Bab 69

13.1K 254 32
                                        

Setahun kemudian...

Suasana yang samgat riuh dan meriah di halaman rumah agam Aniq yang cantik itu. Di samping dihiasai dengan beberapa buah bangsal dan belon yang disangkut di tepi tepi bangsal dan pintu rumah Aniq serta barner yang tertera di situ bewarna biru,

Happy birthday to Anif

Anif. Gabungan antara nama Aniq dan Fara. A-F

Satu satunya anak yang Aniq dan Fara punya. Anak tunggal mereka yang sekarang sudah mencecah setahun itu sangat kacak seperti Aniq.

Mereka mengadakan sambutan hari lahir Anif yang setahun itu. Aniq menjemput ramai orang, dari rakan seperniagaanya, kerabat kerabatnya itu.

Fara pula menjemput rakan rakan seuniversitinya dahulu. Fara kini sudah habis belajar, dan menjadi suri rumah sepenuhnya pada Aniq.

Bukan Aniq tidak memberi keizinan untuk Fara bekerja, tetapi lebih elok jika duduk rumah dan menjaga makan minumnya. Serta menjaga Anif yang masih memerlukan sepenuh perhatian pada Fara itu.

Lagipun, Aniq mampu. Mampu dia tu bukan setakat Fara dan Anif sorang boleh tanggung, malah lebih dari itu pun boleh.

Suasana itu sungguh meriah dan masing masing berasa gembira tanpa memikirkan apa apa masalah. Dipenuhi dengan suara gelak tawa orang dan kadang kadang Fara dan Aniq terpaksa berlari juga bagi mengejar Anif yang suka berlari juga dek kerana dia baru saja mendapat kaki.

Semuanya masih sama. Masih ada Bik Yanti, Bik Sari dan Bik Ina yang sentiasa menjadi orang orang terkuat dalam rumah Aniq ni. Sentiasa ada menemani Fara dan Anif jika Aniq pergi ke outstation.

Konco konco Aniq juga masih ada. Masih orang yang sama. Kini mereka lebih pro sekarang. Semua kerja di bereskan dengan cepat dan lengkap. Mereka sentiasa mengikuti Aniq walau di mana Aniq berada.

Mereka jugalah yang menjadi pengawal  ketika majlis ini sedang berlangsung dari awal, hingga ke penghujungnya.

Suasana yang memecah ini tiba tiba menjadi sunyi untuk seketika waktu kerana terdengar ada yang sedang memberi salam itu.

Fara memandang ke arah pagar serta menjawab salam yang separuh..Fara terkedu melihat gerangan siapa yang datang itu. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki ini.

Lelaki yang pernah mahu menagih kasih dan sayang terhadap dirinya kini datang kembali tersenyum lebar melihat Fara.

Macam mana dia boleh tahu tentang majlis ini? Kerana dia datang bersama dengan hadiah..lagi pelik macam mana dia boleh tahu alamat rumah ini. Pelbagai spekulasi yang bermain di minda Fara. Apa tujuannya datang ke mari.

Aniq yang sedang mendukung Anif itu yang berada di dalam rumah terus saja keluar dan mendekati Fara apabila terlihat lelaki itu. Lelaki yang menjadi persaingannya dulu..Tapi Aniq tak rasa ada saingan pun..sah sah lah Fara ni dia punya.

Sharul tergamam melihat Aniq yang berada di sebelah Fara itu. Aniq yang pernah mengugutnya waktu ketika dulu. Sharul tersenyum melihat budak kecil yang didukung oleh Aniq itu. Kacak. Comel.

"Ada apa datang sini?" Aniq menyerang soalan dulu.

"Err..kau jangan lah salah faham dulu. Aku ada hajat datang sini sebenarnya.." jawab Sharul masih lagi terketar ketar seperti dulu ketika di ugut oleh konco konco Aniq itu.

"Okay so apa hajatnya?" Soal Aniq lagi. Kalini Aniq saja yang bersuara. Anif sudah diberi pada Fara yang berada di sebelahnya. Fara tidak mampu untuk berkata apa apa lagi setakat ini. Dia hanya mendengar.

Sanggupkah Aku?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang