Bab 68

8.3K 165 2
                                    

Kini Fara kembali pulang ke rumah Aniq itu. Rumah dan isi rumahnya itu sama seperti dulu. Tiada apa yang berubah.

Mungkin yang berubah akan menambah lagi orang di dalam rumah itu. Suasan juga akan berubah. Makin meriah.

Masing masing berkumpul di ruang tamu Aniq itu.

"Bik Sari dengan Bik Yanti dah agak dah yang Fara mengandung. Yelah teringin nak makan macam macam kan." Ujar Bik Sari itu yang membuatkan Fara tersengih sengih macam kerang busuk. Mana lah Fara tahu.

Aniq dan Fara sudah berjanji antara satu sama lain..

There's no more secrets between us..

Bik Ina menceritakan segalanya pada Aniq, tentang bagaimana Fara boleh berada bersamanya, Fara masuk hospital. Dan...paling penting! Mina tahu keberadaan Fara.

Pada keesokan hari selepas Fara diusir oleh Aniq itu, Bik Ina ada datang ke rumah Fara yang lama.

Fara pernah memberitahu tentang alamat rumah Fara yang dulu pada semua pembantu rumah Aniq itu ketika mereka berbual bual kosong. Sesi perkenalan gitu pada awalnya.

Bik Ina pergi ke rumah Fara itu, bagi memujuk Fara supaya pulang kembali ke rumah Aniq itu.

Tetapi..Fara tidak mahu. Aniq yang menghalaunya, dia menghormati keputusan Aniq itu.

Pada awalnya, Fara memang mahu meninggalkan rumah ini. Ya..rumah yang ada juga kenangan bersama dengan Aniq. Dia benar benar ingin melupakan semuanya.

Tapi di pelawa oleh Bik Ina untuk tinggal di rumah Bik Ina. Lagipun Bik Ina hidup seorang diri. Dan Aniq tak pernah pergi ke sini.

Jadi ini dikira peluang yang baik buat Fara. Seminggu tinggal di rumah Bik Ina itu. Masa ni, Fara tidak tahu yang dia sedang berbadan dua.

Fara pening kepala dan tak larat untuk bangun, tapi dia gigih juga mahu ke tandas. Dan jatuh tergelincir, pengsan.

Bik Ina banyak kali menelefon telefon rumahnya, tetapi tiada siapa yang menjawab. Bik Ina berasa tidak sedap hati dan terus berjumpa dengan Tuan Aniq bagi meminta izin cuti.

Sebelum Bik Ina mahu pergi ke kerja, Fara ada mengadu yang dia pening..Bik Ina mahu menjaganya tetapi Fara melarangnya. Seandainya Bik Ina tidak mendengar kata Fara itu, pasti tidak akan jadi begini.

Tetapi..ada hikmahnya di sebalik semua ini.

Pertama, Fara baru tahu yang selama ini dia mengandung. Dia tak pernah buat check up di klinik mahupun hospital bila dia sakit.

Kedua, Aniq dan Fara di pertemukan kembali setelah hampir 2 minggu tidak berjumpa dek kerana salah faham itu.

Tentang Mina pula, Fara yang meminta izin Bik Ina bagi meminjamkan telefon rumah untuk menelefon Mina tentang keberadaannya.

Semua ini kerana dia tidak ke kelas dan mempunyai masalah sikit. Dia tidak mahu menyusahkan Mina yang terpaksa menjawab soalan yang dia sendiri tidak tahu.

Tentang pencarian Fara bersama dengan Aniq dan jiran Fara dulu, Pak Man..Mina ada ceritakan pada Fara. Dan memujuk Fara untuk kembali ke pangkuan suaminya. Tapi Fara seperti biasalah. Masih tidak melupakan kata kata Aniq itu.

Pak Man dan Mak Mah juga berada di rumah Aniq itu kerana baru saja tiba.

"Maaf, Pak Man dan Mak Mah lambat. Sesat.." ujar Pak Man itu.

Fara berasa pelik..bagaimana Aniq boleh mengenali mereka berdua ini.

"Sayang kalau nak tahu, Pak Man dengan Mak Mah ni lah yang tolong juga tau cari sayang.." ujar Aniq itu.

Fara berasa serba salah pula dibuatnya.

"Fara banyak susahkan semua orang.."

"Taklah. Pak Man dan Mak Mah dah anggap Fara dengan Aniq ni macam anak kami.." ucap Pak Man itu sambil tersenyum.

Fara berasa terharu dengan semua orang yang mengambil berat tentangnya. Rasa syukur sangat sangat.

"Tapi kat sini yang paling pandai menipu ni haa orangnya.." ujar Aniq sambil menunjuk jarinya ke arah Mina yang sedang leka bermain telefon.

"Aikk. Aku pula.."

"Yelah. Aku dengan Pak Man ni duk sibuk mencari tempat yang selalu korang lepak, padahal kau dah tahu eh Fara kat mana.."

Mina ketawa besar.

"Sorry laaa. Fara yang suruh rahsiakan. Aku ikut jelah. Lagipun aku nak tengok juga sejauh mana effort kau boleh pergi yang nakkan Fara balik." Jelas Mina itu.

Tapi Mina sangat kagum lah dengan Aniq. Sungguh sungguh dia mencari isterinya yang hilang itu walaupun tak tahu nak cari ke mana. Tapi tetap nak cari juga.

"Ramai juga pengikut sayang ni eh.." Aniq mula mengusik Fara yang berada di sebelahnya itu.

Fara tersenyum lebar. Ya, dia tersenyum bahagia. Inilah kesanggupan dia yang mengorbankan dirinya demi hutang abangnya kini menjadi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pernah impikan sebelum ini.

Betul lah apa yang orang cakap, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Jadi, inilah hikmahnya.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now