BAB 28

8.1K 204 1
                                    

"That is the last day you come to see your stepbrother, Amin. After this aku tak nak kau hubungi dia. Even kalau dia datang nak mintak tolong pun aku tak bagi." ujar Aniq. Riak wajahnya dah mula serius.

Tergamam Fara dibuatnya. Dah tak boleh jumpa Abang Amin. Siapa yang nak bagi dia makan dekat luar sana. Macam mana kehidupan dia dekat luar nanti. Makin teruk ke. Macam - macam yang bermain di fikiran Fara tentang abangnya. Walaupun abangnya pernah buat sesuatu dekat dia, tapi dia tetap abang. Darah daging dia sendiri.

Dengan keberanian Fara memandang muka Aniq yang memang serius dari tadi.

"But..why..? soal Fara. Dia perlukan penjelasan yang lebih kenapa tak boleh berjumpa dengan abang tirinya sendiri.

Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"If i say no it means no. I have my own reason.." ujar Aniq. Dia buat semua ni ada sebab. Bukan untuk diri dia sendiri. Tapi untuk kebaikan Fara. Demi untuk Fara.

"I need to know your reason."

"I don't have to explain to you. Just waste my time. Follow my rule, everything will be fine." ringkas Aniq.

Lama dua - dua menyepi. Fara masih lagi terkejut dengan permintaan tak masuk akal Aniq. What is wrong with him?

Aniq cuma bagi masa Fara untuk berfikir. Ketahuilah bahawa ini semua untuk kebaikan Fara.

I just don't want you to get hurt because i love you more than myself. Desis Aniq dalam hati.

"Fara okey..? soal Aniq.

Fara mengeluh. Nak tak nak dia kena terima juga syarat pelik Aniq ni. Demi untuk kebaikan dia, mungkin. Ingin juga dia bertanya di mana keberadaan abangnya. Tapi tentu Aniq tak akan beritahu mahupun buka mulut pasal hal ini. Tapi dia tahu. Kalau dia layan baik terhadap Aniq, dia yakin abangnya akan dalam keadaan yang baik - baik dan masih selamat.

"Okay.." Fara mengukir senyuman palsu.

"Jomlah masuk dalam.." sambung Fara lagi. Nak duduk kat luar lama - lama buat apa. Menghirup udara yang segar kot.

Baru saja mereka mahu bangun dari tempat duduk mereka. Ada 2 orang budak kecil berlari menuju ke arah mereka dengan riak wajah yang gembira. kelihatan sungguh comel dan seperti sedang berlumba - lumba lari siapa cepat sampai dulu dia menang. Lari dan terus ke dakapan Aniq yang sedang berdiri di sebelah Fara.

Mungkin mereka ni kot yang tadi Aniq maksudkan, adik angkat dia. Gumam Fara dalam hati.

"Yeayy!! abang Azif sampai dulu..adik kalah.." ujar anak kecil itu yang dalam lingkungan 6 tahun dengan nada yang keriangan. Comel. Kacak. Dia memakai baju t shirt lengan pendek warna biru dan seluar trek warna hitam.

"Ala..abang Azif main tipu.." kata anak kecil lagi sorang ni yang dalam lingkungan 5 tahun sambil memuncungkan bibirnya yang comel dan kecil itu. Manis. Rambutnya seperti tanduk kerbau. Kiri dan kanan diikat. Hanya memakai skirt paras lutut. Gebu. Mereka mempunyai rupa paras wajah yang sama.

"Abang..ni siapa..? tanya budak perempuan itu sambil menunjuk ke arah Fara dengan jari telunjuknya.

Aniq duduk menghadap kedua - dua orang adiknya itu.

"Azif dengan Azira suka tak..? soal Aniq dengan nada yang lembut sambil tangannya membetulkan sedikit rambut Azra yang kusut.

"Suka..cantik.." serentak mereka bersuara.

Aniq terukir senyuman. Nasib baik budak - budak ni suka. Kalau tak suka jenuh lah dia nak memujuk adik - adiknya itu.

"Tu kak Fara, kakak korang.." ringkas Aniq. Rasanya tak perlu kot nak terang panjang - panjang. Mereka ni kecil lagi. Masih tak tahu apa - apa.

"Oh..ni girlfriend abang eh.." ujar Azif sambil tersenyum - senyum.

