BAB 11

8.9K 222 1
                                    

Fara. Dia sendiri tidak tahu ada yang mengekori dia walau ke mana dia pergi. Mengekori ke universiti. Pulang ke rumah. Bak kata Sharul, umpama Fara ni hidup dalam imaginasi dia sendiri. Bangunan jatuh runtuh belakang dia pun dia tak sedar.

Fara bukan hidup seperti itu. Dia cuma banyak memikirkan tentang sesuatu. Entahlah. Dia lebih banyak diam. Kejadian itulah yang buat dia jadi macamni. Dia tak pernah cerita pada sesiapa. Malu. Malah Mina dengan Sharul pun tidak tahu tentang hal ini. Membiarkan begitu saja. Pendam dalam hati. Itu lebih baik.

Selepas beberapa hari orang suruhannya menyiasat pasal Fara. Membuat Aniq tiba - tiba rasa nak tengok Fara. Rupa dia macam mana. Cara berpakaian dia macam mana. Walhal dia sudah dimaklumkan oleh Amin dan juga orang suruhannya bahawa Fara ni bertudung. Berpakaian yang menutup aurat. Dia cuma nak pastikan sahaja sama ada berkenan pada mata dia atau pun tidak.

Esoknya, mereka mengekori Fara yang ketika itu mahu ke kedai buku. Setiap gerak geri Fara diperhatikan. Tapi tulah Fara. Langsung tak sedar apa - apa. Bahaya buat anak gadis seperti dia.

Aniq yang berada dalam kereta bersama konconya memberhentikan kereta yang agak jauh dari Fara.

Atas bawah Aniq memandang Fara seperti mahu diterkam. Dia melihat wajah Fara. Cantik. Terlebih berkenan di hati. Semua maklumat yang diperolehi dari konconya dan Amin benar. Dia amat berpuas hati.

Dia menyuruh konconya untuk memulakan perjalanan. Membiarkan Fara yang sedang berjalan menuju ke keretanya. Jumpa lagi. You're mine. Gumam dia dalam hati sambil senyum sinis.

Dalam kereta Aniq memberikan arahan seperti yang telah di rancang.

Petang itu, konco - konco Aniq bertandang ke rumah Fara. Seperti yang dirancang. Memberitahu bahawa abang tirinya sedang dalam kritikal. Terduduk Fara dibuatnya. Sudah lama tidak mendengar khabar berita tentang abangnya. Khabar buruk telah sampai ke telinganya.

Mulanya dia memang agak terkejut dengan kedatangan konco - konco Aniq. Dia diberitahu bahawa mereka merupakan anggota polis. Sambil menunjukkan bukti yang kononnya mereka anggota polis. Fara diminta untuk mengikuti mereka yang kononnya mahu ke hospital. Kawasan rumah Fara agak lengang. Masih belum balik kerja penghuni - penghuni situ.

Fara yang tiba - tiba tersedar dari lamunannya terus perasan yang ni bukan jalan ke hospital. Fara pengsan. Selepas dia cuba untuk keluar dari kereta dan bergerak agresif. Salah seorang dari konco Aniq yang duduk disebelah Fara terus menutup hidung Fara dengan sapu tangan yang berbau agak memeningkan kepala. Lama Fara pengsan.

Fara tersedar selepas percikan demi percikan air terkena di mukanya. Perlahan - lahan dia buka mata. Di depannya ada 2 orang lelaki. Laju jantung dia berdegup kencang. Takkan peristiwa hitam berulang kali kedua. Tak. Takkan. Dia melihat yang dia masih lagi berpakain. Pakai tudung. Sama seperti petang tadi.

Dia ditarik keluar dari kereta untuk masuk dalam rumah itu. Yaa. Rumah agam. Mewah. Besar. Keadaannya gelap kerana hari sudah malam. Malam. Dia tak solat maghrib lagi.

Meronta - ronta dia minta untuk dilepaskan. Tak putus - putus dia berhenti berdoa dalam hati. Deras air mata dia mengalir di pipi. Dia benar - benar takut.

Dia dibawa masuk dalam rumah ke dalam bilik belakang. Paling belakang. Agak besar juga bilik tu.

Langkah dia terhenti selepas pintu yang dibuka oleh seorang konco Aniq. Tergamam dia melihat. Muka lebam - lebam. Duduk di satu kerusi. Tangan terikat. Kaki juga. Dia kenal sangat lelaki itu. Terus dia melulu masuk tanpa memikirkan orang yang berada di sekelilingnya. Rata - ratanya semua lelaki. Hanya dia perempuan. Sorang.

"Abang....." rintih Fara selepas mendekati Amin.

''Sakitlaa. Jangan sentuh aku." Amin marah Fara.

"Macam mana boleh jadi macam ni." Kata Fara sambil menangis - menangis.

