Kelas telah pun tamat seperti biasa. Fara bercadang mahu pulang ke rumah, tetapi tak jadi dek kerana Mina meminta untuk menemaninya.
"Kita nak pergi mana ni?" Soal Fara setelah mereka berada di dalam kereta.
"Jumpa orang jap." Jawab Mina selamba.
Fara hanya mengangguk dan ikut saja. Mina membawa Fara ke sebuah tempat yang agak jauh dari universiti mereka. Di sebuah tasik.
Mina memberhentikan keretanya di tepi jalan, apabila melihat sebuah kereta yang ditunggu telah tiba.
Fara terus menoleh ke arah Mina. Dia sangat mengecam kereta itu.
"Apa semua ni? Buat apa bawa aku jumpa dia?" Fara cuba untuk bertenang, dia takut sakit kepalanya datang semula.
"Dengar dulu Fara. Kau jumpa je dia. Dia ada benda nak cakap.."
"Cakap apa lagi? Kalau Aniq tahu habis lah aku. Dah lah tempat ni jauh.." Ujar Fara sambil matanya memandang sekeliling, takut orang orang Aniq mengikutnya.
"Tak. Dia takkan tahu.." Mina cuba menyakinkan Fara.
Fara hanya diam. Rasa seperti dirinya di tikam dari belakang pula.
"Pergi lah jumpa dia, kejap je.." rayu Mina.
Akhirnya Fara ikut juga. Dia gagahkan diri masuk ke dalam kereta Sharul. Sharul memberikan senyuman pada Fara. Fara hanya buat selamba je.
"Ada apa ni?"
"First of all, aku nak minta maaf dari hujung kaki, sampai hujung rambut setelah apa yang aku buat dekat kau, dari kita berkawan sejak sekolah menengah sampai sekarang. Kalau aku terkasar dengan kau tu, aku...aku takde niat pun." Sharul berhenti untuk seketika. Air matanya di seka.
Fara hanya melihat je. Dia tidak mampu untuk berkata kat lagi setakat ini. Dia cuma mendengar dahulu apa yang mahu diucapkan oleh Sharul itu.
"Lepasni aku takkan kacau kau, kita takkan jumpa dah. Aku nak balik Australia balik."
Terkejut Fara mendengarnya.
"Bila?" Itu je soalan yang mampu di lontarkan oleh Fara.
Sharul tersenyum, akhirnya Fara bersuara juga, ingatkan nak berdiam kan diri je.
"Lusa aku gerak dah. Sebab tu aku minta maaf awal awal. Takut tak sempat pula.."
Fara hanya mengangguk saja. Dia tak tahu nak bagi respon yang bagaimana.
"So, kau maafkan aku tak?"
Fara menoleh ke arah Sharul, betul ke dia ni tak buat lagi? Ikhlas ke tak minta maaf ni?
"Aku dah lama maafkan kau. Buruk baik kau, kau tetap kawan aku. Yang sentiasa ada jatuh, bangun aku."
Sharul terharu mendengarnya.
"Thank you for giving me one more change."
Fara mengangguk dan tersenyum sebelum meminta diri untuk kembali ke kereta Mina semula.
"So far macam mana?" Mina terus bertanya. Risau tentang sahabatnya itu.
"Okay je. Takde apa pun.."
Lantas mereka terus meninggalkan tempat itu dan Mina menghantar Fara pulang ke rumah.
"Terima kasih tau.." ucap Fara setelah sampai di rumahnya.
"Sama sama!"
Fara terus turun dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya.
"Kau pergi mana tadi?" Soal Aniq tegas.
"Fara keluar dengan Mina tadi. Jalan jalan?" Fara mula teragak agak. Dia menelan air liur. Aniq tahu ke?
"Kau jumpa Sharul kan?"
Fara terperanjat. Macam mana dia boleh tahu. Fara hanya diam dan menunduk ke bawah. Dia tak berani memandang mata tajam Aniq yang sedang menuju ke arahnya.
Jantungnya berdegup dengan kencang. Perkara yang paling dia takut telah tiba.
"Asal diam?" Tegas Aniq lagi.
"Pandang lah aku.." Aniq meninggikan lagi sikit suaranya membuatkan Fara sedikit tersentak.
Fara memberanikan diri untuk menatap mata Aniq. Kelu lidah dia untuk berkata kata.
"Sampai masuk kereta dia bagai. Kau buat apa ha sebenarnya?"
Lagilah Fara terkejut.
"Awak salah faham ni.." Fara cuba memegang tangan Aniq, tapi Aniq mengelak.
Rasa sakit hatinya apabila dia mendapat maklumat mengenai hal ini oleh orang orangnya. Panas membara. Dia berasa kurang percaya pada Fara. Tak tahu kenapa dia emo semacam.
"Aku tak nak tengok kau kat sini.."
Mengalir air mata Fara deras membasahi pipinya. Sampai hati Aniq buat Fara macam ni. Bagilah peluang pada Fara dulu.
"Aniq dengar lah dulu Fara nak cakap. Jangan lah halau Fara. Fara dah takde siapa siapa." Rayu Fara sambil teresak esak.
"Kau kan dah ada Sharul, pergi lah ikut dia. Jangan cari aku!."
Aniq terus pergi naik ke atas biliknya tanpa mempedulikan Fara.
Setiap kata kata Aniq yang dilontarkan itu bagaikan menghiris hiris hati Fara. Fara terduduk. Dirinya di dampingi oleh pembantu rumah Aniq.
"Kenapa boleh sampai jadi macam ni?" Soal Bik Sari.
"Sabar Puan.." Bik Yanti pula yang cuba menenangkan Fara.
Bik Ina hanya memeluk tubuh kecil Fara itu yang sedang teresak esak.
"Fara dah tak tahu nak buat apa."
Air matanya di seka, dia cuba mengumpulkan semangat yang ada untuk bangun. Mereka juga turut bangun bersama.
"Fara nak minta maaf, sepanjang Fara berada di sini ada sakitkan hati semua orang.." luah Fara.
"Eh kenapa Puan cakap macam ni. Jangan lah pergi.." Bik Ina pula yang bersuara. Mereka sama sama tidak mengizinkan Fara untuk pergi.
"Tuan Aniq dah tak nak tengok saya. Buat apa lagi saya kat sini." Ujar Fara perlahan lahan sambil memandang menghadap semua pembantu rumah Aniq itu.
Selepas bersalaman, Fara terus mengambil kunci keretanya lantas berlalu pergi dari rumah agam Aniq itu.
Pembantu rumah Aniq saling memandang antara satu sama lain. Berat rasanya mahu membiarkan Fara pergi.
Tetapi mereka menghormati keputusan Fara itu. Adatlah rumah tangga ada naik dan turun.
Selamat tinggal, semuanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...
