Fara hanya diam je dalam kereta. Dia duduk agak jauh daripada Aniq yang duduk disebelahnya. Mamat ni bukan boleh percaya langsung. Lama Fara mengelamun jauh sambil merenung tingkap. Kepalanya disandarkan. Entah apa yang difikirnya. Apa yang telah mengganggu fikiran dia.
Tapi jauh disudut hatinya dia masih lagi malu dengan Aniq. Tentang soalan Aniq. Tidur dengan lelaki? Dia sendiri kurang pasti sama ada dia pernah tidur dengan hmm terasa berat dia untuk menyebut nama Amin. Abang tirinya sendiri.
Seingat dia, bila dia tersedar dari pengsan. Bukan Amin yang berada disisinya. Bila dia buka mata, dia melihat abang kandungnya, Firdaus. Yang berada disisinya. Sedang duduk. Sambil menanti dirinya untuk sedarkan diri. Terus saja dia memeluk erat abangnya dengan menangis.
Tak henti - henti air matanya keluar mengalir dia pipinya itu. Firdaus agak terkejut dan segera membalas pelukan adiknya itu. Dikucup embun - embun adiknya itu. Dia amat menyayangi Fara.
"Abang..adik..." belum sempat pun Fara menghabiskan ayatnya Firdaus suruh adiknya diam.
"Syhhhh.." Firdaus cuba menenangkan adiknya itu."Abang tahu..abang akan jaga adik. Sampai bila - bila". Kata Firdaus dengan lembut.
"Aaabang..tahu.." terkejut Fara. Abangnya tahu pasal dia dengan Amin. Dalam bilik. Berdua. Apa dah jadi dengan dirinya. Maruah yang telah dia pelihara sebaik yang mungkin.Dia melepaskan pelukan pada abangnya. Merah mukanya. Sembab akibat menangis.
"Abang dah rawat kaki adik, kena kaca tadi.." kata Firdaus. Dia melihat adiknya cuma diam. Tak bersuara. Sambil memegang kakinya yang telah dibalut oleh abangnya. Setitik demi setitik air matanya tumpah ke pipinya. Dia tidak dapat menahan kesedihan yang melanda dirinya. Nasib malangnya itu.
Abangnya sendiri pun tidak tanya banyak. Dia pun tidak bercerita apa yang telah terjadi pada abangnya. Malu. Jijik pada diri sendiri. Dia jadi rindu pada abangnya. Teramat rindu. Sakit merindui abangnya.
Tanpa disedari dia, air mata dia jatuh membasahi pipi yang ketika itu masih lagi berada dalam kereta Aniq dalam perjalanan balik ke rumahnya. Aniq memerhatikan Fara yang setitik demi setitik air matanya jatuh.
"Kau menangis pehal?" Tanya Aniq dengan nada yang agak kasar.
Fara yang tersedar dari lamunannya terus mengelap air matanya. Serta menggeleng kepala. Tanda tidak ada apa - apa.
"Kau tak payah fikir apa - apa lagi. Terima je cadangan abang kau tu". Jelas Aniq.
"Hmm..apa yang saya dapat?" Tanya Fara.
"Dapat aku". Ringkas jawapan Aniq.
Bulat mata Fara mendengar jawapan daripada Aniq. Dapat kau? Apa faedahnya. Haihhh
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...