"Siapa yang buat abang?" Tanya Fara.

"Aku berhutang". Ringkas Amin.

"Kenapa ada masalah tak bagitahu Fara. Nanti Fara boleh tolong". Sedih dia melihat keadaan abangnya. Walaupun cuma abang tiri. Abang tiri yang menyebabkan hidupnya jadi muram.

"Kau nak tolong aku?. Tolong jadi bayaran atas hutang - hutang aku". Terkejut Fara dengan permintaan abangnya yang mengarut tu. Fara menggeleng kepala.

"Kita ikhtiar cara lain ye abang. Pujuk Fara.

"Taknak!".

"Abang nak jual Fara?. Fara adik abang".

"Tak. Kau bukan adik aku. Aku benci kau dari kecil lagi". Jelas Amin.

Aniq cuma memerhatikan gelagat dua adik beradik tiri tu. Agak kasar layanan yang diberikan oleh Amin terhadap Fara. Sungguh - sungguh Fara tak nak dijadikan mangsa atas hutang - hutang Amin. Dia cuma tersenyum sinis. Just accept this. You gonna be mine.

"Kalau kau anggap aku ni abang kau, terima cadangan aku."

"Abang Amin jangan buat Fara macam ni. Fara ni adik abang." Meronta - meronta dia pada kaki Amin. Sebelum dia ditarik keluar oleh konco - konco Aniq selepas mendapat arahan.

"Abang..abang..bukak pintu ni".

"Biar je dia duduk dalam tu". Kata Aniq yang berdiri di sebelah Fara. Merah muka Fara sebab tak berhenti menangis dari tadi.

"Awak siapa?" Tanya Fara yang masih tersedu - sedu menangis.

"Aniq. Orang yang abang kau berhutang".
Fara memandang muka Aniq. Kacak. Putih. Tinggi.

"Awak tolong lepaskan Abang Amin". Rayu Fara.

"Taknak." Sambil menggeleng kepala. Tangannya disilangkan di dada dan menyandar pada dinding.

''Abistu awak nak apa?" Tanya Fara.

"Nak kau". Terkejut Fara. Nak aku? Buat apa? Aku takde pape kot. Gumam Fara dalam hati.

"Kau terima je cadangan tu. Settle." Kata Aniq. Aku tunggu jawapan kau. Aku bagi masa 3 hari je untuk kau fikir. Lambat, aku bunuh abang kau." Aniq mengugut Fara.

Terdiam Fara mendengar ugutan Aniq. Bunuh? Takk. Dia satu - satunya keluarga yang tinggal. Aku dah takde sapa - sapa lagi. Lamuan dia tersentak bila dia perasan yang Aniq cuba menghampiri dia dan mendekati telinga nya. Terus Fara tersandar ke dinding kebelakang. Aniq meletakkan tangan kanan dan kirinya di sebelah Fara. Laju jantung Fara berdegup. Teringat kembali peristiwa 3 tahun yang lalu. Dengan Abang Amin. Ketakutan yang mula menyelubungi diri. Peristiwa hitam menghantuinya kembali.

Aniq cuma memandang wajah ketakutan Fara. Lama dia pandang. Cantik. Dengan mukanya sembab. Masih lagi cantik.

Fara perasan yang dia ditenung oleh Aniq. Fara mengangkat mukanya bertentangan dengan muka Aniq. Mata bertentang mata.

Aniq mengutarakan soalan pada Fara.
"Kau pernah tidur dengan lelaki tak?". Terkejut Fara. Takkan. Noooo. Takkan Amin dah cerita pasal tu.
Aniq mendekatkan mukanya dengan muka Fara. Cuba untuk membuat sesuatu yang tidak bagus pada Fara. Fara yang menyedari nya tadi terus menumbuk tepat pada perut Aniq.

"Ouchh!". Sambil memegang perutnya yang sakit ditumbuk Oleh Fara.

Fara berlalu pergi meninggalkan Aniq yang masih menahan kesakitan. Tiba - tiba dia berhenti berjalan. Dia lupa dia ke sini diambil. Jalan balik rumah pun dia tak tahu.

Dia mengeluh kesal. Macam mana nak balik ni. Dengan berani dan terpaksanya. Dia memusingkan badan ke belakang. Memandang Aniq.

"Saya nak balik macam mana?"
Tersenyum sinis Aniq sambil memandang Fara. Lalu menuju ke arah Fara.

"Tak payah. Kau tidur sini je".
Fara menggeleng kan kepala.
Terus Aniq memberikan arahan pada konconya yang memang dari tadi di situ memerhatikan mereka berdua.
Konco Aniq menarik tangan Fara. Berkali - kali Fara mintak untuk dilepaskan. Dia diletakkan di dalam bilik kedua utama di tingkat atas.

"Bos suruh tidur sini". Sebelum konconya menutup pintu bilik.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now