Bab 54

6K 165 0
                                    

Fara sudah pun berada di dalam kelas bersama rakan rakannya yang lain. Dia masih lagi kurang sihat sebenarnya. Bersungguh sungguh dia mahu ke kelas hari ini walaupun telah dilarang oleh Aniq. Akhirnya..Aniq mengiyakan saja. Tapi kalau sakit lagi tolong inform awal.

Mina yang sudah masuk kelas terus mengambil tempat duduk di sebelah Fara. Agak terkejut melihat Fara yang sedang tersenyum senyum di hadapannya.

"Eh Fara kau dah okay ke datang kelas?"

"Okay dah lah.." jawab Fara bersahaja.

"Yeke. Aku tengok kau pucat lagi ni." Mina tak percaya dengan kata kata Fara.

"Mana adalah. Aku tak pakai make up kot. Tu yang pucat semacam ni.."

"Kau pergi klinik tak semalam? Aniq cakap apa je kau tak sihat ni. Mesti dia risau kan." Mina tersengih sengih sempat lagi mengusik Fara.

"Aku tak pergi klinik pun. Lepas Aniq bagi makan bubur dengan ubat aku tidur je. Pastu dah okay." Cerita Fara. Dia benar benar okay walaupun pening sedikit.

"Em ikut kau laa. Tak okay bagitahu aku tau."

Fara hanya tersenyum dan mengangguk. Sebelum dia terlupa sesuatu baik dia tanya.

"Mina.."

"Haa kenapa? Kau sakit ke?"

"Bukan lahhh. Sharul?"

"Sharul? Mana? Nyorok Fara nyorok!." Tiba tiba Mina gelabah semacam menyuruh Fara menyorok. Tapi Fara hanya tenang.

"Engkau dah kenapa ni?" Soal Fara yang melihat telatah sahabatnya seperti ni.

"Laaa kau cakap ada Sharul.."

"Aku tak cakap pun ada Sharul. Aku nak tanya kau ada nampak Sharul ke pagi ni?"

"Ohhh ingatkan ada Sharul kat sini..ye ye je aku yang gelabah semacam. Patutlah kau rilek je." Mina melepaskan lega.

"Entah. Pagi ni aku tak nampak pun batang hidung dia. Dah berambus kot." Sambung Mina lagi.

Fara pula tak tahu nak rasa lega ke apa. Berkenaan hal ni pun Fara tak bagitahu Aniq. Takut.

"Kau tak nak bagitahu hal ni ke pada Aniq?" Soal Mina secara tiba tiba.

Fara hanya mengangkat bahu je. Tak sempat nak jawab soalan Mina pensyarahnya sudah masuk terlebih dahulu. Sembang lain kali lah. Ada banyak masa ni.

***

Syukur sangat hari ni tak terserempak dengan Sharul. Kan best kalau hari hari seperti ni. Aman hidup dia.

Petang tu Fara menyambut kepulangan Aniq yang baru saja pulang dari rumah selepas seharian bekerja.

Aniq dan Fara duduk di sofa bersama. Aniq meneliti setiap inci wajah Fara bagi melepaskan rindu. Aniq mengulas lembut pipi Fara.

Fara pula menahan malu dengan perbuatan suaminya itu. Aniq tersenyum sendiri.

"Kenapa blushing?"

"Haa yeke taklah mana ada.." Fara menafikannya.

"Yess. You are." Aniq masih lagi bermain dengan rambut tepi Fara. Fara tersengih dan hanya membiarkannya saja.

"So hari ni macam mana? Dah sihat belum? Pengsan lagi ke? Pening lagi ke? Nak pegi klinik?"

"Eh takyah lah pergi klinik. Fara okay dah. Dah sihat. Cuma.." ayat Fara tergantung dan kepalanya menunduk sedikit.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now