BAB 3

11.4K 249 0
                                    

   Sharul dan Fara macam biasa mereka akan ke kafe tiap pagi. Tapi hari ni Sharul ajak jumpa di taman yang tidak jauh dari universiti mereka. Selalunya kalau berjumpa dekat restoran atau kafe mereka akan berbincang tentang pelajaran mereka walaupun course yang berlainan. Saling menyuarakan pendapat masing - masing.

   Tiba di taman itu, Fara terus bertanyakan soalan setelah melihat Sharul hanya diam selepas penat berdehem dekat Sharul. Hampir sakit anak tekak dia dibuatnya.

''Kau kenapa Rul? Ada apa - apa masalah ke? Bagitahu la aku?''. Fara mengajukan soalan pada Sharul lalu memandang Sharul yang masih lagi diam membisu.

"Kalau takde pape, aku balik dulu laa". Fara berkata setelah agak 10 minit masing - masing membisu.

"Kau dah berubah" kata Sharul.

Langkah Fara terhenti. Terus Fara menoleh kebelakang memandang tepat muka Sharul.

"Aku berubah ada sebab". Jawab Fara ringkas. Malas dia mahu cakap panjang - panjang. Hampir 3 tahun dia sebegitu. Hari ni baru dia nak tanya. Dah kenapa pula ni.

"Sebab apa? Nak mendekatkan diri pada Allah dengan cara macam ni"?. Tengking Sharul. Lalu Fara mendekati dia.

"Apa maksud kau? Itu lebih baik. Hidup ni tak lama mana pun".
Jawab Fara dengan nada yang agak mendatar tapi tegas.

 "Aku suka kan kau".

Ayat Sharul buat Fara jadi patung. Tak bergerak. Mungkin terkejut dengan pengakuan drastik Sharul yang secara tiba - tiba.

"Aku rindu kau yang dulu, rindu gelak tawa kau, senda gurau kau. 2, 3 tahun ni aku jarang nampak kau gelak".

Lagi Fara terdiam tidak berkata apa - apa setelah mendengar luahan isi Sharul selama ini. Sambungnya lagi.

"Bila kita keluar, cepat je kau nak balik". Kata Sharul dengan nada yang agak sedih.

"Aku kenal kau dah lama, dari sekolah menengah lagi. Aku tahu bila masa kau berubah." Sambung dia lagi.
"Well people change". Jawab Fara bersahaja. Dia malas melayan perangai Sharul yang tak semenggah ni.

"Jom kita kahwin."

Kahwin? Apa tak salah dengar Sharul mengajak dia kahwin. Dia masih waras lagi ke tak. No! No! I am to young to get married. I am 21 years old. Nooooo.. gumam Fara dalam hati. Fara yang baru berniat untuk meninggalkan Sharul tiba - tiba lengannya di pegang erat. Fara minta untuk dilepaskan tapi Sharul tetap tidak berganjak dari memegang lengan Fara.

"If you say yes..i will let you go.." ugut kecil dari Sharul. Fara memandang muka serius Sharul lalu menggeleng kepala tanda tidak suka dan tidak setuju.

Makin kuat pula cengkaman tangan Sharul pada lengan Fara. Berkali - kali Fara cakap let me go. Sharul mengendahkannya sambil merenung tepat ke dalam mata Fara. Pandangan tu. The way Sharul memegang kuat pada lengan dia. Fara teringat kejadian dengan Amin. Amin juga ada memegang kuat lengan Fara. Sama. Waktu tu juga dia minta untuk dilepaskan waktu tu juga la makin kuat cengkamannya. Hingga menyebabkan tangannya terseliuh sedikit. Perasaan. Ketakutan. Saat itu. Menyelubungi mindanya. Menghantui fikirannya. Kenapa datang. Fara cuba mengusir tapi makin datang kuat menerpa dalam kepala otaknya.

Tiba - tiba hilang bayangan tu dalam kepalanya dan lamunannya terhenti dek kerana Sharul memanggil namanya berulang kali. Fara menggoncangkan tangannya dengan serta merta cengkaman pada lengan Fara terlepas. Pap! Satu tamparan kuat pada pipi Sharul. Ini kali pertama Fara melempang lelaki. Kawan baik dia sendiri. Yang mengkhinati persahabatan mereka. Yang suka - suka je memegang lengan dia.

"Don't you dare to touch me again". Dengan perasaan marah berbaur geram dia berkata macam tu pada Sharul. Dia terus berlalu pergi. Meninggalkan Sharul yang terpinga - pinga sambil memegang pipinya yang seakan merah selepas ditampar oleh Fara.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now