BAB 35

7.7K 180 1
                                    

Terjenguk - jenguk kepala Mina di pintu kelasnya mahu melihat ada ke tidak kelibat Sharul.

Rakan - rakan sekelasnya semua sudah bersurai setelah tamat sesi pembelajaran yang terakhir. Riuh rendah kelasnya tadi.

Terkejut Mina melihat Sharul yang sedang menghampiri kelas mereka. Mina pula pura - pura keluar dari kelas tanda dia yang terakhir keluar dari situ.

Fara masih lagi di dalam kelas. Menyorok di sebalik pintu. Talifonnya yang tadi asyik berdering dek kerana Sharul menelefon, awal - awal lagi dia sudah silent.

"Hai Mina.." sapa Sharul.

"Err..hai.." jawab Mina dengan sikit teragak - agak.

"Fara mana?" Soal Sharul setelah melihat tiada bayang Fara. Dia berharap sangat dapat jumpa Fara. Sudah sekian lama tidak bersemuka dengan Fara. Jadi rindu untuk tatap mata Fara. Muka Fara.
"Oh..Fara dah balik..baru je tadi.."

"Aku call tak angkat.."

"Tengah drive kot.." harap - harap Sharul tak perasan yang dia sedang menipu. Menipu untuk kebaikan Fara tidak mengapa rasanya.

"Dia macam mengelak dari aku je.." luah Sharul.

"Tak adalah. Dia ada sampaikan pesan untuk kau lagi.." ujar Mina memandai - mandai.

"Pesan apa..?" Soal Sharul mahukan kepastian.

Mina mengukir senyuman.

"Orang yang kita sayang, tak semestinya kita akan memiliki dia. Bercinta bertahun - tahun pun kalau Allah kata bukan jodoh, maka bukanlah. Siapa kita yang nak melawan takdir.. Takdir yang telah ditentukan oleh Dia." Ujar Mina. Ayat yang tiba - tiba keluar dari mulut dia.

"Aku tahu...aku cuba untuk lupakan Fara. Tapi...entahlah." rintih Sharul.

"Kau kena jugak..Fara cuma anggap kau kawan je..tak lebih pun." Terang Mina ringkas. Harap berubah lah fikiran kawan lelaki dia sorang ni.

Sharul mengeluh berat.

"Kalau kau paksa Fara untuk kahwin dengan kau sekalipun, kau jamin ke dia akan bahagia dengan kau?" Soal Mina lagi.

"Tapi cinta boleh datang kemudian.."

"Kau pasti? Yakin?"

"Kawan tetap kawan. Perasaan tak boleh di paksa. Ini semua soal hati." Sambung Mina.

Sharul masih lagi diam. Mungkin benar apa yang dikata oleh Mina. Dia fikir sedalam - dalamnya.

"Cinta perlukan pengorbanan..Sharul.." ujar Mina lagi.

Sharul mengangguk perlahan. Mengiyakan kata - kata Mina.

Sejurus kemudian Sharul meminta diri untuk pergi. Sudah tiba masanya untuk dia ke airport. Pergi jauh dari Fara. Dia akan usaha untuk lupakan Fara.

Mina memastikan yang Sharul benar - benar sudah pergi. Kelihatan kereta yang di pandu oleh Sharul telah hilang pada pandangan matanya.

Segera dia pergi mendapatkan Fara. Entah hidup lagi ke tidak dalam kelas tu. Lama juga dia berborak dengan Sharul. Hampir lupa tentang Fara

"Fara...Fara.." Mina mengejutkan Fara yang sudah pun terlentok menyandar dinding kelasnya itu.

Fara tersedar dari tidur. Perlahan - lahan dia membuka mata.

"Aku hidup lagi ke tak ni..?" Ujar Fara sambil menggosok matanya memandang Mina.

"Hidup lagi lah. Kau ni.."

Fara mengukir senyuman.

"Lamanya kau..borak apa je dengan Sharul.." soal Fara.

"Alah..aku basuh sikit je otak dia.."

Mina menolong Fara untuk bangun. Perlahan - lahan.

"Kau suruh Aniq amik kau pukul berapa? Soal Mina.

"Sekarang pukul berapa?" Tanya Fara balik.

Mina mengerling jam tangan dia.

"1:50.."

"Oh..kejap lagi dia amik la tu." Ujar Fara ringkas.

