nannn...ti.. per...gi ma..kan eh". Tutur Fara dengan nada yang tergetar - getar. Terus dia mengadap ke hadapan dan segera mencapai tombol pintu yang belum sempat pun dia pulas, Amin terlebih dahulu memegang tombol pintu biliknya itu. Tapi dia tidak memusingkannya pun malah dia kunci lagi supaya Fara tidak dapat keluar.
"Abang... Faraaa...err.. nak balik". Ucapnya dengan rasa takut dan segera dia menepis tangan Amin yang berada di tombol pintu itu. Tapi Amin dengan tidak sewenang - wenangnya menolak Fara sehingga dia jatuh terduduk. "Bang Min nak apa?" Kata Fara sambil menangis. Menangis kerana sakit jatuh tadi dan juga terkejut atas tindakan pelik abang tirinya itu. Belum sempat pun Fara bangun, Amin terus menarik lengan Fara dengan kasar sehingga menyebabkan Fara terbangun dan terus Amin menolak Fara ke katilnya. Dan terus menindih badan Fara. Dia langsung tidak mengendahkan tangisan Fara yang meronta - ronta untuk dilepaskan. Fara menjerit meminta tolong segera tangannya menutup mulut Fara sambil tersenyum sinis. Tak berhenti - henti mata Fara mengeluarkan air mata dan menyuruh abangnya mengucap ingat Allah.
Tapi Amin mengendahkannya dan berkata "kau ni pakai tudung mesti masih suci kan....". Fara yang cuba untuk bercakap terus jari telunjuk Amin mendekati bibirnya shhhyyyy. "Kau buka je tudung kau, keje dengan aku jadi pelayan nanti dapat duit kau bagi aku". Sambungnya lagi. Tergamam Fara mendengar permintaan yang tak masuk akal abang tirinya itu. "Tapi sebelum tu bagi aku try kau dulu". Kata Amin yang tersenyum sinis sambil mahu mendekatkan bibirnya ke leher Fara. Fara dengan sekuat tangannya menolak badan Amin dia tak berdaya. Sungguh tak berdaya dan menangis teresak - esak, tak putus - putusnya doanya dalam hati moga Allah melindunginya. "Jangan Bang Min" berulang - ulang kali dia sebut perkataan yang sama sampailah dia menjerit.
Terus terbangun dan duduk Fara dari tidurnya serta mimpi ngerinya sambil berkata ''jangan Bang Min". Dia mimpi. Cuba mengurut dadanya sambil beristighfar yang tak putus - putus keluar dari mulutnya. Dia menangis terkenangkan saat itu. Saat yang mencemaskan dia. Saat yang hanya dia dan abang tirinya, Amin. Dalam bilik. Menitik satu per satu peluh dia. Basah baju dia. Dia cuba pejam mata dalam keadaanya yang duduk kakinya diluruskan. Cuba untuk mengusir bayang - bayang hitam yang selalu menyelubungi hidupnya. Mimpinya.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Lalu dia terus pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia melakukan solat taubat semoga Allah sentiasa mengampuni segala dosa - dosanya. Dia juga melakukan solat hajat. Dia berdoa semoga abang kandungnya, Firdaus yang telah setahun pun pergi meninggalkan dia akibat kemalangan jalan raya dan juga doa buat ibu bapanya moga ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. Dia juga berharap moga kehidupannya di dunia ini dirahmati dan sentiasa mendapat keredaan Allah swt.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...