Aniq mengangguk tanda mengiyakan apa yang dikata oleh Azif benar. Budak - budak sekarang girlfriend boyfriend pun dah tahu.

Malu Fara dibuatnya. Tak sempat jadi girlfriend pun dikk, dah nak jadi isteri dia pun. Gumam Fara dalam hati.

Terus berebut mahu bersalaman dengan Fara. Excited mungkin dapat kakak baru.

Fara duduk menghadap dorang sambil menyambut salam yang dihulurkan mereka. Tersenyum gembira dia melihat budak - budak ni. Tak tahu lah dia rasa gembira sangat. Dan tak lagi fikir pasal abang tirinya itu. Terus hilang di fikiran dia.

"Abang kacak ni siapa nama..? soal Fara ketika menyalami Azif. Walaupun dia tahu nama budak tu Azif, dia tetap nak tanya juga.

"Syed Azif Firash." kata budak lelaki itu dengan pelatnya. Comel sangat laa..

Fara mengukir senyuman sambil menunjukkan pipinya minta untuk dicium.

Segera Azif mencium kedua - dua belah pipi Fara sambil gelak ketawa.

"Alaa..Azira nak jugakkk!!" kata budak perempuan tu sambil menghentak - hentakkan kakinya tanda memprotes.

"Sini sayang.." Fara memujuk budak perempuan tersebut sambil tergelak kecil melihat gelagat dia yang juga mahukan apa yang abangnya dapat daripadanya.

Budak kecil tu pun tersenyum bahagia dan segera mendekati Fara lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fara.

Fara menyambut tangan kecil budak perempuan itu.

"Haa..yang comel ni siapa nama pulak?" soal Fara sambil mencubit lembut pipi tembam budak perempuan itu.

"Sharifah Azira Firhana.." kata budak perempuan tu sambil membuat muka comel dengan pelatnya terbelit - belit sebut nama sendiri. Yalahh. Masih kecil lagi.

Fara mengukir senyuman sambil menunjukkan pipinya minta untuk dicium.

Segera Azira mencium kedua - kedua belah pipi Fara. Sama seperti Azif.

Bahagia Fara mendengar sorakan keriangan daripada adik - adik Aniq ni.

Aniq juga bahagia melihat mereka bertiga. Fara cepat mesra dengan budak - budak dan pandai mengambil hati mereka. Lain daripada dia sendiri yang kadang - kadang kerap membuat mereka merajuk.

"Yang dekat sini nak jugakkk!!" ujar Aniq dengan selamba dia sambil menyilangkan tangannya di dada.


"Abang mana boleh..abang dah besar la.." kata Azira sambil memeluk erat pada lengan Fara.


"Boleh je..tak lama lagi abang dapatlah. Masa tu abang tak bagi korang cium Kak Fara abang. Padan muka." Aniq bergurau dengan adik - adik dia sendiri sambil memandang tepat pada muka Fara. Dah mula blushing si Fara ni.


Fara hanya diam dan tersipu - sipu malu. Boleh pula dia bergurau dengan adik dia macam ni.


"Ala...nanti Kak Fara jangan dekat abang tau.." kata Azrif sambil memandang pada muka Fara.

Tiba masanya untuk kenakan Aniq balik.


"Okay Kak Fara tak bagi dekat abang..Kak Fara bagi dekat adik - adik Kak Fara je." kata Fara dengan lembut. Dia dah mula sayang pada mereka ni.


Lompat keriangan budak - budak ni mendengar jawapan dari Fara.


"Eleh..yelatu tak bagi, tengok jelah nanti.." ujar Aniq sambil mengenyitkan mata pada Fara.

Too much ni Aniq.


"Eeiii.." Agak malu juga bila Aniq buat macm tu pada dia. Sebelum blushing ni bertambah - tambah dan kena tegur adik - adik Aniq baik tukar topic.


"Jom sayang masuk.." kata Fara sambil memegang tangan dua beradik ni.


Mereka berjalan bersama, belah kanan Fara Azif dan belah kirinya Azira. Berjalan berpegangan tangan. Aniq pula di belakang hanya memerhatikan gelagat mereka bertiga ni. Segera dia mengambil tempat di sebelah Azira dan memegang terus tangan Azira. Wah. Dah macam happy family dah. Hanya tuhan saja yang tahu betapa bahagianya dia sekarang.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now