Mereka beriringan keluar dari kelas dan pergi ke tempat parking kereta untuk menunggu Aniq mengambil Fara.

Dalam perjalanan ke situ Fara mengingatkan Mina untuk hadir ke majlis dia pada besok hari.

Mulanya agak terkejut jugaklah. Besok nak menikah baru harini kau jemput.

Berdesing telinga Fara.

"Baik..baik..aku datang..pukul berapa?" Soal Mina lagi.

"Entah..datang je dalam pukul 8 macam tu.."

Mina kehairanan.

"Entah? Kau boleh cakap entah?"

Fara tersenyum sendiri.

"Mana lah aku tahu. Semua dia yang uruskan.." Fara meneka.

"Bertuah betul.." balas Mina.

Mereka berdua ketawa.

"Oh ya..dia kerja apa? Siap ada bodyguard lagi. Ni mesti orang kaya."

"Siapa tu..? Saja Fara pura - pura tanya.

"Bakal suami kau lah.."

Dengar perkataan bakal suami tu pun dah rasa gerun. Apatah lagi jadi suami nanti. Nasib lah..

Fara tersengih - sengih memandang Mina.

"Ha...kau jangan cakap yang kau tak tahu dia kerja apa.." Mina mengagak.

"Memang aku tak tahu dia kerja apa pun.." jawab Fara selamba.

"Weh..ini memang gila. Habis latar belakang keluarga dia? Macam mana? Kau jangan cakap yang kau tak tahu juga.."

"Eh..keluarga dia aku tahu..dia cuma 3 beradik je. Tapi adik angkat. Comel." Dia teringat dekat Azif dan Azira. Rasa rindu pula..

"Aku suka budak - budak.." ujar Mina.

"Aku tahu tu.." Memang Mina suka budak - budak. Wajarlah. Dia anak tunggal. Tak ada adik beradik. Tapi masih ada ibu bapa.

"Besok nak pakai lawa - lawa.. Mana lah tahu kot - kot spesis macam Aniq tersangkut dengan aku ke.." Mina cuba menyakat Fara.

"Eeii..gatal. Takpe, janji dia boleh buat kau bahagia." Ujar Fara.

"Bahagia....macam kau bahagia..kan.."

"Aku ni belum tentu bahagia.." sayu Fara. Dia sendiri kurang pasti. Mampukah bahagia. Dengan orang yang baru di kenali. Tak sampai sebulan.

Mina memandang tepat ke arah Fara.

"Aku yakin kau akan bahagia.." Mina cuba memujuk Fara. Ini dah macam kahwin paksa. Tapi dia tengok Aniq okay. Dia caring pasal Fara. Sebabtu lah dia yakin Aniq akan bahagiakan Fara.

"Doa aku selalu mengiringi kau.." sambung Mina lagi.

"Doa aku pun.."

Sungguh tak sangka kawan sepermainan waktu kecilnya dulu. Besoknya akan menjadi isteri orang. Sekejap masa berlalu. Begitu pantas.

Mina perasan yang Fara sudah kembali seperti dulu. Gelak. Bergurau. Dia kadang pun tak faham dengan sikap Fara yang kadang okay. Kadang tu muram. Murung. Suka sendiri.

Tapi sekarang. Dia suka dengan Fara yang sekarang. Mungkin sebab Aniq yang berjaya buat Fara jadi macam ni. Kembali ceria. Dah tak hidup dengan imaginasi dia sendiri.

Melihat Aniq yang susah payah membuka pintu untuk Fara. Mengiringi Fara. Nampak yang Aniq menyayangi Fara.

Tak nampak macam Fara tak bahagia pun. Ataupun seperti itulah...bayaran ganti rugi hutang abang tiri Fara, Amin.

Nampak macam biasa. Remaja bercinta then decide untuk berkahwin. Macam tu lah. Dia yakin Fara akan bahagia.

Dan berharap Sharul akan lupakan Fara. Kembali seperti dulu. Hanya sebagai kawan. No love. Only friendship. Mungkin Sharul akan jumpa jodohnya dekat Australia nanti. Mana lah tahu.

Fikir tentang kawan - kawan pula. Diri sendiri ni macam mana pula. Mina menepuk dahinya sendiri. Bukan tak ada orang yang mengusha. Cuma memilih sikit lah. Huhu.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now